25 September 2010

Ahh biasa biasa je

Salam. Heyy readers


Agak berkurun jugak aku tak update blog ni. Idea semakin menghilang di dalam kotak minda aku ni. Entah ke mana dia pergi. Barangkali semakin berkurang akibat aku terlalu banyak gelak kut. HAHA! Macam tak ada kena mengena pulak. Okay okay, kembali serious. Dalam beberapa hari ni tak ada apa yang menarik boleh dikongsi dengan para pembaca semua. Masalah yang aku hadapi pun masih belum selesai. Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran. Tak nak serabutkan sangat kepala aku ni. Masih banyak perkara lagi yang perlu aku fikirkan.


--> Change topic <--


Dalam pukul 9 p.m tadi aku ada pergi open house yang kawan aku buat ni. Kira rumah dia ni adalah rumah pertama yang aku pergi untuk beraya. Dalam golongan kawan-kawan la. Rumah saudara-saudara aku dah raya time dekat kampung hari tu. Tu pun dua rumah je pergi. Sebab time tu dah nak balik ke Serdang semula. So far tadi agak best la sebab dapat jumpa kawan-kawan. Even tak ramai yang aku kenal tadi. Ada la segelintir je yang aku kenal. Ada la tadi dapat duit raya dalam RM____ * Pandai-pandai la kau orang teka. Bhaha! Aku ingat dah tua-tua ni tak dapat la duit raya. Tengok-tengok dapat jugak. Haihh, tu la rezeki namanya. Masyukkk~ xD


So, I think I should stop now. Idea pun dah tak ada ni. Esok nak balik kampung. Ada kenduri kahwin kalau tak silap. Siapa yang kahwin aku pun tak tahu. Bila la majlis kahwin aku pulak. Wahaha! * Gatal.

23 September 2010

4 Ikhlas (MPV 1) 2010





Click gambar untuk lihat lebih jelas

22 September 2010

No title

"Kadang-kadang kita perlu menipu untuk buat orang lain rasa bahagia."

Siapa setuju dengan statement diatas?

16 September 2010

Berikan aku kekuatan ya Allah

Salam, selamat malam


Apa khabar readers semua? Macam mana dengan raya kau orang pada tahun ni? Hm, raya aku tahun ni tak la semeriah tahun-tahun yang lepas. Semuanya biasa-biasa je. Tak ada apa yang menarik pada raya aku tahun ni. Dalam waktu yang sama jugak aku di duga dengan masalah yang amat berat sekali untuk dipikul. Yes, aku penat sangat di duga dengan masalah pada saat-saat yang sepatutnya aku bergembira. Tapi bila hadirnya masalah ni ia membantutkan rasa gembira tu untuk tiba. Aku memohon pada mu ya Allah, berikan la aku kekuatan lagi. Sesungguhnya dugaan itu tak henti-henti hadir dalam hidup aku.



Disebabkan masalah ni jugak aku tak tahu sama ada aku ada kekuatan atau semangat untuk ke sekolah pada minggu depan. Dah la peperiksaan akhir tahun tak lama je lagi. Macam mana aku nak jawab soalan dengan keadaan kepala aku ni penuh dengan masalah. Aku harap semua ni akan menemui jalan penyelesaian dengan cepat. Sungguh aku dah tak ada kekuatan nak hadapi semua ni. Terlalu berat dugaan yang diberikan :(

Dalam pada masa yang sama jugak aku ada satu impian yang ingin aku realisasikan. Iaitu aku akan cuba memberi kebahagiaan kepada ibu dan adik-adikku. Aku harap Allah akan bantu aku untuk tunaikan impian tu. Insya-Allah.



P/s: Maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Aku agak tak ada mood nak balas. Maaf sekali lagi =(

08 September 2010

Away

Going back to hometown.
Byebye readers. Take care.


Selamat Hari Raya!

06 September 2010

Tutorial - Meletak comment pada classic template

Salam. Heyy readers


Okay hari ni ada lagi someone yang meng'request' tutorial. Orang tersebut bertanya macam mana nak letak comment pada classic template. So aku dengan baik hatinya membuat tutorial ini. * Cehh baik ke? Perasan je. Haha! xD




Sila baca tutorial ni dengan teliti ya.


1. Firstly kau orang click dulu dekat template.



2. Selepas itu tekan Ctrl + F dan cari code ni <$BlogItemBody$>. Dah jumpa? Kalau dah sila beri tepukan untuk kau orang ya.
3. Then kau orang paste code yang ada dekat bawah ni pada bawah code <$BlogItemBody$> tu.

<a class="comment-link" target="_blank" href="<$BlogItemCommentCreate$>"<$BlogItemCommentFormOnclick$>><$BlogItemCommentCount$> Comment</a>


4. Tukar la perkataan comment
tu mengikut cita rasa kau orang. Kalau dah sila preview dulu. Dah rasa puas hati baru tekan button save. Done!



P/s: Fungsi Ctrl + F tu hanya boleh digunakan pada Mozilla Firefox sahaja.


Semoga berjaya!

Resepi ( Puding Kastard Berkuah )

Puding Kastard Berkuah


Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (Supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Bahan untuk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.


Selamat mencuba! :)

05 September 2010

Emoticon

Heyy readers,


Disebabkan ramai yang bertanya mana aku download emoticon yang comel-comel tu. Jadi disini aku sertakan link web dekat mana aku download semua emoticon tu. Nah link tersebut Userscripts.org


P/s; Mungkin buat masa ni web diatas ada problem sikit. Jadi harap maaf jika link tu tak boleh dibuka. Kau orang boleh cuba lagi pada hari yang lain. Segala kesulitan harap dimaafi =(

Tutorial - Meletak followers pada classic template

Heyy readers. Selamat tengahari


Okay hari ni ada someone meng'request' tutorial lagi. Disebabkan aku agak bosan sekarang ni jadi aku buat jelah tutorial tu. Lagipun aku agak ketandusan idea untuk meng'update' blog buat masa ni. Orang tersebut mintak aku ajarkan macam mana nak letak followers dekat classic template.



Sila baca tutorial ni dengan teliti ya.


1. Firstly kau orang bukak dulu web ni Google Friend Connect.
2. Lepas dah bukak dia akan keluar macam web dekat bawah ni. Then click dekat Add the members gadget.



3. Selepas kau orang dah click dekat Add the members gadget dia akan keluar seperti gambar dibawah ni. Kau orang ubah la apa-apa yang patut. Bila dah siap click dekat Generate code. Nanti dia akan keluar code yang akan kau orang letak di template kau orang.



4. Lepas dah paste code tu kau orang preview la dulu. Kalau dah rasa puas hati baru click button save. Done!


Semoga berjaya!

04 September 2010

Tutorial - Meletak code blogskins ke blog

Heyy readers. Selamat malam


Someone telah meng'request' tutorial dekat aku. Orang tersebut mintak aku tolong ajarkan macam mana nak letak code blogskins ke blog. So ini adalah tutorial yang pertama setelah aku delete semua tutorial yang pernah aku buat sebelum-sebelum ni dan gambar dibawah adalah mesej yang orang tersebut bagi pada aku untuk request tutorial ni.


Sila baca tutorial ni dengan teliti ya.


1. Kau orang revert dulu template kau orang menjadi Classic Template.
2. Cari template yang kau orang nak. Aku syorkan cari dekat Blogskins. Sebab dekat situ template semua comel-comel.
3. Lepas dah dapat cari template yang berkenan dihati sila ikut step yang ditunjukkan pada gambar bawah ni.
4. Click pada Blogger Main



5. Selepas itu dia akan keluar macam gambar dekat bawah ni. Click pada Open with Notepad (default)



6. Lepas dah click dekat Open with Notepad (default) dia akan keluar seperti gambar dekat bawah ni. Then copy code tersebut dan paste di blog kau orang. Sebelum kau orang paste code tu. Click dulu dekat template.





7. Selepas kau orang dah paste code tu. Edit la mana-mana yang patut. Done!


Semoga berjaya!

25 Ramadhan 2010


Salam. Heyy readers. Selamat petang


Mula-mula sekali aku nak ucapkan selamat bercuti kepada sesiapa yang dah start cuti. Sekolah aku dah cuti bermula hari ini. Hm, bulan ramadhan dah hampir ke penghujung kan? Rasa macam sekejap je. Lagi berapa minggu je dah nak raya. Sungguh pantas masa tu berlalu tanpa kita sedari. Usia kita pun semakin lama semakin menigkat. So far aku belum ready apa-apa untuk menyambut ketibaan syawal nanti. Cuma baju raya tu dah beli la. Ada la dalam 2 pasang je. Tahun ni malas nak beli banyak-banyak. Kuih raya belum ready apa-apa lagi. Bila nak start buat pun tak tahu la.


Selama bercuti raya nanti aku tak boleh nak raya sakan sangat. Sebab lepas raya je nanti dan nak kena menghadap kertas-kertas peperiksaan. Even start exam bulan oktober tapi kena la buat persediaan yang rapi. Takkan nak study last-last minute pulakkan. Lagipun aku ada banyak homework yang perlu diselesaikan. Haiyoo. Walaupun diberi cuti tapi otak aku ni tetap tak bercuti jugak. Cikgu dah siap pesan awal-awal bila raya tu jangan sampai lupa diri. Raya 2 3 hari pun dah cukup la * Ni bak kata cikgu english aku la. Kehkehkeh.


So kau orang semua dah ready ke nak menyambut ketibaan syawal tak lama lagi? Share la dengan aku nanti. Hehe. Akhir kata Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang masih ada beberapa hari lagi dan Selamat Menyambut Ketibaan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi. Jaga diri semua. [Peace!]


Pstt; Aku memohon maaf pada semua yang bagi mesej dekat shoutbox tu. Rasa malas dah mula menakluki dalam diri aku sekarang. Bila rajin nanti aku balas la ek. Hee~