05 April 2015

SEBENARNYA



Aku tak kuat pun. Mampu ke aku tempuh semua ni?

Still Alive huh?



Assalammualaikum readers (Tu pun kalau ada 'readers' lagi la)

Kali ni memang betul-betul lama aku tak menjengah dan meng'update' blog ni. Ya Allah, rindu nak membebel kat sini sebenarnya. Cuma aku tak diberi kesempatan.

Alhamdulillah, sebenarnya aku telah pun berjaya menamatkan Latihan Industri dan Penilaian Latihan Industri dengan jayanya. Syukur syukurr. Aku agak semua berjalan dengan lancar. Terima kasih Allah memudahkan urusan hambaMu ini.

Hampir 3 tahun aku menetap dan menjadi penduduk Negeri Melaka. Kali ni aku dah balik semula ke Negeri kelahiran aku. Mana lagi kalau bukan Selangor. Anak jati Selangor ni hikss. Tapi aku tak nafikan hati aku terlalu berat untuk tinggalkan Melaka. Sebab aku rasa macam dah sebati kehidupan aku kat sana.

3 tahun yang mengajar aku banyak perkara. Aku belajar untuk berdikari, menjadi seorang yang bertanggungjawab dan banyak lagi. Terlalu banyak kenangan yang dicipta. Baik kenangan manis atau pun pahit. Tapi tu semua la yang mengajar aku erti kehidupan.

Terima kasih Allah beri aku peluang untuk rasa bahagia walaupun seketika. Sungguh Allah mahu menguji hambaNYA ini sama ada tahu atau tidak apa itu erti BERSYUKUR. Alhamdulillah aku tetap merasai kebahagian itu dan aku terlalu bersyukur.

Kini kehidupan aku lebih sukar. Tak nafikan bila dah habis belajar ni lagi banyak benda nak kena fikir. Especially nak cari kerja. Tapi buat masa ni aku nak rehat dulu kot. After that, baru start misi mencari kerja. InshaaAllah.

So, aku rasa sampai sini je dulu. InshaaAllah kalau ada kesempatan aku membebel kat sini lagi hehe. Take care lovelies!

Much loveee~