29 May 2010

Sekali lagi

Masalah, masalah dan masalah.


Kenapa kau cemburu sangat pada aku ye? Kalau sebulan ke seminggu ke atau setahun paling lama kau tak payah muncul dalam hidup aku tak boleh ke?. Ya, aku penat nak fikirkan pasal masalah-masalah ni semua. Semua ni betul-betul membebankan kepala aku yang sememangnya dah terbeban dengan macam-macam benda. Inikan mahu ditambah lagi. Rasa nak pecah kepala aku mengenangkan semua ni. Aku baru nak dapatkan ketenangan hidup. Dah lah masalah dengan kawan baik sendiri pun masih belum selesai. Ni ditambah lagi dengan masalah lain. Serious aku dah tak sanggup nak tanggung dan lalui semua ni. Alangkah bagusnya kalau masa dapat diputarkan semula.


Aku teringin nak jadi kanak-kanak semula. Tak payah susah-susah nak fikir pasal kehidupan ni. Tak perlu nak mengerti apa-apa. Hanya yang mereka tahu dibelai manja dan diberi perhatian tak kira masa. Bila dah semakin meningkat dewasa macam-macam masalah pulak yang perlu ditempuh. Aku ni bukannya kuat dan tabah mana pun. Aku macam insan lain jugak. Kenapa macam-macam dugaan yang diberikan pada aku. Susah sangat ke aku nak rasa bahagia walau sedikit pun. Kepala aku betul-betul sakit fikirkan semua ni. Aku sendiri pun tak pasti masalah kali ni entah bila akan selesai. Rasa macam seolah-olah tak ada jalan keluar untuk semua ni.


Hanya apa yang aku inginkan di dunia ni, aku ingin hidup bahagia, gembira dan tenang. Itu je apa yang aku impikan. Aku tak tahu andai semua tu jadi kenyataan atau tak. Jika tak aku hanya mampu berserah dengan apa yang sudah tertulis untuk aku. Jika benar semua tu jadi kenyataan aku dah rasa bersyukur sangat-sangat. Walau apa pun aku sedih betul dengan hidup aku sekarang.


Sesungguhnya aku benci kau masalah -,-

28 May 2010

Tak ada tajuk kut

Salam. Hell-oO :D


Yeah, yang ni post yang ketiga untuk hari ni heh. Actually tak ada motif aku post ni. Tapi tangan aku ni degil sangat. Dia nak menaip jugak dekat keyboard ni. HUA HUA HUA * Padahal kehendak diri sendiri jugak. Tapi nak salahkan tangan pulak. Haiyo -,- Hari ni tak banyak aktiviti yang aku buat. Lebih banyak duduk terperap dekat rumah je. Ada keluar pun kejap je. Tu pun sebab ibu mintak tolong belikan pisang goreng. Kalau tak, tak rajin aku nak keluar. Dengan kesempatan keluar yang ada tu aku pun ajak lah boyfie tersayang temankan. * Amboi, pandai hang cari kesempatan naa. Hekhek.


Antara benda-benda yang aku buat hari ni ialah facebook-ing, myspace-ing dan blog-ing. Haa tu jelah yang aku buat sepanjang hari ni. Tapi lebih banyak pada muka buku jelah (facebook) ngeh ngeh x) Online facebook nak buat apa lagikan. Main game jelah kerjanya. Tu pun ada lah sikit-sikit aku chat dengan kawan. Tu pun tak lama mana pun. Kejap-kejap aje. Hari ni aku habiskan masa depan comp ni jelah. Langsung tak bukak buku. Padahal exam tak habis lagi. Hoho. Tinggal lagi 4 subject kalau tak silap.


Hari isnin ni ada exam perdagangan. OMG serious cuak gila. Lagi-lagi soalan esei. Dah tentu-tentu aku merepek je nanti. Kehkehkeh. Hari selasa pulak ada exam english. Cuak gila dengan soalan yang nak kena buat sampai 350 words tu dengan bahagian literature. Hope sangat-sangat dapat jawab nanti. Hope jugak soalan yang dikeluarkan senang. Amin!! Hari rabu pulak last paper iaitu pendidikan jasmani dengan sivik. Hm aku tak ambil mudah sangat subject-subject ni. Even nampak je macam senang. Tapi tak lah senang sangat. Kalau tak baca buku tak dapat jugak nak menjawabnya kan. So kau rela ke tak kena baca buku jugak * Ehh kata-kata diatas ditujukan pada aku tau. Bukan korang. Hee~.


Eh eh, rindu lah dekat someone tu. HEHE ❤

25 May 2010

award :)

Salam. Hell-oO


ohh heyy. aku dapat award hehe. actually dah lama award ni diberi pada aku. cuma belum berkesempatan nak post je. so hari ni dengan kesempatan yang ada aku akan post award yang aku dah dapat ni. hee~

award ni dari Nurnajwa Shuhanna

yang ni pulak dari Zirah


thanks ye korang :D saya hargai sangat-sangat. hehe.

24 May 2010

S T R E S S

Salam. Hell-oO


hari ni dekat sekolah aku ada exam pendidikan islam paper 1 dan 2. hm paper hari ni not bad lah. tak terlalu susah dan tak terlalu senang. kira tengah-tengah lah. dua-dua paper tu aku ada yang tak jawab. tu kes memang aku dah tak tahu nak tulis apa. time paper 2 gila lah banyak soalan yang nak kena jawab. pening kepala aku dibuatnya. lagi-lagi time aku jawab paper tu aku rasa macam nak buang air. tapi aku tahankan jelah dulu hoho. so lepastu aku decide nak pergi toilet. last-last tak pergi pun. akibat dah tak boleh nak tahan soalan yang akhir-akhir aku dah tak boleh nak focus.


serious aku tak duduk diam. bergerak-gerak je. hahaha * tak senonoh betul, haiyoo -,- so masa soalan akhir tu aku main buat je. tu pun aku ada tinggal. dah tak sempat kut. dah lah exam paper 2 tadi mula lambat. cikgu tu masuk kelas aku lambat. sabar jelah. lepastu kitorang lah yang menjadi mangsa terkejar-kejar masa untuk nak jawab. lepas cikgu tu dah keluar ada cikgu lain pulak masuk. kitorang bagitahu lah yang kitorang mula exam 15 minit lewat. so cikgu tu dengan baik hatinya bagi kitorang masa lebih untuk jawab. alhamdulillah :) tu pun tak semua aku dapat jawab. ngeh ngeh x)


tadi time dekat sekolah aku masih lagi tak bertegur dengan budak tu. kalau ikut hati memang aku nak tegur dia. tapi aku takut. tak pasal-pasal nanti aku kena tengking pulak dengan dia. aku tahu dia memang benci betul dengan aku. tapi tak apa. aku redha di hukum macam ni. walau apa pun sampai bila-bila dia still kawan aku. even dia dah tak sudi nak berkawan dan maafkan aku. aku tak kisah semua tu. aku tak nak ganggu hidup dia. yang penting aku nak tengok dia bahagia.


okay dah dah, lupakan pasal tu dulu. esok ada exam math. serious aku cuak gila ni. aku memang tak ready apa-apa untuk math. aku dapat rasakan yang math aku fail. tak tahu lah macam mana lagi aku nak buat untuk memantapkan lagi math aku. aku memang tak minat gila dengan subject math ni. even aku paksa macam mana pun belajar math ni aku still tak boleh. korang ada apa-apa cara tak supaya senang nak belajar math? kalau ada kongsi-kongsi lah dengan aku ye. hehe.


buat masa ni aku dah rasa tenang sikit. even masalah dengan budak tu belum selesai aku akan cuba senyum jugak. aku akan tunggu sampai dia betul-betul boleh maafkan aku. so aku nak ucapkan terima kasih yang amat tak terhingga dekat Nad Cydot, Ainul dan Adik Ameera sebab dah banyak bagi sokongan dah nasihat pada aku. tanpa korang aku tak tahu lah apa yang akan jadi. mungkin aku kehilangan semangat aku. terima kasih ye kawan :) kini aku dah mampu mengukirkan senyuman semula.


apa-apa pun, wish me luck tomorrow :D hee~

23 May 2010

kawan, berilah aku 1 peluang lagi


kawan, aku mintak maaf untuk selama ni. aku tahu memang aku tak faham kau. tak pandai jaga hati kau. sampai bila keadaan ni akan berlarutan. aku tak sanggup lagi dah nak tanggung semua ni. even aku banyak sakit hati pun aku tak kisah semua tu. tolong lah bagi aku satu peluang lagi. aku nak persahabatan kita macam dulu. tolong lah wey, kita dah berkawan lebih 5 tahun. takkan kau nak lepaskan macam tu je persahabatan kita. aku tak sanggup wey. serious tak sanggup. tak kisah lah kalau aku sakit hati pun. yang penting aku tak nak kehilangan persahabatan kita ni.


tolong lah. aku merayu sangat dengan kau. aku nak kita semua berkawan macam dulu. saat kita semua bergelak tawa sama-sama. takkan kau dah lupakan semua tu. aku tahu kau takkan lupakan semua tu kan? kau maafkan lah aku. tak kisah lah dalam hal ni siapa pun yang salah. aku nak kita lupakan apa yang terjadi dan berkawan macam biasa. aku tak nak ada jurang antara kita. aku tarik balik kata-kata aku. waktu tu aku betul-betul stress. aku cakap ikut sedap hati aku je. aku tak boleh nak berfikir dengan baik masa tu. aku mintak maaf. tolonglah maafkan aku.


aku tak suka bila keadaan kita tak bertegur sapa waktu dekat sekolah. kalau ikut hati aku memang aku nak tegur kau. tapi aku takut. aku takut kau bencikan aku. tolong lah wey. aku tak nak keadaan ni berlarutan. cukuplah, aku betul-betul terseksa. kalau boleh aku nak tamatkan benda ni secepat mungkin. aku baru nak mengecapi kebahagian. tapi kalau aku tak bahagia dengan kawan-kawan aku pun tak guna jugak bukan. aku dah penat nak gaduh lagi. aku dah penat nak menyalahkan antara satu sama lain. kita tamatkan benda ni ye kawan? aku mintak maaf. tolong maafkan aku dan berilah aku peluang. terima kasih kawan!



entry ni khas buat sahabat yang aku sayang. harap dia dapat maafkan aku.

22 May 2010

Broken Heart

AKU MEMANG PEMUSNAH PERSAHABATAN KITA KAN? SEMUA SALAH AKU. KAU JE YANG BETUL. TERIMA KASIH LAH UNTUK SELAMA NI. AKU HARGAI SEMUANYA.

sampai hati kau kawan

weh, aku betul-betul tak sangka kau buat aku macam ni. even kau dah banyak lukakan hati aku pun aku tak ada lah sampai buat kau macam apa yang kau buat dekat aku. aku betul-betul terkilan dengan apa yang kau buat. kalau ye pun tak nak kawan dengan aku lagi tak payah lah buat macam ni. sampai kau buat cerita yang aku maki-maki kau. sedangkan sejak akhir-akhir ni kita tak bertegur pun. entah bila pulak aku maki kau. kalau kau BENCI sangat dengan aku kau buang jelah aku jauh-jauh. tak payah anggap aku ni kawan kau lagi. kau memang betul-betul dah tak nak kawan dengan aku lagi kan. okay fine. kalau tu yang kau nak aku tak kisah. asalkan kau bahagia. yang penting aku dah mintak maaf. thanks lah diatas persahabatan kita selama ni. hope kau akan happy selalu.

16 May 2010

heyy!

next week dah mid year exam. so aku buat keputusan untuk menyepikan diri buat sementara waktu dalam dunia blog ni. so maaf pada semua yang tanya macam-macam soalan pasal blog ni. aku tak boleh nak jawab soalan korang buat masa ni. sorry sangat-sangat ye. lagipun hari pertama exam je aku dah ada paper yang nak kena jawab. lain lah pada siapa-siapa yang tak ambil subject tasawwur. hari pertama tak ada paper. so aku perlu bersedia dengan lebih cepat dan rapi. aku perlu bersedia dengan mental aku ni untuk jawab soalan-soalan yang akan dikeluarkan.


so..


wish me luck readers

07 May 2010

Happy Mother's Day

Salam. Hell-oO


ehhh, awak awak semua. esok hari ibu kan? kalau tak silap lah. hehe. awak awak semua bagi apa dekat ibu awak awak semua nanti? hm saya tak fikir lagi nak bagi apa dekat ibu saya. mungkin this year bagi card je kut. saya nak save duit lah. kukuikui. al-maklum lah sebagai seorang pelajar kita perlu berjimat-cermat. ecehhh :P tapi saya belum beli lagi card untuk ibu saya. mungkin esok kut. insya-Allah. haa saya nak wish hari ibu untuk ibu yang sangat sangat saya sayang :D



SELAMAT HARI IBU, IBU :)



pstt; entry kali ni macam baik pulak. terguna ' awak saya '. hoho. saja nak post entry ni awal sehari. takut esok tak sempat pulak :)

03 May 2010

tired maa and thanks all :)

Salam. Hell - oO


hari ni serious penat yang teramat lah. tadi time katering ada pentaksiran. haishh cuak betul aku dibuatnya. nasib lah semuanya okay okay je. tapi yang tak boleh blah-nya kenapa aku punya pastri gadis mulia dapat buat 6 je. yang lain lain dapat buat lebih dari 6. ada sorang member aku tu dia siap dapat buat 12 biji. jealous tahu grr -,- so bila dah dapat buat 6 biji je mula lah cikgu soal aku dengan macam macam soalan. aku pun dah berdebar debar bagai nak menjawabnya. rasa macam nak tercabut je jantung aku tadi. haiyoo~ tadi balik lambat sikit lepas buat pentaksiran. kena mop lantai pulak. nasib bukan aku sorang je. ada lagi 2 orang member aku ni pun kena mop lantai jugak.


tadi jugak ada sorang member aku ni celebrate birthday. dia orang buat dekat tasik serdang. dia orang kata nak baling tepung semua. mula mula ingat memang nak pergi. tapi bila terdengar je tasik serdang tu terus aku buang niat tu. sampai bila pun aku takkan jejak tasik serdang tu. bukan best sangat pun tasik tu. bau pun kurang menyenangkan. ewww -,- sorry terkutuk pulak tasik serdang tu. kuikuikui. so tadi aku dengan 7 orang member lagi just lepak dekat kantin sekolah. buat gempak dekat kantin sekolah tu. kita orang lah yang paling memekak HAHA.


' gempak kut tadi time dekat kantin. best gila lah :D '


lepas lepak apa semua aku pun buat keputusan nak balik dalam pukul 4.15. so tangan aku dengan pantasnya membagi message dekat my boyfie. saja gatal gatal nak suruh dia ambil hari ni HEHE. mula mula ingatkan dia tak boleh ambil. nasib boleh, dapat jugak jumpa dia. so dalam pukul 4.15 tu my boyfie pun sampai. then terus lah balik. masa dah sampai rumah tu aku tak terus masuk rumah. duduk lepak lepak jap dalam kereta. borak borak dengan my boyfie. tapi yang tak boleh blah-nya hari ni banyak pulak story aku HAHA. ada je benda yang aku cerita. memang mulut aku lah yang kecoh tadi. segan pulak bila diingatkan balik. HUA HUA HUA xD walau apa pun memang best lah hari ni. thanks pada semua yang dah buat aku happy :)

01 May 2010

mid year exam is around the corner & thanks awak

Salam. Hell - oO


hm hari rabu hari tu cikgu mathematic bagitahu yang exam mid year dicepatkan. sebab cuti bulan mei tu pun dicepatkan. haishh cuak lah -,- maybe start exam 17 mei ni kalau tak silap. mula mula exam je dah kertas tasawwur. dua paper pulak tu. dah lah banyak yang tertinggal subject tu. patutnya ada dua hari kelas tambahan untuk subject tasawwur. hari selasa dengan rabu. rabu dari pukul 2 sampai pukul 3. tapi hari rabu tu dari pukul 1.10 until 2. hari rabu tu pulak ada kelas perdagangan/sejarah, antara dua ni lah. sebab cikgu selang seli. nampaknya kena usaha lah cari buku rujukan untuk tasawwur tu. heishh -__-


' okay okay, lupakan dulu pasal mid year exam ni '


semalam aku ingat nak update blog ni. tapi disebabkan aku telah dikecewakan terus hilang mood aku nak update. kecewa gila aku bila dapat tahu orang yang aku suka dah ada awek TT_TT tapi nak buat macam mana kan. tak ada hak aku nak marah budak tu. kita orang bukan ada apa apa pun. sekadar kawan je. tak lebih dari tu. redha jelah wey -,- so, aku buat keputusan nak cuba lupakan perasaan aku dekat budak tu. harap harap boleh lah aku lupakan. tapi kan yang tak boleh blah-nya, boyfie aku macam tak kisah je aku suka dekat budak tu. bila aku cakap aku kecewa sebab budak tu dah ada awek dia boleh cakap macam ni " ... ohh, sorry for hear that... ". aku pun dah semacam pelik je. ada ada je boyfie aku yang sorang ni.


' kepada budak tu, thanks lah selama ni okay. saya doakan awak sentiasa happy dengan dia. jaga dia elok elok. '


lately ni mood aku tak menentu. kejap kejap okay. lepastu tak -,- tapi alhamdulillah hubungan aku dengan dia semakin okay. tak macam dulu and aku tengok dia dah boleh faham aku. thanks awak sebab boleh faham saya. saya harap keadaan macam ni boleh berkekalan. saya harap jugak yang kita boleh faham di antara satu sama lain. insya-Allah.