16 September 2012

Zaman dahulu kala


Assalammualaikum kesayangan -kesayanganku :3

Whoah harini update blog lagi. Mimpi apakah tuan blog ni hewheww.

Okay okay, sebenarnya takde story yang menarik pun yang boleh saya kongsikan pada kalian semua. Cuma tadi bila saya lihat dan baca semula entri yang lepas-lepas terdetik pulak di hati ni untuk update blog. Rasa sangat kelakar bila baca entri dulu-dulu. Nampak ketidak matangan saya hahaha. Yes sangat-sangat berbeza kalau nak dibandingkan entri yang dulu dengan sekarang. 

So itu menunjukkan bahawa dah besar rupanya saya ni. Umur pun dah nak menginjak ke angka 18 pada bulan November ni. Pantasnya masa berlalu. Banyak lagi fasa-fasa hidup yang akan saya lalui. Sekarang saya sedang melalui fasa hidup di kolej, fasa hidup lebih berdikari. Lepasni alam pekerjaan pulak. Seterusnya apa pulak? Pandai-pandai la yea kalian semua menyambungkannya hihi. Sesungguhnya masih panjang lagi perjalanan hidup saya ni. Masih banyak lagi sebarang kemungkinan dan dugaan yang akan saya tempuh. Mohon saya diberi kekuatan diri, hati dan iman untuk tempuh semua ni. InsyaAllah :)

Emm so owaite, till here readers :) Assalammualaikum. Much Love!

Ya Allah, sentiasalah bersamaku untuk aku melangkah, mencorakkan kehidupan dan masa depanku. Ameen.

09 September 2012

Ini kali pertama


Assalammualaikum fellow readers :)

Apa khabar wahai sayang-sayangku sekalian. Sihat tak? Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya mendoakan agar kalian semua sihat-sihat belaka yea. InsyaAllah. Hehehe.

Okay ni merupakan kali pertama saya update blog sepanjang saya berada di kolej dan hostel ni. Saja mengisi masa lapang yang ada ni. Sebab kejap lagi saya dah nak start study dan buat nota. Hihihi doakan saya yea kawan-kawan :) Rasanya almost 5 bulan jugak saya dah belajar dekat sini. So far alhamdulillah everything is going well. Housemates saya pun baik-baik semuanya hihihi. Kawan-kawan pun alhamdulillah okay semuanya. Saya bersyukur sebab dikurniakan kawan-kawan yang baik dekat sini. Terima kasih Allah :')

Bagi sesiapa yang tak tahu dekat mana saya belajar sekarang jadi harini saya akan bagitahu *walaupun saya tahu takde siapa pun nak tahu. Hewhewhew. Tapi takpe saya bagitahu jugak okay ;) Sekarang saya melanjutkan pelajaran di Unifield Technology College. Kolej ni terletak betul-betul dalam A'Famosa. Yes ni kolej swasta. Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Culinary Arts. Mungkin bukan rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana IPT Kerajaan. Tapi takpe saya redha :) Sebab saya yakin Allah pasti sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya dan untuk kita semua. Setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan. Saya percaya semua ni pasti ada hikmah. Hihihi.

Tapi apa yang lebih penting niat saya untuk menuntut ilmu di sini. Saya nak realisasikan impian saya dan keluarga saya. Saya bercita-cita untuk jadi Chef Pastri. Tu jugak impian ayah saya, dia nak saya jadi seorang chef. Saya jugak ada cita-cita nak bukak bakery sendiri. Keluarga sangat memberi support kepada saya untuk impian saya ni. Saya harap dapatlah saya tunaikan impian saya dan keluarga saya. InsyaAllah, dengan pertolongan Allah takde yang mustahil dekat dunia ni :) Saya jugak sangat berharap yang saya dapat menumpukan sepenuh perhatian saya dalam menuntut ilmu dekat sini. Sebab saya taknak sia-siakan pengorbanan ibu ayah saya. Saya nak balas jasa diorang dengan memberi kejayaan saya pada diorang. InsyaAllah, ameen :D

Last but not least, moga kita diberi yang terbaik oleh Allah S.W.T. Moga kehidupan kita diredhai olehNya. Amin ya rabal'alamin :')

Take care yea sayang-sayangku sekalian. Assalam~

02 September 2012

Dulu dan Sekarang

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, aku bersyukur diatas semua kurniaanMu kepada diriku pada masa kini ya Allah. Kau telah memberi peluang yang sangat berharga buat diriku. Peluang untuk aku mecari keredhaanMu yang sebenar-benarnya. Pandu dan bimbinglah diri ini untuk menuju ke arah itu ya Allah. Tiada apa yang lebih penting di dunia ini melainkan untuk mendekatkan diri ini kepadaMu dengan lebih dekat lagi. Bantu diri yang serba hina dan kerdil ini untuk mencari keredhaanMu ya Allah. Keredhaan yang dapat membuat diriku aman, tenang dunia dan akhirat. CintaMu yang satu inginku gapai terlebih dahulu. InsyaAllah. Ameen.

Sungguh saya rindu


Erkkk rindu? Pada siapa? Hewheww k rahsia :P Hemm Ya Allah sampaikanlah rinduku padanya. Hanya doa sahaja yang dapat membuat rinduku ini terbalas. Moga kau memberi keberkatan dan kekuatan buat kami ya Allah. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami berdua. Sesungguhnya biarlah kami saling memenuhi kekurangan masing-masing keranaMu ya Allah. Setiap perancanganMu kepada kami adalah yang terbaik berbanding perancangan di dunia ini. InsyaAllah, amin ya rabal'alamin :')

Tiada apa yang lebih penting di dunia ini selain mencari keredhaan dan keberkatanMu ya Allah. Permudahkan urusanku untuk ke arah itu. Mengejar cintaMu yang satu.