31 December 2010

Buhbai 2010

Salam, heyy readers


Ini merupakan entry yang terakhir untuk tahun 2010. Seperti yang kau orang maklum esok dah nak masuk tahun 2011. Beratnya hati aku nak tinggalkan tahun 2010 ni. Macam-macam benda yang jadi sepanjang tahun ni. Segala kenangan pahit, manis, kelakar dan semua la akan aku simpan dalam memori aku. Walapun sebenarnya lebih banyak kenangan pahit yang jadi. Tapi biarlah semua tu berlalu pergi sebagai sumber kekuatan aku untuk tahun 2011 yang bakal tiba esok.


Yang paling tak sangka sekali bila dah masuknya tahun 2011, itu bermakna aku akan ke tingkatan 5. Wahh, SPM akan bakal menghantui kami semua yang tingkatan 5 ni. Haha. Kena la prepare awal-awal dengan segala senjata ilmu untuk berperang dalam SPM nanti. Sekejap je macam dah nak habis sekolah. Rasa macam baru-baru je masuk sekolah menengah ni. Hukhuk~ Bila dah masuk tahun 2011 jugak. Itu bermakna hubungan aku dan si dia akan menjangkau ke angka 4 tahun pulak. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Tak sangka betul. Hehe.


Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua orang di seluruh dunia ni. Happy New Year guys! Till here entry untuk tahun 2010. See you in entry 2011 pulak. Ngee~ Buhbai.


P/s: Apa azam tahun baru kau orang. Share la dengan aku. Hikhik


Toodles~

29 December 2010

Exercise kaki xD

Salam, heyy readers.


Today adalah hari dimana ia dapat menguruskan kaki aku ni. Ohh sebab apa aku berkata begitu? Ia disebabkan aku telah berjalan jauh dengan buah hati tersayang dan adik aku. Kami berjalan dimana? Wahh banyak sungguh persoalannya. HAHA. Okay okay, straight to the point je. Actually hari ni aku keluar untuk mencari kasut sekolah. Serious sangat azab untuk mencari kasut sekolah aku. Sebab bila aku tanya je size yang aku nak mesti dah habis. Sangat tragis bukan. Disebabkan tu jugaklah kita orang berhijrah dari mines ke jusco equine. Semata-mata nak cari kasut sekolah je. Hakhak.


By the way, saiz yang aku cari tu adalah size 2. Ohh ye aku tahu kaki aku kecik. So ada masalah? * Tiba-tiba pulak nak cari pasal. Hokhok. Lepas je tak jumpa size kasut yang aku nak dekat mines kita orang terus jalan-jalan dan pusing-pusing. Lepas tu pergi makan, beli komik dan beli cd game * ni buah hati tersayang yang nak beli. Bila dah tak jumpa size kasut. Kita orang buat keputusan untuk cari dekat jusco equine pulak. Tapi penghijrahan kita orang tak membuahkan hasil pun. Sebab kasut still tak ada size jugak. Jadi terpaksalah aku beli size 3. Huhu.


Apa-apa pun hari ni aku sangat berpuas hati sebab dapat beli 7 buah komik. HAHA * gelak besar. 5 buah beli dekat mines dan 2 buah lagi beli dekat jusco. Tapi dalam puas-puas hati tu ada benda yang aku tak puas hati. Iaitu kasut sekolah aku tu la. Asal la longgar bebenor. Huhu. Nasib la, dah tak ada rezeki nak beli kasut size 2. Redha jelah. Okay la, rasanya sampai sini jelah entry kali ni. Buhbai readers!


Toodles~

26 December 2010

Mari tanggalkan tulang

Salam, heyy readers.


Okay first, ignore je title tu. Itulah akibatnya apabila sudah kehabisan idea untuk memberi title. Hakhak. Actually badan aku ni sakit-sakit. Apa kena entah. Mungkin sebab berulang-alik dari kampung ke serdang ni. Haihh, letih toksah cakap la. Memang letih yang amat la. Walaupun tak ada la sampai 3 jam perjalanan nak ke kampung aku tu. Tapi letih dia bukan main lagi la. Rasa nak tertanggal segala sendi-sendi, tulang-tulang dan sebagainya la. Haha


Semalam pergi kenduri kahwin. Punya la lama dekat kenduri tu. Bosan memang tahap maksimum dah. Sampai dah tak tahu apa nak buat. Elak time tu aku nak balik rumah nenek sedara jalan kaki je. Tapi bila mengenangkan anjing yang berkeliaran dekat jalan-jalan tu, aku padamkan jelah hasrat tu. Tak ada kerja pulak aku nak berlari pakai kain kalau kena kejar. Haha. Lain la kalau ada yang baik hati nak tumpangkan awek-awek cun ni * perasan Hokhok.


Okay, rasanya sampai sini jelah. Idea sudah berlari-lari anak dari kotak minda aku ni. See you next time guys. Buhbai


Toodles~

24 December 2010

Hometown

Today nak balik kampung until hari ahad ni. So aku akan away dari blog ni buat masa beberapa hari. Tinggalkan pesanan kau orang dekat shoutmix tu ye. Okay till here readers. Take care all!



Toodles~

23 December 2010

Congrat budak kurus

Congrat untuk adik aku sebab dia dapat 7A 1B untuk PMR. Hadiah kau tuntut la dekat ibu. Haha

Thanks a lot Adik Najwa :D

Salam, heyy readers


Okay actually tak ada idea nak update ni. Just nak show off sikit ni. Haha Kau orang nampak tak apa perubahan dekat blog ni. Alaaa nampak tak? Apa tak nampak jugak? Haihh, biar aku straight to the point jelah. Tu cuba pandang dekat atas tu. Nampak tak header blog aku yang comel tu. Hakhak. Okay okay, cukup dina. Geli pulak rasanya. So aku nak ucap berbanyak terima kasih dekat Adik Najwa sebab sudi nak buatkan header untuk blog aku yang tak berapa nak comel ni. Hoho. Thanks again ye. Happy sangat ni. Sampai tak terkata apa dah. Hehe. So till here readers, daaa


See, ni la header aku yang cute tu * perasan. HAHA.


P/s: Click sini untuk ke blog Adik Najwa


Toodles~

22 December 2010

Good luck budak kurus :P

Ohh sebelum tu, lupa pulak. Aku nak ucap good luck untuk adik aku yang bakal ambil result PMR esok. Hope dia dapat straight 8A's. Amin, insya-Allah


Toodles~

20 December 2010

Aku mahu topup FREE !!

Salam, heyy readers.


Okay hari ni aku nak update tentang contest yang telah di tag dekat aku oleh Nadia Zaidee Wah, agak excited ye sebab ini adalah contest yang pertama aku join. Sebelum ni pun memang ada orang tag aku untuk join contest-contest ni. Tapi aku tak melibatkan diri pun. Mana la tahu kalau-kalau ada rezeki ke nak menang contest yang ni. Hehe. Insya-Allah Okay mari kita teruskan dengan cara-cara untuk join contest ni, tarikh tutup contest dan hadiah yang ditawarkan.


Cara-cara untuk join contest

- Korang semua mestilah menjadi followers aku and like page facebuk aku terlebih dahulu ..
- Buat satu entri mengenai contest ini .. Pastikan tajuk entri tersebut ialah "Aku mahu topup FREE !!"
- Letakkan banner contest ini didalam entri tersebut
- Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen ini
- Tag beberape orang bloggers yang lain .. minimum 2 and maximum 5
- Akhiri entri tersebut dengan Assalamualaikum bagi yang islam .. Dan yang non-muslim pula Salam sejahtera


Tarikh tutup contest ini adalah pada 17/1/2011

Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah .. !!

Hadiah Utama - Topup RM20
Hadiah Kedua - Topup RM10
Hadiah Ketiga - Topup RM5


Dalam syarat dekat atas tu dia suruh tag minimum 2 dan maximun 5. Tapi disebabkan aku ni malas sangat, so aku tak nak tag siapa-siapa la ea. Hikhik. Pada yang berminat sila la join okay Till here readers. Assalammualaikum.


P/s: Untuk maklumat lebih lanjut sila pergi ke blog ini http://humblemodest.blogspot.com/.


Toodles~

19 December 2010

Finally, I did it :D

Salam, heyy readers!


Yeah! Finally aku berjaya edit gambar seperti diatas ni. Walaupun tak la secantik mana pun. Tapi aku tetap berpuas hati. Hoho. Aku tengok tutorial ni untuk buat seperti gambar diatas. By the way, thanks a lot to Syahirah for the tutorial Till here readers.


Toodles~

17 December 2010

Hello-hello

Salam, heyy readers!


Long time no see ya. Hok hok. Agak lama jugak ye aku tak update blog ni. Semalam aku ada memberitahu pada semua readers kesayangan aku bahawa lately ni aku agak busy. Yes, aku memang busy sangat-sangat lately ni. Semuanya bermula sejak aku balik dari holiday tempoh hari. Lepas balik dari holiday je ibu suruh aku duduk kampung. Mula-mula tu aku agak keberatan jugak. Tapi bila dah 4 hari duduk kampung rasa seronok pulak.


Lepas beberapa hari ibu call suruh aku balik sebab adik-adik tak ada siapa nak jaga. Waktu tu aku keberatan sungguh nak balik rumah. Tapi apakan daya aku tak mampu nak menolak. Ibu ada banyak tugasan yang harus di buat dekat sekolah. Jadi aku kena faham situasi ibu. Takkan nak biarkan adik-adik aku macam tu je. Kesian pulak nanti. Jadi aku pun bersetuju jugak untuk balik. Uhh pilunya hati nak tinggalkan kampung. Huhu. * Ayat skema.


So masuk hari ni dah 2 hari aku balik rumah. Rasa rindu dekat kampung masih lagi tak hilang. Walaupun masa dekat kampung memang bosan tahap maksimun, tapi semua tu cukup indah bila di ingatkan balik. Aishh sebak pulak rasanya. Asal entah nak emo tak tentu pasal ni. Huhu. Sabar jelah oi. Okay till here my lovely readers. Take care


Tiba-tiba pulak terasa nak makan benda yang manis-manis


Toodles~

16 December 2010

Busy-ness

Lately ni saya sangat BUSY. Jadi harap maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox. Kemungkinan saya akan balas lambat. Harap maklum :)


Toodles~

08 December 2010

AWAY~

Salam,heyy readers. [Peace!]


Saya akan meng'away'kan diri dari blog buat beberapa hari ni. Kerana pergi ber'holiday' dengan family. Jadi saya memohon maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Segala mesej anda mungkin akan di reply lambat. Harap maklum.


Toodles~

01 December 2010

Tagg-ed

Salam, heyy readers. [Peace!]

Saya di tag oleh Diba :)

So here the rules:

" once you have been tagged , you are supposed to write a note with 25 random , things , facts or goal about you . at the end , choose 25 people to be tagged . you have to tagged the person who tagged you . if i tag you , its because i want to know about you . "


Okay, here the answer:

1. Anak sulung dari lima orang adik beradik
2. Suka membebel pada adik-adiknya. HAHA. Macam nenek-nenek je.
3. Sudah mempunyai teman istimewa.
4. Suka nangis kalau dah terlampau tertekan.
5. Selalu pendam semua masalah yang dihadapi.
6. Berangan adalah hobi yang tak boleh dibuang. Hakhak.
7. Sangat-sangat addict dengan benda yang comel dan kawaii. AWW.
8. Suka memasak benda yang berasaskan manisan.
9. Bercita-cita untuk menjadi Pastry Chef.
10. Cepat terasa dan mudah ambil hati.
11. Cepat merajuk dan agak payah untuk dipujuk.
12. Suka makan tapi beriya-iya nak kurus. HAHA. Macam mana tu.
13. Degil dan ego.
14. Menghormati orang lain kalau orang tu hormat saya.
15. Suka cari pasal dengan orang.
16. Mudah rasa cemburu.
17. Sangat tak suka sidai baju. AHAHA.
18. Suka lipat baju bila ada mood je.
19. Suka basuh pinggan dan sebagainya.
20. Tak suka basuh periuk nasi. Bhaha.
21. Tak suka dibebel oleh siapa-siapa pun.
22. Tulisan sentiasa berubah. Sampai buku pun tak berapa nak kemas. Hehe.
23. Agak cerewet dalam pemilihan pakaian.
24. Sangat suka makan benda yang manis, pedas, makanan yang berunsurkan tauhu dan yang paling penting masakan ibu.
25. Perangai yang susah nak di jangka dan susah untuk di fahami.


Tag 25 people:

- Saya tak nak tag siapa-siapa. Kalau nak tag ni ambil la. Hee~


Thanks yeah, i'm done :D

29 November 2010

29 November 2010

Salam, heyy readers. [Peace!]


Hari ni adalah birthday adik aku yang lelaki. Dia adalah satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Jadi aku nak bagi satu ucapan ringkas untuk dia.

First of all, Happy Birthday Umar! Dah 3 tahun dah budak kecik ni. Hehe. Dah semakin besar dah adik-adik aku semua. Hope bila Umar dah besar nanti dapat menjadi seorang anak yang berguna untuk ibu ayah, dapat menjadi seorang muslimin yang baik untuk Islam dan rakyat yang mempunyai etika yang elok untuk negara pada masa hadapan kelak. Semoga Umar dapat jadi seorang ustaz yang ibu selalu harapkan. Apa-apa pun along sayang Umar sangat-sangat! Walaupun kadang-kadang along suka marah-marah. Marah tu tandanya sayang kan. Hikhik.


With love: Your sister


P/s: Ucapan yang entah apa-apa kan. HAHA. Adik aku tu baru je 3 tahun. Tapi ucapan mengalahkan apa je xD


So till here :) Toodles~

27 November 2010

Award and Tag again :)

Award dari Amalyna :D


Then jawab soalan ni pulak:

1. korg rase robert pattinson hensem tak ?
- Hm, not bad kut.

2. ape yang korg rase bes gune blog ?
- Sebab boleh taip-taip. HAHA. Entah apa-apa punya jawapan.

3. 3 benda yang orang tak patut tahu tentang korg ?
- Kata tak patut tahu. So tak perlu nak bagitahu kan. Hikhik

4. mak / ayah yang korg lebih rapat ?
- Dua-dua rapat. Tak ada istilah pilih kasih,

5. 10 ciri-ciri lelaki idaman * soalan cepumas . haha
- Baik
- Setia
- Penyayang
- Mengambil berat
- Pandai ambil hati orang tua
- Menghormati semua orang
- Pandai menguruskan hubungan diantara pasangannya
- Memahami diantara satu sama lain
- Tahu pantang larang bercinta sebelum kahwin
- Boleh membimbing pasangannya pada masa hadapan

6. brand ape yang korg paling suke fesyen dorg ?
- Tak kisah. Asalkan sedap mata memandang dan tak menjolok mata.

7. ape yang bes pasal pakwe korg ?
- Terlalu banyak kalau nak di bagitahu. Hehe

8. pendapat korg tentang blog amalyna ? hehe
- Blog dia comel :)


Tag dari Nurul Hana :D

Here the rules:


Jawab soalan ni pulak:

If someone says. "Is this okay?" you say..
* Listen to your heart - DHT

How would you describe urself?
* I'm gone - Jay Sean

What do you like in a guy/girl?
* No other one - Taio Cruz

How do you feel today?
* Stuck in the moment - Justin Bieber

What is your life's purpose?
* Wouldn't change a thing - Demi Lovato

What's your motto?
* Not afraid - Eminem

What do your friends think of you?
* Get a life - Lil Wayne

What do you think of your parents?
* Forever - Drake Feat. Lil Wayne, Kanye West & Eminem

What do you think about very often?
* Can't stop won't stop - Lindsay Lohan

What is 2 + 2?
* 2012 - Jay Sean (ft. Nicki Minaj)

What do you think of your bestfriend(s)?
* Got your back - T.I. Ft. Keri Hilson

What do you think of the person you like?
* Perfect two - Auburn

What is your life story?
* Impossible - Shontelle

What do you want to be when you grow up?
* Own steps - Step Up 3D Soundtrack

What do you think of when you see the person you like?
* Stuck with each other - Shontelle ft Akon

What will you dance at your wedding?
* Gravity - Sara Bareilles

What will they play at your funeral?
* Yo Side Of The Bed - Trey Songz

What is your biggest fear?
* Letting Go Dutty Love - Sean Kingston Ft Nicki Minaj

What is your biggest secret?
* Secret - One Republic

What will you post this as
* What you got - Akon ft Colby O donis

Tag 20 people
* I don't want tag anyone.


Okay, I'm done!

25 November 2010

Thank you :D

Salam, heyy readers. [peace!]


Saya dapat award dari Nadia Zaidee :)


Lepastu kena jawab soalan ni pulak:

7 THINGS ABOUT ME

- Seorang yang degil dan ego
- Anak pertama dari 5 orang adik beradik
- Bercita-cita untuk jadi seorang chef satu hari nanti
- Sangat kedekut. HAHA
- Sangat suka dengan benda yang comel dan kawaii
- Sayang dengan seseorang yang digelar MR. A <3
- Seorang yang sukar untuk difahami


Perlu bagi award ni dekat 10 bloggers lain :-)

- Saya tak nak bagi award ni dekat siapa-siapa. Kemalasan melanda. Hikhikhik.


P/s: Thanks again Nadia Zaidee. HEE~

22 November 2010

Tag-gy

Saya di tagged oleh Natasya :D


Jom kita teruskan dengan tag tersebut:

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
- My family, My friends and My boyfie <3

Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
- Topup

Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
- Di sebuah dewan yang boleh memuatkan semua kenalan saya. Hmm tema? Belum difikirkan lagi.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
- Yes, hihi. *Malu

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- I'm not sure about that. Kalau dia yang menjadi suami saya. Insya-Allah hingga ke akhir hayat.

Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
- Di rumah family saya. Hehe.

Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
- Komik. Tapi tak ingat tajuk apa.

Apakah nama penuh korang?
- Tu dekat sidebar ada tulis.

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
- Dua-dua kut.

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
- Heliza. Hek hek hek. Dia comel.

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
- Ada sesetengah baju je.

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
- New York. Ahaha.

Pilih salah satu, peluk atau cium?
- Hah?

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
- Blog dia comel, dia suka chocolates, marshmallows and pink, lastly she practice taekwondo.

5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
- My phone, my purse dan semua present yang saya dapat.

5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
- Perfect two + Auburn, That should be me + Justin Bieber, Love the way you lie + Rihanna, Insya-Allah + Maher Zain, Tunjukkan aku + Boneca.

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
- 14 November 1994. Last year? Tak ingat la. Hihi

7 orang blogger yang korang nk tag
- No else.

Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
- No answer.


Okay, I'm done! :)

Kawan-kawan, dengar sini ye

Heyy readers. [peace!]


Okay actually saya ketiadaan idea untuk meng'update' blog sekarang. Cuma saya nak maklumkan pada semua kawan blogger bahawa saya tidak menerima sebarang tutorial. Kecuali saya yang sengaja nak buat. Bukan apa nanti bila saya tak buat tutorial yang semua kawan-kawan mintak mula la ada yang tak puas hati. Lepastu mula la cakap saya kedekut ilmu la, buat tak tahu la dan sebagainya. Dalam dunia blog ni bukan saya je yang buat tutorial. Banyak lagi blog yang menyediakan tutorial. Rajinkan la sikit tangan anda untuk search Google dan yang berkenaan dengannya.



Tapi disebabkan saya tak nak anda semua bersusah payah untuk mencari, di sini saya senaraikan blog yang mempunyai banyak tutorial yang berguna. Antaranya ialah:

Saya rasa ni je blog-blog yang saya tahu menyediakan pelbagai tutorial yang berguna. Sila la melawat blog mereka ni ye :) Lepasni saya tak nak ada yang bising-bising lagi okay. So till here readers.


P/s: Senarai blog tu akan sentiasa di update. Insya-Allah.


Toodles~

21 November 2010

Maki la lagi ye :)

Ehh see, ada orang maki saya la. Hehe. Nah tengok ni

Click gambar untuk lihat lebih jelas


Kelakar betulkan. Kalau dah tahu saya tak layan semua comment-comment tu, kenapa tak ikhtiar untuk cari tutorial dekat blog orang lain. Nak jugak tunggu tutorial dari saya. Haha. Saya rasa punya la banyak blog yang menyediakan banyak lagi tutorial. Tak faham betulkan. Terima kasih ye sebab maki saya. Saya hargai sangat :)


Awak buat saya nak gelak je. Hihi. Sabar jelah.

20 November 2010

20 November 2010

Actually tak tahu nak update apa. Cuma tak sangka my followers dah mencecah 500. Tak sangka sungguh. Hehe. Thanks ye pada semua yang sudi follow blog tak seberapa ni. Love you all!

17 November 2010

17 November 2010


Salam Aidiladha khas buat Semua :)

14 November 2010

14 November 2010

Happy Birthday to me :)


Thanks pada semua yang wish. Sayang anda semua ❤


I'm sixteen already, ngee.

09 November 2010

Orang gila tak sedar diri

Orang gila tu buat aku sakit hati je!


Kalau diri kau tu dah cukup bagus dan nak sound-sound orang aku boleh terima. Tapi kalau diri sendiri pun tak betul baik tak payah okay. Aku cukup benci orang yang suka sound orang tak tentu pasal tanpa bukti yang kukuh. Diri sendiri pun tak reti nak jaga. Inikan sibuk nak jaga tepi kain orang. Aku benci dengan orang gila yang suka kacau orang tu. Kenapa dia wujud lagi dekat dunia ni. Dah banyak kali pulak tu. Tak aman betul hidup aku. Tak terjamin keselamatan aku dekat sini. Pergi m _ _ i la orang gila. Jangan kacau hidup orang lagi. Dah pernah masuk jail pun tak sedar-sedar lagi. Jadah haram betul. HUH!



P/s: Aku tahu kau orang mesti blur-blur baca entri ni. Tak apa la, biarlah aku dan orang-orang yang tertentu je faham.

08 November 2010

Hati aku memang selalu macam ni

HEY HEY !


Ini merupakan entri yang kedua aku update hari ni. Entah kenapa hati aku ni yang membuatkan aku terasa nak update lagi. Walaupun baru je kejap tadi aku update blog. Tadi hati aku elok je tenteram dan aman. Tapi sekarang hati aku ni bagaikan ditoreh-toreh dengan pisau yang amat tajam. Aku pun tak pasti kenapa aku rasa semua ni. Air mata ni pun macam murah je dia nak keluar. Tapi aku tahankan je. Aku dah penat nak nangis-nangis ni -,- Kenapa la aku rasa semua ni. Tanpa sebab pulak tu. Pelik, sungguh aku pelik.

Hati aku selalu je tak menentu. Mula-mula tu okay je. Boleh happy-happy dan senyum-senyum bagai ni. Tapi lepastu secara tiba-tiba mesti rasa sedih pulak. Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan sampai rasa sedih macam ni. Kenapa dengan aku ni? Aku sendiri pun tak faham diri aku. Inikan orang lain, lagi la tak faham. Haishh. Entah la. Buntu dohh. Ahh rasa nak nangis. Tahan air mata tu dina TT-TT Okay la, till here readers. Not in good mood -.-


Toodles~

Can't forget it

Salam. Heyy readers [peace!]


Seperti yang dimaklumkan semalam. Hari ni aku ada exam tasawwur. Hm soalan dia not bad la. Boleh tahan susah jugak. Dah kata PPD yang buat soalan. Memang mencabar gila la. Rasa macam nak tercabut saraf-saraf otak aku ni nak fikir jawapan. Haiyoo -.-" Kertas satu memang susah gila la aku cakap. Aku tinggal tujuh soalan dekat kertas ni. Jawapan yang buat pun belum tentu betul. Kertas dua pulak not bad la. Ada separuh senang, ada separuh susah. Berapa soalan entah aku tinggal kertas ni. Hope dapat markah yang okay okay jelah. Amin.


Tadi dekat sekolah pelajar katering semua busy. Tak menang tangan dibuatnya. Ada kelas form two ni buat jamuan. Dia orang tempah makanan dekat katering. So budak-budak katering pun buat la apa-apa yang patut. Mana-mana budak katering yang ambil exam tasawwur tadi sepatutnya kena bertugas dalam bahagian penyajian. Tapi tengok-tengok kena siapkan tempahan pastri gadis mulia. So aku dengan tiga orang lagi rakan seperjuangan aku pun menyiapkan la tempahan ni.


Satu kumpulan tiga adunan. So disebabkan ada dua kumpulan je dapat la enam adunan * Cehh belajar math kejap.HAHAHAHA. Masak punya masak sampai la pukul tiga lebih. Semua dah siap-siap kemas nak balik. Tapi tadi aku dengan tiga orang rakan seperjuangan aku ni balik lambat sikit. Sebab kita orang kan masuk lambat sikit. So keluar pun lambat la. Ngeh ngeh ngeh. Lepas dah siap semua kita orang pun dilepaskan la untuk balik. Lepak-lepak dekat kantin kejap. Dalam pukul berapa entah baru la kita orang buat keputusan nak balik. Dah sampai rumah aku terus makan. Lapar gila kut. Then rehat-rehat kejap. Penat memasak dengan perah otak dekat sekolah tadi. Hek hek hek.


--> Topic change <--


Hari ni jugak ada satu peristiwa yang mungkin aku tak dapat lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku terkunci dalam bilik sendiri. Ni sebab tombol pintu tu punya pasal la. Boleh pulak dia nak buat hal pagi-pagi buta. Aku dah la nak siap-siap pergi sekolah. Tambah pulak ada exam. PEH! Punya la gabra gila aku pagi tadi. Agak mengambil masa yang lama nak bukak pintu bilik tu. Sekarang pintu bilik aku ni dah tak boleh nak kunci. Sebab dia punya apa benda entah nama benda alah tu dah pecah, patah dan hancur berderai. Fobia gila nak tutup pintu bilik. HAHAHAHA.


Nasib baik sempat nak siap-siap pergi sekolah. Serious pagi tadi aku siap ekspress gila. Kalau tak mandi pun dah ambil masa yang lama. Hua hua hua * Kantoi. Dalam pukul tujuh berapa minit entah baru aku dan adik aku gerak ke sekolah. Kita orang ambil masa lima minit je nak sampai sekolah. Cepat gila kut kita orang jalan. AHHHA. Ni kes dah cuak lambat pergi sekolah la ni. Nasib tak lambat. Sempat jugak la aku nak baca buku tasawwur pagi tadi. Kalau tak aku dah buat keputusan tak nak pergi sekolah even ada exam. Nasib baik semuanya dapat diselesaikan. Dapat jugak aku ambil exam hari ni. Alhamdulillah :)


So till here readers. Tangan lenguh menaip.


Toodles~

07 November 2010

Uhh esok tasawwur -.-"


Om-ee-ge! Esok exam tasawwur derr. Gua cuak gila-gila ni. Awwww rasa nak menjerit je dohh. Ya-Allah bantulah hamba mu ini. Kau tenangkan hatinya dan permudahkan la agar aku dapat jawab exam esok. Amin.


Ni je kut aku nak update. Till here readers.


Toodles~

06 November 2010

Kau memang tak pernah jujur

* Sebelum aku memulakan entri ni aku nak memohon maaf kalau kata-kata dalam entri ni ada yang menyinggung mana-mana perasaan. Mungkin tidak disengajakan. Aku hanya nak meluahkan sedikit rasa tak puas hati aku ni. Pada yang tak berminat nak baca jangan teruskan pembacaan anda. Harap maklum.


Okay sebelum tu aku nak tanya pada semua pembaca dulu. Dekat sini siapa yang suka dengan orang yang hipokrit? Aku rasa tak ada siapa kut yang suka dengan orang hipokrit ni kan. Fine la kan, aku tak kata la yang diri aku ni tak hipokrit. Ada la sikit-sikit tu. Adat la tak semua orang perfectkan. Mesti ada kekurangannya jugak. Tapi aku cukup BENCI dengan orang yang tak ikhlas nak kawan dengan kita dan dia bersungguh-sungguh menyatakan yang dia ikhlas. Padahal dalam hati tu tak la ikhlas mana pun.


Serious aku cukup geram dengan orang yang perangai macam ni. Kalau tak nak kawan cakap je terus terang tak nak kawan. Tak payah dekat mulut lain, hati lain. Tengok macam aku. Kalau aku tak suka aku akan cakap tak suka. Even kita akan buat orang tu macam sakit hati sikit tapi at least tak buat orang tertanya-tanya macam orang bodoh. Lepastu nanti kau akan kecewakan orang tu jugak. Baik terus terang jelah weh. Tak payah nak berlapik-lapik semua kata-kata kau tu. Konon segan dengan aku la, apa la. Padahal dah tak nak kawan dengan aku.


Harap je jantina kau tu LELAKI. Tapi pengecut nak berterus-terang macam batu yang tak boleh nak bercakap tu. Aku sabar je dengan perangai kau selama ni. Aku anggap macam tak ada apa-apa je semua ni. Tapi kau kena ingat, aku pun ada hati dan perasaan jugak. Bukan patung yang bisu tak ada hati tu. Kau bila susah cari aku. Memang CANTIK gila doe perangai kau. Kalah kecantikan Miss Universe yang pernah menang sebelum-sebelum ni. HAHAHA!


Serious aku katakan disini aku BENCI KAU SANGAT-SANGAT! Aku menyesal dengan segala-galanya tentang kau. Aku tak nak ingat sikit pun tentang diri kau. Kenangan yang kita pernah ada pun aku tak nak ingat dah. Semua tu sia-sia je kau tahu. Aku menyesal kenal dengan orang yang macam kau. HIPOKRIT!



Kau terasa? Memang kau la orang yang aku maksudkan. Siapa yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya.

04 November 2010

4 November 2010

Okay, today is my younger sister birthday. So I want to make a simple wish for her :)

First, happy birthday eyrie's girlfriend. Kau dah 15 tahun ouh. Tapi still tak cukup umur lagi tu. HAHAHA. By the way, hope kau jaga present aku tu elok-elok. Even tak seberapa la sangat present tu. Thanks jugak sebab belikan aku earring even aku tak mintak pun kau belikan. Heh. Thanks a lot too sebab kau dah belikan aku present untuk birthday aku nanti. Apeda pergi kantoikan. Tak surprise dah. Ngeh ngeh ngeh. Tapi tak apa, kau buat aku tertanya-tanya je apa yang kau nak bagi dekat aku nanti. So kau dah semakin dewasa sekarang. Tak perlu kut nak jadi terlalu childish okay. Gahaha. Be matured sikit la. Jaga eyrie baik-baik. Tak nak selalu gaduh, Kang aku culik eyrie baru kau tahu :P Apa-apa pun happy birthday budak kurus. Sayang kau! Even aku tak pernah cakap face to face. Kui kui kui :D


With love: Your sister


So till here :) Toodles~

03 November 2010

November is my month

Most interesting day in this month:

  • 4 November 2010- Wawa's birthday
  • 11 November 2010- Anniversary 3 years
  • 14 November 2010- My birthday ❤
  • 29 November 2010- Umar's birthday

Yeah, see. November is my month. Can't wait 11 November and 14 November. AHAHA :D Okay, till here readers. I'm blank now -.-"


Toodles~

24 October 2010

Aku kena TABAH

Salam. Selamat malam wahai pembaca-pembaca sekalian.


Entry ini mungkin agak emo. Pada siapa-siapa yang tak berminat jangan teruskan pembacaan anda. Harap maklum. Okay, kita teruskan dengan entry yang aku nak post ni. Sebenarnya malam yang agak dingin sikit ni aku rasa agak sedih. Entah kenapa aku pun tak berapa pasti. Rasa macam ada something yang berlegar-legar di kotak minda aku ni. Aku berasa ragu-ragu dengan satu benda dan aku takut sangat kalau benda tu tak menjadi kenyataan. Tapi aku dah set pada diri aku ni walaupun ia tak menjadi kenyataan aku harus redha dengan ketentuanNya pada aku.


Terlalu mencabarkan hidup ni. Tapi mungkin disebabkan cabaran itulah aku mampu meraih kekuatan sehingga tahap ni. Entah kenapa aku rasakan yang diri aku ni semacam lain. Mungkin pada pandangan orang lain semuanya macam biasa je. Tapi tidak pada aku. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah mengambil serius dalam sesuatu perkara sekarang. Kadang-kadang benda tu hanya gurauan pun aku ambil serius. Semua tu mungkin akan menyusahkan semua pihak. Aku rasa semua ni adalah kesan dari kegelapan hidup aku sekarang.


Untuk awak, sebenarnya setiap kata-kata yang saya ungkapkan saya teringin sangat semua tu jadi kenyataan. Dengan jujur saya katakan disini saya ni adalah jenis yang agak payah untuk menunjukkan kasih sayang. Jadi saya mintak maaf kalau selama ni saya selalu buat tak tahu je. Tapi kini saya tak tahu kenapa saya mudah ungkapkan kata rindu dan sayang pada awak. Saya seolah-olah baru menyedari kehadiran awak dalam hidup saya, dan saya hargai sangat-sangat kehadiran awak tu. Kini baru saya sedar tanpa awak hidup saya kesunyian. Tapi kenapa sekarang saya merasakan awak makin jauh dari saya. Terasa seolah-olah saya bakal kehilangan awak. Saya harap semua tu tak akan terjadi. Insya-Allah


Buat keluarga aku pulak, aku harap kebahagiaan yang jarang tiba ini akan terus menemani kami sekeluarga sampai bila-bila. Walaupun kebahagiaan ini tidaklah kekal selamanya. Ada masanya dia tiba dan ada masanya dia pergi. Aku berharap agar Allah akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan ini buat selamanya. Amin. Pada rakan-rakan pulak aku mintak maaf kalau aku mudah terasa dan ambil hati sekarang ni. Mungkin disebabkan masalah ni hati aku menjadi lebih sensitif. Tapi walau apa pun, aku akan cuba menjadi seperti biasa bila di depan kau orang semua. Insya-Allah.


Kau berikanlah aku kekuatan yang lebih banyak lagi ya Allah, agar aku dapat meneruskan semua ini hingga ke penghujungnya. Amin. Aku kena TABAH untuk menghadapi semua ni. So till here readers. Assalammualaikum.


Toodles~

Hari ini sangat BOSAN

YEAH !

Kenapa bosan sangat-sangat hari ni. Tak ada benda yang menarik boleh dibuat. Grr -.-"

23 October 2010

Ehh dapat award la

Heyy readers. Selamat malam.


So ini adalah entry yang kedua aku update untuk hari ni. Tiba-tiba rajin pulak. AHAHA :P Okay okay, actually aku update ni untuk mengambil award yang aku dah dapat. Tu pasal semangat nak update blog. Rajin bersebab tu, HAHAHA. Thanks a lot to Syafiqah sebab bagi award ni ❤

Okay, then kena jawab soalan ni pulak.

Anda rsee blogg anda kacakk x ?
Hm, KACAK kut. HAHA * Pada pandangan aku la. Ngee~

------------------------------------
Tlg bgi award niy jugk kat 3 org kwn awk yg awk rse blog dyorg cantekk .. bole ?
Err nak bagi dekat siapa ye? Siapa yang rasa blog dia cantik ambil la.

------------------------------------
Ucapan anda ?
Alahai. Nak kena bagi ucapan jugak ke? Tak payah la ea. Bukan ada orang nak baca pun.



Thanks again yeah! :D

Why so hard ?

Heyy readers. Selamat petang.


Yeah! lama dah aku tak update blog aku ni. Apa yang kau orang mampu lihat hanyalah perubahan wajah je yang berubah. Tapi entry baru masih tak baru-baru lagi. HAHAHA~ Aku kehabisan idea buat masa ni. Mungkin disebabkan masalah yang menjadi penghuni setia di kepala aku ni yang membuatkan semua idea aku hilang untuk dicoret pada blog. Entah bila semua masalah ni nak berlalu pergi. Sungguh aku PENAT -.-"

Okay, bercerita tentang perubahan wajah blog aku ni pulak. Hm black and white. Mungkin ni je kut background yang mampu membuat hati aku tertarik buat masa ni. Memang sesuai sangat dengan kehidupan aku sekarang. Semuanya hitam dan tiada langsung ruang untuk cahaya memasukinya. Tapi aku akan cuba cari jugak ruang tersebut untuk membenarkan cahaya yang setia menanti aku pada masa akan datang. Aku harap semua akan baik-baik je. Amin.

Cerita tentang final exam pulak. Hm semua paper not bad la. Tak ada la senang sangat. Biasa la soalan ikut standard SPM. Lagipun bukan cikgu-cikgu yang buat soalan. Semua PPD yang buat. Sebab tu agak mencabar soalan-soalan yang diberi. So far aku telah pun melepasi paper BM kertas 1/2, BI kertas 1/2, Math kertas 1/2, Sejarah kertas 1/2, dan Pendidikan Islam kertas 1/2. Semua kertas agak mencabar buat aku. Hari isnin ni pulak tak ada paper. So boleh la relax-relaxkan minda sikit.

Aku harap hidup aku akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Amin. So till here. GOODBYE readers.


Toodles~

21 October 2010

Tolong, tolong. HAHA

Heyy, kawan-kawan.


Sila bagi saya idea nak update apa dekat blog kesayangan saya ni. Idea dah semakin hilang dalam kotak minda saya yang comel lote ni. HAHA * perasan sungguh ini budak :P Okay okay, sebenarnya saya nak memohon maaf disebabkan dah lama tak update blog comel saya ni, EWW. Huahuahua. Saya busy sangat-sangat buat beberapa minggu ni. Al-maklum la tengah exam la katakan. Final exam pulak tu. So saya ingin memohon maaf jugak pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Saya tak boleh nak balas mesej kau orang buat masa ni. Insya-Allah jika berkesempatan saya balas ye. So till here readers. Daaa ❤ [Peace!]



Toodles~

15 October 2010

Dom dom dom

Tak ada idea nak update buat masa ni. Sorry -,-
Lagipun next week dah nak periksa akhir tahun.
Wish me luck!

10 October 2010

Meh sini la weyy

Heyyy !


Actually idea dekat dalam kepala otak aku ni adalah 0%. Tapi aku still nak update jugak * gedik. HAHA~ Sebab aku tak nak ketinggalan untuk update pada tarikh yang agak molek ni. Iaitu 10/10/10. Awww! Sangat menawankan tarikh tu. Hoho. Nasib baik la aku baru 16 tahun. Kalau sekarang umur aku dah 25 tahun confirm aku dah buat tarikh kahwin aku hari ni. Agaga * menyimpang pulak dia xP. Dah sangap sangat nak kahwin. Cettt! Huahuahua.

Hari ni tak ada benda yang menarik pun. Aku just duduk terperap dekat rumah tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah. Dah la final exam semakin hampir. Tapi aku ni masih tak sedar-sedar lagi. Bukannya nak study ke apa ke. HUHU~ Bila fikirkan balik pasal final exam tu aku rasa macam nak pergi tadika balik je. Aku nak belajar semua balik. Serious aku menyesal tak belajar betul-betul dulu. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Huu~ -,-

Kalau boleh aku nak jugak dapat keputusan yang agak membanggakan. Tapi aku rasa semua tu macam mimpi jelah. Mimpi yang tak akan menjadi kenyataan. Haihh, parah sungguh rasanya. Aku harap aku dapat buat yang terbaik dalam final exam yang bakal tiba tak lama lagi. Aminn! Anyway, wish me luck ya readers ❤ So till here. Daaa.


Toodles~

09 October 2010

Haa, baru okay

Okay, finally dashboard dah kembali seperti sedia kala. Baru la tak serabut aku tengok. Kalau tak buat pening kepala je. Haiyoo~ =="


Hari ni aku post pasal ni jelah. Tak ada idea pulak aku nak menaip dekat kotak putih ni. Heh. If idea dah datang menyerang aku. Aku update la nanti. So till here kay. Daaa :b


Toodles~

08 October 2010

Kan betul

Aku dah agak dah semua ni mesti akan jadi. Kan betul aku kata yang rasa happy aku tu takkan kekal lama. Ia hanya dapat bertahan selama 2 hari je. HAHA~ Kelakar betulkan. Hmm -,-


Be strong Dina !

Ehh, kenapa ni ?

Kenapa dashboard blog aku macam ni eyh? Apa masalahnya. Gambar dah la besar-besar gedabak semuanya. Lepas tu yang dekat blog yang aku follow pulak dah tak ada scroll box macam sebelum ni. Serabut gila ohh. Pening kepala tengok =="

Asal macam ni ? -,-

07 October 2010

Sendi-sendi aku rasa nak tercabut. HAHA

Salam. Heyy readers :D


Hari ni sama jugak macam semalam. Sangat-sangat penat tapi dalam rasa penat tu terselit rasa happy, best dan seronok. Untuk kali ni aku pun tak berapa pasti semua perasaan ni akan dapat bertahan berapa lama. Tapi kebiasaanya tak lama mana pun. Kita tunggu dan lihat jelah. HUHU~ Tadi pergi hangout dengan kawan-kawan dekat mines. Seperti yang telah diberitahu pada entry dua hari lepas yang aku nak pergi celebrate birthday member aku yang sorang ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar =)


Antara aktiviti yang dibuat dekat mines tadi adalah makan-makan, sesi memotong kek, main boling, jalan-jalan pusing satu mines, dan berkaraoke. Yang bab karaoke tu tak semua la yang join. Hanya empat orang je. Orang-orang tersebut adalah aku dan tiga orang lagi rakan-rakan seperjuangan ku *cehh, ayat tak boleh blah sungguh. HAHA~ xD Time main boling tadi pulak ada satu peristiwa yang mungkin tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku tergelincir time baling bola boling tu. Okay, sangat malu ye time tu anak-anak. Kahkahkah.

Kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing dalam pukul 5 lebih. So, aku pun tunggu la my dear yang ambil. Hee~ Hari ini adalah hari yang sangat-sangat superb buat aku ♥

Ni je gambar yang sempat diambil tadi :)
( Click gambar untuk lihat lebih jelas )

Jalan jalan

Salam. Heyy readers [peace!]
Entry dipost pada pukul 12.42 a.m.


Hari ni penat sangat-sangat. Tapi dalam penat-penat tu jugak terselit rasa happy dan best. Perasaan happy tu aku tahu takkan kekal lama. Sementara je tu -,- Aku dah masak sangat dah dengan semua ni. Haishh~ Okay okay, lupakan pasal tu. Aku malas nak rosakkan mood aku yang agak boleh dikatakan okay ni. Semuanya bermula seperti ini ye anak-anak :P


Dalam pukul 2.40 p.m tadi ada member aku ni mesej. Dia ajak teman dia pergi beli tiket wayang. Katanya malam nanti nak pergi tengok wayang dengan family. So aku pun try la memintak izin ibu untuk pergi temankan member aku tu. So, bila ibu dah bagi green light aku pun terus la bersiap-siap. Dalam pukul 3 lebih macam tu la aku terus gerak ke rumah member aku tersebut. Sebab mak dia yang hantar kita orang untuk pergi beli tiket tu.

Masa dalam perjalanan tersebut. Tiba-tiba mak dia offer aku join dia orang pergi tengok wayang pada malamnya nanti. Mula-mula tu aku agak keberatan jugak. Tapi mak dia beriya-iya sungguh mengajak aku. Jadi aku mengambil kata putus untuk fikir dulu. Setelah sampainya di destinasi yang ingin dituju kita orang terus bergerak ke cinema dulu. Time tu hati aku berbelah bagi nak join ke tak. Last-last aku call ibu untuk mintak izin yang aku nak join dia orang.


First time call ibu tak angkat. Second call tak angkat jugak. So, kita orang buat keputusan untuk pergi maxis center dulu. Member aku ni nak betulkan problem sim card dia. Jadi dengan kesempatan yang ada tu aku pun memikirkan yang aku nak join dia orang tengok wayang atau tak. Tiba-tiba handphone aku berdering. Terkeluar la lagu Love the way you lie yang dinyanyikan oleh Rihanna. Aku pun jawab la panggilan tersebut. Lepastu aku bagi phone dekat member aku untuk menyampaikan hajat yang sebenarnya.

Dalam fikiran aku time tu macam-macam ada la. Yang paling aku risau time tu takut kena marah dengan ibu. PEH! Rasa macam nak tercabut jantung aku time tu. Berdegup dengan kencangnya. Tengok-tengok ibu bagi jugak untuk join dia orang. Time tu aku terus tak terkata. Memang tak sangka yang ibu akan bagi. Lepas dah beli tiket apa semua kita orang pun terus membuat keputusan untuk balik. Serious time on the way nak balik tu aku risau gila kalau ibu marah ke apa ke. Tapi bila sampai-sampai je rumah aku tengok ibu okay je. Lega gila hati aku time tu. Fuhhh~


So malam tu aku gerak ke rumah member aku dalam pukul 8.16 p.m kalau tak silap. Lepastu baru la gerak ke destinasi yang ingin dituju oleh kami semua. So far keluar tadi agak menyeronokkan jugak. Tak pernah aku ada pengalaman macam ni. Keluar dengan family member aku. First time kut. So tadi adalah satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Hee~ :D Thanks to Syira's family because treat me watching a movie tonight. Ohh by the way, tadi kita orang tengok cerita Magika. Yeahh, agak amazing jugak cerita ni. Pada pandangan aku la. Kalau kau orang nak tahu amazing ke tak tengok la sendiri erk. Ngee~

Okay, I want to stop till here. Very tired lol =,=

05 October 2010

HAAAH

Okay, disebabkan aku agak bosan sekarang ni. So aku pun membuat keputusan untuk update blog kesayangan aku ni jugak. Aku pun dah naik muak asyik tengok entry yang sama je. Timbul jugak rasa jealous kat blogger lain sebab banyak betul idea dia orang semua untuk update blog. Ish ish ish ==" Hm, dalam minggu ni aku agak BUSY walaupun kelas aku dicutikan sebab budak form 3 PMR. Tapi kita orang tetap kena sekolah sebab ada kelas tambahan.


Tadi ada kelas tambahan untuk subjek sejarah. Semalam pulak sebab ada amali untuk subjek katering. Esok pulak patutnya ada kelas tambahan sejarah lagi. Tapi dibatalkan. Sebab apa aku pun tak tahu la. At least esok dapat la jugak berehat-rehat kat rumah. Homework yang cikgu bagi sikit pun aku tak usik lagi. Mana taknya asyik pergi open house je. Sampai homework pun tak sempat nak buat. Haiyoo -,- Yang paling risau sekarang ni homework untuk subjek BI. Nak kena buat essay.


Khamis ni pulak berkemungkinan nak keluar dengan kawan-kawan. Sebab ada sorang member aku ni nak pergi celebrate birthday dia. Kang tak pergi takut dia kecik hati pulak. Lagipun ibu dah bagi green light untuk join dia orang. So, pergi jelah. Jarang dapat keluar ramai-ramai dengan member kelas ni. Dah ada kesempatan tu grab jelah kan. Okay okay, aku rasa aku nak stop sampai sini je. Dah kehabisan idea ni. Byebyee readers and thanks for reading ❤

25 September 2010

Ahh biasa biasa je

Salam. Heyy readers


Agak berkurun jugak aku tak update blog ni. Idea semakin menghilang di dalam kotak minda aku ni. Entah ke mana dia pergi. Barangkali semakin berkurang akibat aku terlalu banyak gelak kut. HAHA! Macam tak ada kena mengena pulak. Okay okay, kembali serious. Dalam beberapa hari ni tak ada apa yang menarik boleh dikongsi dengan para pembaca semua. Masalah yang aku hadapi pun masih belum selesai. Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran. Tak nak serabutkan sangat kepala aku ni. Masih banyak perkara lagi yang perlu aku fikirkan.


--> Change topic <--


Dalam pukul 9 p.m tadi aku ada pergi open house yang kawan aku buat ni. Kira rumah dia ni adalah rumah pertama yang aku pergi untuk beraya. Dalam golongan kawan-kawan la. Rumah saudara-saudara aku dah raya time dekat kampung hari tu. Tu pun dua rumah je pergi. Sebab time tu dah nak balik ke Serdang semula. So far tadi agak best la sebab dapat jumpa kawan-kawan. Even tak ramai yang aku kenal tadi. Ada la segelintir je yang aku kenal. Ada la tadi dapat duit raya dalam RM____ * Pandai-pandai la kau orang teka. Bhaha! Aku ingat dah tua-tua ni tak dapat la duit raya. Tengok-tengok dapat jugak. Haihh, tu la rezeki namanya. Masyukkk~ xD


So, I think I should stop now. Idea pun dah tak ada ni. Esok nak balik kampung. Ada kenduri kahwin kalau tak silap. Siapa yang kahwin aku pun tak tahu. Bila la majlis kahwin aku pulak. Wahaha! * Gatal.

23 September 2010

4 Ikhlas (MPV 1) 2010





Click gambar untuk lihat lebih jelas