12 December 2017

DILEMMA

Assalammualaikum, hello readers :-*

First of all, aku sebenarnya memang zero idea nak update post harini. But still nak update jugak /okay mengada. Ni pun update guna phone je sebab pakai data phone haha. Sebenarnya aku dalam dilemma ni. Disebabkan blog ni memang dah lama terbiar dan agak tak terurus aku telah membuat keputusan untuk delete segala entry yang lama-lama dulu. Tapi macam tak sampai hati sebab yelah kan semua tu memori, tp itulah aku serabut tengok dengan entry yang gambarnya dah tak ada la. Nampak sangat macam eee apa hengko ni entry hodoh sangat /hatiku berkata.

Langkah pertama yang aku buat aku dah tukar URL blog ni. Which is before ni aku guna dieyna-afieyna.blogspot.com. Ada makna disebalik dieyna-afieyna tu sebenarnya haha. Tapi its okay past is past. Sometimes some memories need to be let go. Bukan la nak lupa cuma taknak ingat selalu la. Now I changed my URL to n-addens.blogspot.com. Actually N-Addens ni diambil dari nama aku sendiri but di’modernize’ kan. N stand for Nur, Adden stand for Addina, S tu nak menunjukkan kepunyaan (in english kan ‘S’ dibelakang menunjukkan kepunyaan). Maka tercipta la N-Addens tu.

So N-Addens ni pertama kali dikomersialkan (Acah kau hengat kau famous) di instagram. So mostly dari kalangan kawan-kawan la memang tahu la N-Addens ni aku sampai ada yang terbawa panggilan ni dalam real life. So rasa macam famous kejap la xD N-Addens ni banyak aku guna dekat semua social media yang aku ada, facebook jelah yang tak pakai N-Addens ni. Okayyy kejap, kenapa rasa macam dah menyimpang entry kalini. Bukan ni nak cerita kan sebenarnya, haiyoo -__-“

Disebabkan aku pun dah membebel tak tentu arah entry kalini, so I decided to delete all my entry before this. Tapi tak semua la, aku akan pilih-pilih mana yang nak delete mana yang tak. Sebab aku plan macam nak aktif berblog balik, but depend on my kerajinan la haha. That why aku nak kemas kini blog ni dan bagi ceria macam dulu. Seriously I do miss blogging so much. Aku tak kisah la orang nak cakap apa, nak meluat baca cerita aku ke apa (kalau meluat siapa suruh baca ye dak), rasa annoying ke dan lain-lain yang tu hampa punya pasal la kan. Sebab dalam dunia bukan semua orang suka kita. Yang penting aku tak kacau hidup hampa dah cukup.

So yeah, maybe akan slow-slow mengemas kini blog ni dalam semasa ke semasa. This week aku akan fly ke Bandung on this 15/12 until 19/12. That why it will takes times for me to cleaning this blog. Korang rasa should I or Shouldn’t I story about my trip? Tapi depend la kalau aku rajin haha. I guess till here first. Next time I will update more inshaaAllah :)

Take care lovelies
XoXo

No comments: