30 June 2010

Mana perginya rasa belas kasihan manusia-manusia ni

Heyy readers. Selamat malam.


Tadi aku ada dapat mesej dari my boyfie. Dia tanya aku baca tak paper hari ni. Aku cakap lah tak. Then dia kata front page berita harian metro hari ni ada artikel pasal kes pembuangan bayi. Dia kata comel baby tu. Aku pun tertarik sangat nak tengok baby tu. So dengan pantas aku melayari laman web ni http://www.hmetro.com.my/. So bukak je web tu berita utama dia pasal kes ni lah and I was like 'Oh My God'! Comelnya baby ni. Memang orang yang buang baby tu tak berhati perut. Sorry to say like that. Tapi tu memang kenyataan. Bayi sesempurna tu dibuang-buang. Masya-Allah. So kita teruskan entry ni dengan artikel tentang kes pembuangan bayi tu dan aku selitkan sekali gambar 2 orang bayi yang bernasib malang tu T_T

Artikel pertama:


SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.

Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.
Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.

“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.

Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.

Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.
Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.

“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.

Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.


“Saya bersyukur kerana bayi malang yang dianggarkan seberat dua kilogram (kg) itu masih bernyawa dan amat kesal dengan tindakan kejam ibu bapanya yang sanggup membuangnya begitu.

“Mujur bayi itu tidak dibuang di rumah kosong kerana sampah di premis berkenaan kebiasaannya tidak dikutip dan saya tidak dapat bayangkan apa terjadi kepada bayi terbabit,” katanya.

Artikel kedua:


RAWANG: Malang sungguh nasib seorang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang oleh ibu kandungnya sendiri di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar, Rawang di sini, pagi semalam.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain di bandar ini bagaimanapun menjerat dirinya sendiri apabila dia ditahan polis selepas seorang penduduk membuat laporan mengenai penemuan bayi berkenaan yang masih bertali pusat sejam selepas bayi itu ditinggalkan di belakang rumahnya, kira-kira jam 10 pagi.

Ketika ditahan, remaja berkenaan berada dalam keadaan lemah dan letih dipercayai kerana baru melahirkan anak dalam sebuah bilik di rumah ibu saudaranya di kawasan sama.

Difahamkan, remaja terbabit menumpang di rumah ibu saudaranya di sini selepas dia didapati mengandung hasil hubungan seks dengan teman lelakinya yang dikenali sejak Oktober tahun lalu dan sepanjang perkenalan itu, mereka dikatakan sudah dua kali melakukan persetubuhan haram.

Bagaimanapun, sejurus mengetahui remaja itu mengandung, teman lelakinya yang selama ini dikatakan hanya mengambil kesempatan selepas menabur janji dan ungkapan cinta, menghilangkan diri.

Difahamkan, teman lelakinya enggan bertanggungjawab menyebabkan kehidupan remaja terbabit terumbang-ambing sebelum dia mengambil keputusan menumpang di rumah ibu saudaranya.

Remaja dari Taman Puchong Permai, Puchong, dekat sini itu terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya untuk mengelak jiran mengetahui dia mengandung.

Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang penduduk selepas dia mendengar tangisan ketika melalui kawasan berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis.

Remaja dari Taman Puchong Permai, Puchong, dekat sini itu terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya untuk mengelak jiran mengetahui dia mengandung.

Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang penduduk selepas dia mendengar tangisan ketika melalui kawasan berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan laporan itu, anggota Unit Peronda Polis (MPV) Rawang bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit masih hidup dan cukup sifat.

“Hasil siasatan dan beberapa maklumat yang diperoleh, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit kira-kira jam 11 pagi.

“Suspek ditahan di rumah ibu saudaranya yang berusia 40-an,” katanya.
Menurutnya, ketika ditemui bayi malang itu dalam keadaan sihat dan tidak ada kesan lebam atau luka di badannya kecuali hanya sedikit kesan gigitan serangga.

“Kami percaya bayi itu hasil hubungan terlarang suspek bersama teman lelakinya yang dilahirkan di rumah saudaranya itu dan polis tidak menolak kemungkinan ada individu lain membantu membuang bayi terbabit.

“Polis akan mengambil keterangan ibu saudara suspek yang berkemungkinan besar bersubahat dalam kes pembuangan bayi itu dan gerakan mengesan teman lelakinya dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, manakala bayi dan suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan berikutan bimbang terdapat kecederaan dalaman pada bayi terbabit.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan remaja terbabit kurang bergaul dengan penduduk di kawasan itu dan beberapa jiran memaklumkan mereka pernah ternampak suspek, namun tidak mengetahui yang dia mengandung hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.

Time aku baca artikel ni sebak sangat aku rasa. Lagi-lagi aku ada adik kecik. Lagi lah sebak. Terbayang-bayang tu adik aku. HUHU -,- Bayi sekecik ni mana lah tahu apa-apa. Apa jelah yang dia tahu buat. Waktu-waktu macam ni dia perlukan banyak perhatian dan penjagaan yang rapi. Pada mereka yang buat kerja terkutuk ni hentikan lah buat semua ni. Bayi ni tak ada sekelumit dosa pun. Jangan lah dihukum mereka sebegini rupa. Dah pandai buat, pandai lah kau orang bertanggungjawab. Bukan begini jalan penyelesaiannya.


Sumber: H.Metro

Selamat hari tua kawan. Ahha

Heyy readers. Selamat Petang.


Yeah sudah sekian lama tuan blog ni tak update blog. Akibat dah kehabisan idea. Huhu. So hari ni aku membuat keputusan untuk update jugak. Lama dah aku tinggalkan blog kesayangan aku ni. Labah-labah pun dah mula buat sarang dekat blog aku ni. So terpaksa lah aku membersihkan dan menceriakan semula blog ni. Hehehe. Okay okay, kita teruskan kepada cerita yang ingin aku sampaikan sebenarnya. Actually hari ni adalah hari lahir salah seorang kawan aku. Dia seorang gadis kecil yang comel, sopan santun, baik, dan jarang marah-marah. If dia marah pun kejap je. Lepastu time marah pun dia boleh tersenyum-senyum. Hahaha. Pelik-pelik je.


So tadi kitaorang just celebrate birthday dia dekat MCD sri serdang je. Tak ada mana nak celebrate jauh-jauh ni. Actually dia nak support kitaorang hari ni. Tapi member aku yang sorang tu boyfie dia yang nak support. Aku pulak nak support diri sendiri. Last-last dia pun tak support lah kitaorang. Dia support sorang member aku ni je. Aku bukan apa. Just nak mengelakkan kes ungkit-mengukit je nanti. Tak macam orang tu. Dia yang yo yo o nak belanja last-last esoknya dia cakap kitaorang ni just tahu nak menghabiskan duit dia je. What the heck! Dia yang beriya-iya offer. Haishh -,- Tak perlu aku nak mention siapa orang tu. Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya. Okay okay, forget about that.


Agak happening lah time dekat MCD tadi. Kitaorang je yang memekak. HAHA. Lepastu muka masing-masing macam dah tak sanggup je nak habiskan burger and french fries yang ada dekat depan mata sendiri. Aku rasa sampai nak terpecah perut sebab dah terlalu banyak sangat makanan yang diisi dekat dalam perut ni. Tapi aku nekad nak habiskan jugak. Kalau tak membazir je RM12.40 aku. Wahaha. Berkira betul minah ni. Haiyoo ==" Dalam pukul 3.30 kitaorang gerak balik ke sekolah. Lepak-lepak kejap dekat kantin and dalam kelas. Lepastu boyfie aku mesej ajak balik. Aku pun balik lah. Lagipun time tu macam nak hujan. Nanti payah pulak nak balik.


By the way, hari ni memang best lah. Thanks friends! :D Tak lupa jugak Happy Birthday My Friend (Ekin). Hee~

26 June 2010

no idea

Ketandusan idea.
Yeah ni je yang boleh dikatakan buat masa ni.
So berkemungkinan tuan blog akan jarang update.
Maaf dan harap maklum =="

22 June 2010

Miracle

Heyy readers. Selamat pagi
Time entry ni di post: 2.09 a.m


Okay seperti yang korang lihat waktu diatas tu sepatutnya aku dah tidur bagi seorang pelajar sekolah menengah seperti aku ni. Tapi entah kenapa mata aku ni langsung tak mengantuk. Haishh ==" Okay okay nevermind. Lupakan pasal tu. Actually apa yang aku nak ceritakan adalah telah berlakunya satu keajaiban yang tak pernah aku sangka benda ni akan berlaku. Aku tak pernah terfikir pun pasal benda ni. Mungkin benda ni hanya berita gembira buat aku dan mungkin jugak kau orang semua akan anggap benda ni sebenarnya satu benda yang biasa-biasa je. Tapi tak pada aku.


Hm okay lah straight to the point je. Aku pun malas nak menaip panjang-panjang ni. Lagipun hari dah lewat kan. Aku pun nak tidur kejap lagi. Hehe. Okay okay keajaiban yang aku maksudkan tu adalah kawan yang aku fikir tak nak berkawan dengan aku lagi dah pun mintak maaf pada aku. Mungkin kau orang semua boleh ingat akan masalah aku dengan kawan baik aku tu. Then mungkin jugak kau orang semua ingat akan entry yang aku dah pun give up dengan masalah ni. Tapi akhirnya lembut jugak hati dia.


So sekarang ni kita orang dah pun berkawan semula. Dia pun dah mintak maaf. Aku sebenarnya dah lama maafkan dia. Lagipun dalam hal ni aku tak rasa dia yang salah. Semuanya berlaku punca dari aku. Aku dah pun mintak maaf dari awal lagi dan aku dah cuba untuk pulihkan persahabatan kita orang. Penantian yang amat menyeksakan jiwa raga aku. Akhirnya aku dah pun mendapat hasilnya. Aku bersyukur sangat-sangat dan happy sangat sekarang ni. Aku dah dapat kawan aku semula. Persahabatan kita orang selama ni dapat diteruskan. Alhamdulillah.


Pada kawan aku tu, aku nak cakap thanks sangat-sangat sebab sudi nak berkawan dengan aku semula dan sudi anggap aku sebagai salah seorang kawan kau. Terima kasih kawan! :)

20 June 2010

Untukmu Ayah

Ayah,
Maafkan along jika along ada banyak buat salah dekat ayah. Maafkan along jika along terkasar bahasa, melawan cakap ayah, tersinggung perasaan ayah dan banyak lagi lah kesalahan. Along hanya insan biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. Walaupun along banyak tak dengar cakap ayah, satu je yang along nak ayah tahu. Along sayangkan ayah sampai bila-bila. Sampai akhir hayat along. Tanpa ayah dan ibu tiada lah along dilahirkan di dunia ni. Maafkan along ayah. Along sayang ayah sangat-sangat! Maafkan along sebab tiada hadiah yang istimewa dapat along berikan. Hanya ni je yang termampu. Harap ayah dapat terima coretan ikhlas dari hati along ni.


HAPPY FATHER'S DAY AYAH! I LOVE YOU SO MUCH!





With love: Your daughter


Time aku tulis entry ni hati aku sebak sangat -,-

19 June 2010

The stories

Heyy readers. Selamat malam


Yeah almost 2 days aku tak update blog ni. Ke mana aku menghilangkan diri? Ecehh, actually tak hilang mana-mana pun. Hehe. Semalam aku tidur rumah mak saudara aku. So tak dapat lah tuan blog ni nak menghadirkan diri dekat blog ni. Lagipun sejak akhir-akhir ni idea telah berkurangan untuk mencoret di blog kesayangan ku ini * Cehh terkeluar dah ayat jiwang :P So far cuti aku kali ni agak interesting kut. Even tak banyak keluar pun. Homework pun tak banyak sangat. Cuma tension sikit sebab kena buat folio lah. Hoho.


Ehh next week dah nak sekolah semula. Haishh malas lahh -__-" Serious aku tak ready nak sekolah. Naik je sekolah ni nanti terus dah kena masak-masak. Haiyoo. Malasnyaaa. Folio dah lah tak siap lagi. Ada lah dalam 90% lagi nak siap. Homework pulak lagi lah tak buat apa lagi. Nasib homework tak banyak. Kalau tak silap nota katering jelah. Tu pun last-last minute cikgu bagi homework tu. Nasib ada kawan yang mesej bagitahu. Kalau tak aku tak buat lah alamatnya. Ngeh ngeh. Elehh dah tahu pun malas nak buat, ni kan tak tahu langsung. Lagi lah tak buat. Apedaaa.


Okay I think sampai sini je dulu entry kali ni. Hope berjumpa lagi di entry akan datang. Apa-apa pun go italy!! * Heh sesat kejap pasal bola. Kui kui kui.


Pstt; entry merapu =="

16 June 2010

Day dreaming


Heyy readers. Selamat malam


Okay disebabkan aku tengah tak berapa nak ada idea untuk update blog ni. So, aku membuat keputusan untuk mengajak kau orang semua ber'day' dreaming sama-sama dengan aku. Hehehe. Aku selalu berangan pasal aku ni dah dewasa. Lepastu kerja bagus, banyak duit, rumah besar dan senang cakap lah serba sempurna lah semuanya. Bila pergi shopping ke aku main angkut je apa yang aku nak. Tak payah nak fikir benda tu mahal ke, apa ke. Tak perlu nak fikir dua tiga kali bila nak beli sesuatu benda tu. Then ada driver. Cakap je nak pergi mana terus dapat pergi tempat yang nak dituju tu. Bestnya lah, heh.


Rumah pulak of course aku nak rumah banglo. Ala-ala rumah artist luar negara tu. Then aku nak laman dia mesti besar sebab nanti aku nak buat taman. Ala-ala macam taman inggeris gitu. Cehhh. Yang penting aku nak style rumah aku ni modern. PEH syok gila kut. Bilik aku pulak nak warna tema dia hitam putih atau hitam biru. Warna favourite tu, hee. Katil size queen je. King macam besar sangat pulak. Tidurnya sorang je hehe. Lepastu ada satu bilik khas untuk aku letak koleksi kasut-kasut, handbag, baju, barang-barang perhiasan diri, perfume dan seangkatan dengannya lah. Panjang berjela lah pulak aku nak listkan. Heh. Senang cerita rumah aku ni perfect la. Siapa yang pergi confirm tak nak balik. HAHA xD


Lepastu aku suka berangan time aku dah kahwin nanti * part ni macam gatal sikit. Hikhik. Aku nak anak paling banyak pun 5 lah. Then anak-anak aku semua comel-comel hehe. Ikut macam mama and papa dia lah. Hantar dia orang pergi sekolah. Masakkan untuk dia orang. Bawak dia orang pergi jalan-jalan. Bawak dia orang pergi shopping. Banyak lagi lah. Mesti seronok bila dah bergelar ibu nanti kan. Hehe. Tak sabar rasanya nak lalui semua tu satu hari nanti. Bahagia rasanya. Lagi-lagi bila dapat tengok dia orang membesar depan mata sendiri. Heh. Aku ni cakap macam dah ada pengalaman je. Kui kui kui.


Okay okay, I think I should stop now. Kalau dilayan makin menjadi-jadi lah budak ni berangan. HAHA. Yess, ni lah salah satu hobi yang aku suka buat bila dah tak tahu nak buat apa. Patut lah makin banyak jerawat dekat dahi aku ni. Kuat berangan punya pasal. Ngeh ngeh. Macam budak-budak punya perangai. Haiyoo -_-"

15 June 2010

Dah sihat + sedikit nasihat untuk semua

Heyy readers. Selamat malam


Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab akhirnya aku dah pun sembuh dari sakit yang aku hadapi sebelum ni. Yes satu penantian yang amat menyeksakan buat aku. Sejak aku sakit hari tu aku dah tersedar dengan banyak benda. Iaitu kesedaran tentang betapa pentingnya air masak. Tanpa air aku rasa sakit aku ni takkan sembuh. Aku jugak tersedar bahawa pentingnya untuk kita menjaga kesihatan diri masing-masing. Bila dah sakit tu memang payah lah. Satu apa pun tak boleh buat nanti. Time tu lah baru nak menyesal itu ini.


Jadi pada kau orang diluar sana tu jaga lah kesihatan ye. Kesihatan tu adalah satu perkara yang amat penting sekali. Bila dah sakit baru kau orang akan menghargai semua tu. Jadi sebelum terlambat baik kau orang jaga diri baik-baik. Selain dari menjaga pemakanan. Banyakkan minum air. Air tu yang menjadikan badan kita sentiasa sihat. Air tu yang membersihkan segala kotoran-kotoran atau segala bahan asid yang terdapat dalam badan kita. Ia juga membekalkan oksigen yang banyak untuk badan kita. Lalu ia memudahkan segala proses yang berlaku dalam badan kita.


Sejak dah baik dari sakit ni. Aku betul-betul mengambil berat tentang semua yang aku makan. Kurangkan minum air yang manis-manis. Makan benda yang berkhasiat. Jangan terlalu banyak makan makanan yang pedas, berminyak, berlemak dan macam-macam lagi lah. Semua tu yang akan menyukarkan proses yang berlaku dalam badan kita semua. Bila ia dah sukar nak proses semua tu macam-macam sakit lah yang datang nanti. Sakit perut lah, cirit-birit dan sebagainya. Jadi diingatkan sekali lagi pada kau orang semua jaga lah kesihatan diri masing-masing dengan sebaik yang mungkin =)


Entry ni macam ala-ala doktor gitu, ecehh. Perasan kejap. Heh xP

14 June 2010

Awardness

I just got this award From Sera, I guess. Sorry if your name is wrong *cute laugh. Thanks to Adik Ameera too because she gave same award for me. Thanks yeah!



1. Write an entry about this award
- Ni lah entry-nya. Hehe


2. Your efforts to make your blog more cheerful
- Entah. Yang macam korang tengok sekarang ni la :)


3. List 5 words to describe yourself
- Sangat sensitif
- Love coding
- Ego. Ahaha
- Pemalu
- Susah difahami


4. Tag friends who deserved this award
- I don't want tag anyone. If you want this award tell me and you can take it :D

Sickness

Heyy readers. Selamat Tengahari


Lama dah tuan blog ni tak berblogging. Akibat diserang demam dan serangan sakit perut yang teramat sangat. Sampai membuatkan tuan blog pun tak terdaya nak bangun. Serious sakit gila perut aku hari tu. Tak pernah aku rasa sesakit ni. Hari first mula sakit perut hari Jumaat lepas. Berlarutan sampai ke hari Sabtu. Hari Ahad tu dah tak berapa sakit. Tapi still tak boleh makan apa-apa. Kalau nak makan pun roti dengan bubur kosong yang tak berperisa tu. Heishh dah naik muak aku makan benda yang sama tiap-tiap hari.


Hm hari ni pun makan benda yang sama. Huhuhu ==" Tak apa tak apa. Sabar je. Dah sembuh nanti kau makan la apa yang kau nak dina. Asalkan lepasni kau jaga pemakanan kau dan jangan terlalu kerap ambil makanan yang pedas-pedas. Yes, sekarang ni aku berjaga-jaga sikit dengan setiap makanan yang aku ambil. Risau perkara yang sama akan berulang. Tak sanggup dah aku nak tanggung semua tu lagi. Sakit yang teramat sakit lah. Hanya Allah je yang tahu macam mana sakitnya. Tak tahu macam mana aku nak ungkapkan kesakitan tu.


Aku berharap sangat dapat sembuh dengan sepenuhnya dalam masa yang terdekat ni. Aku nak menjalani kehidupan macam orang lain. Buat masa ni nikmat makan aku diberhentikan buat sementara waktu. Lepas dah sembuh nanti baru lah nikmat makan aku tu dipulangkan semula. Hehe. Mungkin lah. Apa-apa pun pada korang semua jaga lah kesihatan dan diri masing-masing ye. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Kadang-kadang penyakit yang tak serious pun boleh jadi serious. Banyakkan minum air masak sebab air masak tu segala ubat untuk segala penyakit. So take care all!


Ohh tak lupa pada semua yang bagi pesanan dekat chatbox tu. Nanti lah aku balas semua pesanan korang tu ek. Sejak akhir-akhir ni aku malas betul nak pergi tengok chatbox tu. Hehe. Tapi aku ada la jugak pergi jenguk-jenguk blog korang. Cuma tak tinggalkan jejak je. Nanti bila-bila aku dah rasa rajin aku balas la yek. Hee, sorry.

10 June 2010

Si kecik comel :)

Heyy readers. Selamat malam


Okay sebelum aku memulakan entry ni. Aku nak bagitahu awal-awal yang entry ni tak ada motif dan berkemungkinan aku akan merepek tak tentu pasal. So pada sesiapa yang tak berminat sila jangan mulakan pembacaan anda okay? :) Hm hari ni aku tak pergi mana-mana. Ye lah dah 2 hari aku keluar. So hari ni kiranya nak berehat dekat rumah jelah. Tak banyak aktiviti yang aku buat dekat rumah hari ni. Macam biasa lah facebook-ing. Tu pun main game je. Tak ada benda dah yang boleh dibuat.


Selain ber'facebook-ing' aku jaga adik-adik aku. Sebab my mum and adik aku yang form 3 tu keluar pergi mana entah. Tinggal la aku bertiga dengan budak-budak yang comel tu. Hehe. Sangat banyak dugaan yang aku hadapi time nak jaga budak berdua tu. Lagi-lagi yang si kecik 4 bulan tu. Tak boleh duduk diam betul. Dia nak cuba meniarap. Tapi tak dapat. Bila dia tak dapat tu mulalah dia marah dan terus menangis. Terpaksa lah aku melayan karenahnya. Yang si kecik 3 tahun tu pulak tak banyak karenah sangat tadi. Dia tidur je. Lepas dapat je botol susu terus tidur. Senang sikit kerja aku. Heh.


Okay okay, aku dah kehabisan idea. Sebelum aku menamatkan entry ni jom cuci mata dengan gambar si kecik 4 bulan dan si kecik 3 tahun tu. Hee~

Gambar kiri: si kecik 3 tahun :D Gambar kanan: si kecik 4 bulan :)

09 June 2010

Sangat penat

Heyy readers. Selamat malam


Hari ni pergi keluar dengan kawan-kawan. Actually aku keluar ni pun sebab nak jumpa member lama. Dulu satu kelas dengan dia. Tapi dia dah pindah sekolah dekat Sarawak. So kiranya dia nak jumpa member-member dia yang masih bersekolah dekat sini la. So far keluar hari ni sangat menyeronokkan. Superbb okay :) Boleh dikatakan hari ni semua benda aku disupport. Antaranya makan dan tengok wayang. Aku tak keluarkan 1 sen pun harini. Kecuali untuk tambang bas lah. Tu pun tak berapa sangat lah. Seringgit je kut. Tak luak mana lah heh.


Tadi kita orang tengok wayang cerita " Kecoh Betul ". Hasil lakonan Nabil (Raja lawak), Saiful Apek, Diana Danielle dan ramai lagi lah. Aku pun tak ingat dah siapa. Cerita ni banyak aksi jugak lah. Lawak dia tak payah cakap lah. Memang lawak habis hahaha. Serious best gila. Dalam lawak-lawak tu jugak ada lah part yang agak-agak romantik gitu heh. Lagi-lagi time Nabil dengan Diana Danielle tu. PEH sweet gila ouh dia orang ni. Dia orang ni memang ada kimia (Chemistry) lah. Hekhek. Walau apa pun tadi memang berbaloi lah tengok cerita ni. Dia tak menghampakan aku dan tak sia-sia duit kawan yang belanja aku tu :P


Dalam best-best tu jugak ada something yang tak best terjadi. Tadi sebelum nak balik sempat lah jugak member-member aku yang lain pergi main boling. Aku malas nak main. Jadi tukang tengok jelah. Aku mana lah ada skill nak main boling ni. Kang tak pasal-pasal ada pulak yang jatuh terlentang time nak baling bola boling tu. HAHA. Tak ke malu tu. Tak sanggup aku ==" Okay okay, benda yang tak best tu ialah time nak balik. Serious aku sakit hati gila dengan bas rapid. Bayangkan dari pukul 4.30 sampai lah hampir ke pukul 5 lebih bas tak sampai-sampai. Okay fine lah, bas memang banyak. Tapi bas yang nak pergi ke serdang tak ada. Aku pun dah macam what the ****. Sedangkan bas yang kita orang naik time nak pergi tu memang ada. Tapi dia cakap nak pergi Kuala Lumpur. Takkan nak naik pulak. Kang sampai ke Kuala Lumpur lah pulak aku. Last-last aku mesej boyfie aku suruh ambil. Dalam pukul 6 macam tu baru dapat balik. Punya lah lama tunggu dekat situ. Heishhh -,- Time aku dah balik tu hati aku memang lega gila lah. Huishhh. Okay okay, jom cuci mata dengan gambar-gambar yang tak seberapa ni. Hehe.

Yeah cerita ni memang gempak xP * Pada aku lah. Hee~

Ni member aku yang sekolah dekat Sarawak tu. Sorry gambar ni blur. Heh

Yang ni pun member aku jugak. Dia ni sama kelas dengan aku. Tadi kita orang berdua je perempuan. Yang lain-lain semua lelaki

Yang ni member kelas sebelah je. Hehe. Gambar ni pun blur jugak.

08 June 2010

Tired and happiness

Heyy readers. Selamat malam


Hm hari ni aku keluar dengan boyfie tersayang. Pergi alamanda je. Kita orang gerak ke alamanda dalam pukul 2. Mula-mula decide nak pergi alamanda sebab nak pergi tengok wayang cerita shrek. Tapi tak pergi pun sebab tiket dah habis. Heh actually aku tak kisah pun pasal wayang tu. Lepastu boyfie aku cadangkan kita orang tengok cerita Prince of persia * Err betul ke nama cerita tu macam ni. But cerita tu start lambat kut. Aku pun tak tahu lah pukul berapa. Err 4.30 i guess. Boyfie aku nak tengok jugak. Tapi aku tak nak. Last-last aku bagi mesej dekat ibu bagitahu yang aku maybe balik lambat sikit. Punya lah lama aku tunggu ibu balas. Sampai waktu wayang tu pun dah terlepas. Last-last baru ibu balas. Harapan jelah, nak tengok apanya kan. Wayang dah lama start dah kut.


Disebabkan kita orang tak jadi tengok wayang. Kita orang pun pusing-pusing lah satu alamanda tu. Lepas dah pusing-pusing pergi lah masuk carefour kejap. Pergi lah jalan-jalan dekat bahagian toys. Tiba-tiba boyfie aku ternampak permainan toy story. Apa lagi dia pun pergi lah dekat tempat permainan tu. Then dia ternampak patung buzz lightyear. PEH punya lah obses gila dia dengan benda alah tu. Sampai dia kata nak kongsi duit dengan aku untuk beli buzz lightyear tu. Dengan pantas aku menyatakan tidak persetujuan aku. Haha. Pelik-pelik je boyfie aku tu. Heishh ==" After pergi carefour kita orang decide nak pergi beli big apple pulak. So terus lah gerak ke big apple. So let's have some photos :)

So, ni yang kita orang pilih time dekat big apple tadi. Yang 2 dekat atas sekali tu my mum yang punya. Saja belikan. Hehe. Yang 4 lagi tu kita orang yang punya. 2 for him and 2 for me :)

Haa ni lah toy yang aku maksudkan tadi tu. Benda alah ni lah yang membuatkan boyfie aku tu terlalu obses. Haha. Hm harga dia kalau tak silap hampir RM 200. Apa sangat lah buzz lightyear ni. Huahuahua xD Kalau lah ada siapa-siapa yang rasa baik hati nak support inform lah dekat aku ye. Confirm boyfie aku happy. CEHH :P * Awek sendiri tak sanggup berkorban demi boyfie dia. Apedaaaa -___-

07 June 2010

Linkies

Heyy readers. Selamat senja


Okay disebabkan ramai yang tanya dekat mana aku cari background untuk digunakan dekat blog. So ni haa aku listkan web yang selalu aku guna:

  • www.dolliecrave.com
  • www.dollielove.com
  • www.cherrybam.com
  • www.screamcute.com
  • www.layoutshere.com
  • www.topbun.com

05 June 2010

Adik Aiza, review blog sis Dieyna please :)

  • buat post pasal 'aiza , review belog aii plishh ! '
  • msti jadi follower aiza
  • crop header LadyRawrr !
  • nyatakan sebab² kenapa anda join review belog neh !
  • tak kire jantina / umur
  • n lastly , tinggalkan link post dipost neh okie

Diatas ni adalah syarat-syaratnya okay :)




Okay, disebabkan cuti-cuti ni aku tak tahu nak buat apa. Saja jelah nak join pasal review blog yang dianjurkan oleh adik Aiza ni. Dapat jugaklah aku menaikkan traffik blog aku ni dan dapat lah jugak aku menambahkan follower. Hehe. Then antara sebab kenapa aku nak join review blog ni lagi sebab aku tertarik dengan blog adik Aiza. Yes sangat comel tahu dan aku sukakan cara penulisan adik Aiza ni. Cara dia nampak matang even baru sahaja berumur 14 tahun. So marilah kita ramai-ramai menyerbu ke blog adik Aiza ye :) Nak lawat blog beliau sila click sini okay. Hee~


** Ohh by the way, dekat atas tu adalah header blog adik Aiza. Geram dengan gambar muffin tu. Comel laa :3

Give up

Heyy readers. Selamat petang


Actually di kala saat yang membosankan ni aku ada terfikir satu benda. Ya aku dah give up dengan masalah aku dan kawan aku tu. Aku dah tak ada cara dah macam mana nak pulihkan persahabatan kita orang ni. Jadi aku mengambil keputusan untuk give up dan lupakan semua ni. Mungkin agak sukar untuk aku buat semua tu. Tapi aku akan cuba jugak. Lagipun aku tengok dia macam betul-betul dah tak nak kawan dengan aku lagi. Jadi kenapa perlu aku yang beriya-iya. Sedangkan dia dah tak nak kan. Tak usah la dipaksa-paksa lagi.


Dengan kesempatan yang ada ni aku nak ucap banyak-banyak terima kasih pada kawan aku tu. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Aku takkan lupakan perkenalan kita selama lebih 5 tahun ni. Setiap saat dan kenangan yang kita cipta aku takkan lupakan semua tu. Kau jugak dah buat aku kenal apa itu erti persahabatan yang sebenar. Aku nak mintak maaf dekat kau jugak if aku tak pernah faham kau. If aku ada buat kau tersinggung perasaan. Terkasar bahasa ke dan banyak lagi lah. Aku mintak maaf. Aku pun macam manusia lain jugak. Tak lepas dari membuat kesilapan. Aku bukan la insan yang sempurna dari semua segi. Masih ada banyak kekurangan pada aku ni.


Aku harap keputusan yang aku buat ni adalah satu pilihan yang betul dan aku takkan menyesal di kemudian hari. Terima kasih lagi sekali kawan! Aku hargai segalanya-galanya untuk selama ni. Hope kau akan berbahagia dengan apa je yang kau buat. Semoga kau dapat kejar cita-cita kau selama ni. Jaga diri kawan! Even hati aku terguris sekali pun, aku tak nak tengok kau sedih-sedih. Aku harap kau akan senyum selalu. Tu dah cukup buat aku gembira sebagai sahabat kau. Walaupun kau dah tak anggap aku sebagai salah seorang sahabat kau.


Our friendship never die !


Entry ni aku buat bukan untuk meraih simpati sesiapa. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Hope jangan ada yang salah faham. Thank you

Can't forget it

Heyy readers. Selamat tengah malam :)


Tangan aku ni gatal sangat ouh nak tekan button new post. Ahaha. Last-last tertekan jugak. Actually ada peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Bila teringat je peristiwa tu aku rasa nak tergelak. Hehe. Perisitwa yang agak membuatkan aku rasa segan, happy dan bermacam-macam perasaan lagi lah. Rasanya sukar untuk aku lupakan peristiwa tu :) Biarlah aku simpan peristiwa tu dalam kotak minda dan memori aku.


' Okay-okay, lupakan pasal peristiwa yang aku cakap tu '


Yeah, finally holiday is coming. Aku tahu aku selalu lambat wish pasal holiday ni. Hoho. Macam tak ada semangat nak cuti je kan. Heh, aku bukan apa. Malas nak rasa feel cuti tu. Sebab nanti aku malas nak pergi sekolah. Kuikuikui. Boleh pulak macam tu ye -,-" Ada-ada je aku ni. Lagipun aku malas nak cakap pasal holiday sebab aku tahu family aku tak pergi bercuti ke apa ke. Dah kata semua busy kan. Lagi-lagi ayah. Kadang-kadang pergi outstation lah. Adik aku pulak maybe dia ada kelas tambahan cuti nanti. Ye lah, calon yang bakal mengambil PMR lah katakan. So kena lah bersiap sedia dengan segala macam ilmu yang sepatutnya.


Ohh finally jugak dia tuu dah update blog. Heh lama tunggu ni. Kihkihkih. Tah apa-apa je dina ni kan =="


serious entry merapu je +_+

04 June 2010

Unlucky

Salam. Heyy readers


Yeah hari ni aku tak pergi sekolah. Ohh sebab apa? Sebabnya aku terlambat bangun. Haiyo -,- Tak senonoh punya perangai. Actually bukan sengaja aku bangun lambat. Amatlah jarang aku terlambat bangun untuk ke sekolah. Entah mimpi apa pulak hari ni boleh lambat. Pagi tadi terjaga dalam pukul 7.05, hm i guess. Masa dah bangun tu aku tengok hari dah cerah. Lepastu aku boleh tanya diri sendiri macam ni " Eh hari ni hari apa ek? Sabtu ke? Ehh tak tak. Hari ni hari jumaat. Ya Allah! Aku lambat pergi sekolah". Haa lebih kurang macam tu lah aku bermonolog pada diri sendiri heh.


Hari ni boleh dikatakan satu family aku terlambat bangun. Haha. Yang tak boleh blahnya adik aku lah. Hari ni dia ada exam kemahiran hidup. Dia bangun dalam pukul 7.10. Bangun-bangun je dia boleh cakap macam ni " Weh hari ni aku exam. Hari ni aku exam ". Banyak kali dia ulang benda yang sama je. Haha. Dah tahu lambat tu pergi lah mandi terus. Apa-apa jelah adik aku tu. Ibu aku pun terlambat jugak. Tapi ibu tak apa lah. Dia cikgu. So boleh lah lambat sikit. Adik aku yang darjah 1 tu pun tak pergi sekolah jugak. Tak sempat dah nak bersiap-siap.


Hari ni memang malang betul lah. Last day sekolah pulak tu sebelum cuti. Ingatkan boleh lah jumpa kawan-kawan and budak tu. Tengok-tengok lambat bangun pulak. Ish ish ish. Sabar jelah oi ==" Lawak pun ada jugak. Heheh. Apa-apa jelah.


Kepada budak tu, eh awak. Bila awak nak update blog. Lama saya tunggu tau. Heh

03 June 2010

Fly to the sky

Salam. Hello readers :P


Hm today dekat sekolah tak ada apa yang interesting pun. Semuanya macam biasa-biasa je. Cuma hari ni tak banyak study lah. Baru lepas exam lah katakan. So cikgu semua busy menanda paper-paper exam je. Yang paling cuak tadi time subject bahasa melayu la. Cikgu pergi panggil sorang-sorang. Then duduk depan cikgu. Cikgu pun tanya lah macam-macam soalan. Ala-ala macam kena interview gitu. Hoho. Yang tak boleh blahnya nama aku pun kena jugak. PEH cover baik je depan cikgu. Ngeh ngeh XD But ada member-member aku yang lain tak kena pun. Jealous tahu. Grrr -,-


Time subject agama tadi ustazah suruh baca PAFA. Orang lain semua busy menghafal bagai. Aku dengan member yang sorang ni boleh bergurau senda. Haha. Dia siap baring-baring dekat riba aku ni haa. Ngada-ngada betul :P Aku yang bersusah payah meng'cover'kan dia. Lepastu kitorang boleh pulak gelak-gelak. Bukan nak menghafal. Orang lain semua berebut-rebut nak baca dekat ustazah. Kita orang buat tak tahu je. Anggap benda tu macam tak penting je. Bila dah akhir tahun nanti mula lah sebok-sebok tanya ustazah markah PAFA berapa. Masa orang sebok suruh menghafal pergi main-main. Haiyo ==" Apa nak jadilah anak dara dua orang ni.


Ohh esok last day sekolah before cuti 2 weeks nanti. Heishh, confirm rindu dekat kawan-kawan nanti. Especially budak tu. Hehe * Gatal xP Buat masa ni belum ada plan lagi cuti ni nak buat apa. Cuma nak pergi tengok wayang dengan boyfie tersayang and hangout dengan member-member je kut. Tu pun adik aku bagitahu yang maybe cuti nanti kena balik kampung. Okay fine lah kalau balik kampung pun kan. Dapat jumpa cousin tersayang! :D But hope tak lama sangat lah. Takut tak dapat hangout nanti. Hekhek.


Rindu lah dekat dia tuuuuu, heh ❤

02 June 2010

It's over

Salam. H - e - l - l - o


Okay finally tamat lah sudah Mid Year Exam untuk budak-budak kelas MPV lah. Pada yang kelas lain-lain tu tak tahu lah pulak kan. Hehehe. Yeah I'm free right now :) But buat masa ni jelah kut. Pada masa yang akan datang mesti ada exam lagi kan. The most important SPM lah. Tapi SPM next year. Lama lagi lah kut. Hoho. Seperti yang korang sedia maklum last paper untuk hari ni adalah pendidikan jasmani dan sivik. Soalan dia? Hm not bad lah. Tak lah senang sangat.


Tadi start exam lepas rehat. Dalam pukul 10.50, I guess. So first paper tadi subject sivik. Hm actually tak susah mana pun soalan dia. Cuma ada yang aku tak baca. Payah ler jugak nak menjawabnya -,- Then time subject ni tadi serious aku mengantuk gila. Mata aku ni dah tak boleh nak bukak seluas-luasnya dah. Asyik nak tertutup je. Hehe. So aku pun tidur lah kejap. Heh kejap lah sangat. Padahal sempat mimpi lagi kan. Haha. Mimpi apa tah. Aku pun tak ingat. Tapi mimpi ni betul-betul mengejutkan aku sampai aku pun terjaga dari tidur. Masa dah terjaga tu aku macam terpinga-pinga jugak lah. Toleh kiri kanan, nasib baik kertas tak kutip lagi. So aku pun teruskan jawab exam sivik tadi.


Masa aku jawab exam sivik tadi jugak kepala aku ni tiba-tiba je sakit. PEH serious tak boleh tahan tadi. Aku gagahkan jugak diri aku ni buat exam sivik. Tu pun tak semua aku dapat jawab. Ada yang aku tinggalkan. Lagi-lagi soalan yang esei tu. Serious tak tahu nak jawab apa. Dah lah tak baca. Hoho. Then after dah kutip kertas semua baru lah kepala aku ni tak sakit sangat. Tu pun nasib lah ada member aku ni bawak minyak angin. Kalau tak confirm aku tak boleh nak jawab exam pendidikan jasmani. Hm exam pendidikan jasmani? Tak lah senang sangat. Sedang-sedang je kut. Hoho. Harap-harap boleh lulus lah dua-dua paper hari ni. Amin !!


Apa-apa pun dapat lah kepala aku ni berehat buat sementara waktu and hope sangat markah exam kali ni tak mengecewakan aku. Insya-Allah.

01 June 2010

Fuhh

Salam. H to the E to the L to the L to the O :D


Okay okay, entry yang sebelum ni aku mengeluh tentang masalah yang cemburu sangat dengan aku tu. But kali ni aku malas nak cerita pasal masalah lagi. Even masalah aku tu belum selesai lagi. Cuma aku malas nak fikir pasal benda tu buat masa ni. Buat kepala aku berserabut je. Haishh -,- Dah dah, lupakan masalah bagai ni. Actually aku nak story yang esok adalah last paper untuk exam Mid Year ni. Fuhh, memang lega lah. Setelah beberapa minggu otak aku ni berkerja keras sikit. Akhirnya esok dapat lah dia berehat kejap. Heh kejap je ye. Tak lama pun. Hekhek.


Esok ada dua lagi paper yang nak kena jawab. Tapi rasanya tak susah sangat kut. Kut lah ek. Belum tentu lagi tak susah. Hehe. Mana lah tahu tiba-tiba susah ke kan. Kang ternganga jelah mulut ni nak menjawabnya :P Tapi aku malas betul lah nak baca buku hari ni. Haiyoo. Penat sangat kut sebab puasa siang tadi. Heh alasan semata-mata jelah oi. Jangan nak berdalih-dalih lah. Hm esok ada exam pendidikan jasmani dengan sivik. Hope soalan yang senang-senang jelah. Amin!! Apa-apa pun esok dapat lah kepala aku ni relax sikit. Sikit jelah. Heh


Apa-apa pun ready jelah untuk paper esok. Wish me luck :) Ehh esok dekat sekolah boleh lah aku usha-usha budak tu. Hekhek. * Gatal xP