05 December 2012

Rasa rindu?


Assalammualaikum ya sodiqoh. Kaifa halukum? :)

Entri hari ini ingin saya kongsikan pada pembaca semua satu doa yang diamalkan oleh Nabi Yusuf kepada Zulaikha. Jika kita rindukan seseorang mintalah doa kepada Allah, kerana itu lebih baik dari kita menyatakan rasa rindu itu secara zahir. Kan lebih elok kalau kita nyatakan rasa rindu itu kepada Allah. Allah itu maha mendengar segala luahan hamba-Nya :) Baca dan amalkan doa dibawah ini jika kita rindukan seseorang..

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada...... (nama penuh insan tersebut), sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin"

Selain dari membaca doa di atas, kalian jugak boleh baca dan lakukan seperti di bawah ini..

PEJAMKAN MATA dan UCAPKANLAH:

"Ya Allah, aku rindukannya keranaMu ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia"

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik 

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi

Dan dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai

Baiklah, siap! Jika rindukan seseorang amalkan la dua perkara ini. Eh eh sebelum tu, jangan terlalu asyik rindukan sesama kita. Rindu pada Rasul jugak perlu tau, amalkan jugak doa di bawah ini..

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada RasulMu Nabi Muhammad, sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin"

Sampai di sini sahaja entri untuk kali ini, dengan izin Allah moga bertemu kembali di entri yang akan datang. Take care! :D Assalammualaikum.

Credit

Apa yang kita tahu tentang AURAT?


Assalammualaikum,
Ahlan wa sahlan ya sodiqoh :) Kaifa Halukum?
Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan berada dalam rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah.

Baiklah, pada jam 12.05 AM ni (ketika entri ini mula ditaip) mari kita muhasabah diri sebentar tentang aurat. Apa itu aurat sebenarnya?

Dari segi Bahasa: Aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.

Dari segi Syarak: Semua anggota yang wajib ditutup, haram dipandang atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

Hukum bagi menutup aurat ni ialah WAJIB. Kenapa ia dikatakan WAJIB? Ini kerana terdapat dalil Al-Quran dan hadis Rasulullah yang mengatakan:

Dalil Al-Quran
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Hadis Rasulullah
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

 “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

 Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)

Jadi inilah sedikit sebanyak penerangan tentang aurat ni. Sesungguhnya menutup aurat itu adalah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, walahualam.

InsyaAllah, semoga berjumpa lagi pada entri yang akan datang :) Assalammualaikum.


Credit:
  • http://muslim-islamiccollection.blogspot.com/2010/10/hakikat-aurat-dalam-islam-bahagian.html
  • http://norliza-idrus.blogspot.com/2010/11/sebagai-seorang-muslimah-perlu.html