02 November 2013

November its comin.. ;)



Assalammualaikum.. and yeah! It's already november bebeh!

Pejam celik pejam celik dah habis dah bulan October. So fast.. Whoahh! *teruja jap. Ekekekeke

By the way, sebelum aku terlupa.. Noww i'm already in semester 4. Yayy or nayy? Hahahaha.. Entah la. Dua dua pun boleh kot. Sem ni subjek tak banyak.. But but, subjek semua macam killer-killer. Haiyoo. Nasibbb. Kena belajar lagi gigih ni nampaknye.. -_-" Okey, for me this sem bebudak kelas semua memang awesome! Walaupun classmates yang sama je dari sem 1. Hihi.. Cuma dah nampak la yang kitorang boleh masuk satu kepala.. Weee~~~

Orait! Antara subjek-subjek sem ni ialah:

1. Pengajian Malaysia
2. Introduction Computer Application
3. English Public Speaking
4. Principle Of Economic

Huraiannya, untuk pengajian malaysia tu belajar macam ala-ala sejarah cenggitu la. Maksudnya banyak tarikh dan fakta nak kena ingat. Haiyoo~ Aku ni memang dari sekolah tak suka sejarah. Introduction Computer Application pulak belajar pasal application dekat comp la. Macam microsoft word, powerpoint, excel semua tu la. Dengar memang macam "eleyy kacang je kot semua tu".. Tapi sebenanrnya banyak benda baru yang aku belajar lagi. Hehe.. English public speaking.. Hmm.. Belajar macam belajar English. Means yang macam verb, adverb, noun dan sebagainya tu lah. Tapi subjek ni lebih menekan kan camne cara nak speech depan orang ramai dengan cara yang lebih efektif.. Cewaahh. Kiki.. Lastly, principle of economic. Biasa laaa, belajar ekonomi. Makro dan mikro semua tu.. Penawaran, pemintaan dan sebagainya.. :)

26/10/2013 (Great moment with lovely classmates). Kitorang pergi Waterworld, A' Famosa. Sewonokk! Next time kalau ada rezeki kita pergi lagi okeh ;) *Entah-entah lepasni kalau pergi memasing bawak anak, suami, isteri. Hahaha!

Nahh gambar bagi penyeri sket :P




Till here, semoga berjumpa lagi di lain entry. Much Love~~

19 October 2013

Getting Harder


I thought it would be more easy, but it turn to be more harder. This sem is most challenging sem ever. Hopefully everything will be simplified. Ameen..

By the power of Allah everything will definitely be easy. InsyaAllah.

23 September 2013

Great Experience Even Though Is Hard


Assalammualaikum, ohh hai readers :D

Finally......

Mood nak menaip and update blog kini kembali. Tapi tak sure dapat bertahan untuk berapa lama -__-" Seriously lama sangatkan blog ni terbiar. Memang ada update, tapi semua short entry je. Idea memang kering nak taip pepanjang. Aku dapat merasakan yang semakin dewasa, semakin tak pandai nak bercerita. Erkk yeke? Takpun aku je kot yang macamni. Hew.. Hew.. Hew

Opsss, sat tunggu 10 minit....

Okay, sambung :) Pergi buat roti bakar + Nutella jap. Ada budak kecik tu nak pulak. Kiki.. Actually, aku tengah cuti sem  ni. Minggu ni kira dah masuk minggu ketiga. So itu maknanya cuti pun almost over. K sangat tak best nak kena balik Melaka semula T_T But in the same time, excited yaww. Sebab dah nak masuk sem 4, Yeyy!! Cepat cepat la abes belajar oii. Tak sanggup dah nak duduk jauh dari family. Isk.. Isk.. Isk. I hope dapat habiskan Diploma ni dengan jayanya. Aamiin

Banyak sangat benda yang jadi sepanjang tempoh pengajian aku masa sem 3. Pada aku sem 3 adalah killer sem. Sem paling tough yang aku pernah lalui. Tapi taktau la kan kalau kalau sem 4 nanti lagi hebakk penangannya. Harap relax sikit la sem 4 ni nanti. But I don't think so, sebab sem 4 ni will be short sem. Short sem biasanya lagi stress dari long sem. Sebab lecturer banyak nak kejar syllabus dengan pantas. Ini bermakna akan ada banyak assignment nak kena hantar dalam masa yang singkat. Oh no!!! Nightmare ohh kalau terfikit-fikir assignment tak settle lagi. Jiwa kacau jadinya. Huuuuwaaa. Okay forget it..

Sem 3 jugak aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kos yang aku amik. Paling tak sangka, boleh masuk tarian untuk annual dinner untuk celebrate abang-abang, kakak-kakak sem 5 dan 6. Ala ala pre-graduation cenggitu la. Paling tak sangka kitorang berjaya bawak tarian tu. Alhamdulillah :D Tarian yang kitorang buat tu untuk penutup majlis. Sebab ada dua tarian malam tu, tarian pembuka dan penutup. Tarian pembuka tu aku tak pasti pulak diorang buat tarian apa. But we called our dance as Asmaradana Dance. Yess kitorang guna lagu asmaradana yang Tiara Jacquelina nyanyi tu. Reason kitorang amik tarian tu sebab tema that night 'Kesultanan Melayu Melaka". It means kena pakai baju ala ala zaman melaka dolu dolu tu. Curlass gitu. Ekeke

The best moment masa sem 3. Aku dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang untuk jurusan Seni Kulinari. I think it's very worthwhile to study hard. Because the result is very awesome! Syukur alhamdulillah :') Hadiah buat parents. Takde apa yang paling bahagia bila dapat buat ibu dan ayah gembira. Hihi

So I think till here, meh aku bagi hiburan sat dekat hangpa suma. Jommm layan video tarian kitorang haritu dan cuci mata sikit dengan gambar yang dah diupload ni. Enjoyy!!


(Tarian ni kitorang dapat ilham dari youtube dan dilatih oleh ex-classmate aku. Part lelaki tu memang terabur sikit, memang takleh watpa lagi dah. Hahaha. Layankan aje ok ^_~)

(Time ni la dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang :'])

Maka tamat la entry kalini. Hope korang enjoy baca. Hehehe. Moga bertemu lagi di entry yang akan datang, insyaAllah. Jaga diri semua! Assalammualaikum :3

P/S: Spot me at the video. Hee

18 September 2013

TAK PUAS HATI



AKU TAK PUAS HATI, TAK PUAS HATI, TAK PUAS HATI!!!
PERLU KE BUAT KAMI SEBAGAI PELAJAR MACAM NI??
KAMI HANYA NAK MENUNTUT ILMU JE?
TANPA KAMI TEMPAT TU NOTHING... FAHAM TAK "NOTHING"?


K first time tunjuk tanda protes dekat blog ni. Boleh sabar lagi sebenarnya ni. Cuma rasa TAK PUAS HATI JE! -_-"

P/S: Hope everything will be back to normal. Mohon dapat habiskan pengajian dengan lancar. Amin..

15 September 2013

Great Moment

(Grand Hyatt, Kuala Lumpur)

But at the same time awkward moment also.. Ha.. Ha.. Ha.. Let's the photo tell everything :-)

14 September 2013

Sekian lama


Blog tak bersentuh, tak ditata rias. Akhirnya pada 14/9/2013 ni telah ditukar wajahnya. Bravo bravo! Lep lep chu blog. Hehehe :3


P/S: Tuan tanah sedang bercuti sem. Yeehhhooo!

06 August 2013

WHAT I NEED


JUST HAPPINESS...

27 July 2013

Semester 3 is killing me!


Assalammualaikum..
Haiiii lovelies :3

Untuk jangka masa yang sangat la panjang tuan tanah tak update blog -.-" huhuhu sorry sorry *ampunnnn. Masa sangat tak mengizinkan saya untuk update blog ni. Pada saya semester 3 ni adalah sangat mencabar fizikal dan mental saya. Subjek subjek semua so far boleh la terima. Cuma ada tu macam pening pening la sikit kan. Dannnnnn yang paling penting, semester 3 ni kerja TERSANGAT BANYAK! Sampai taktau nak start buat yang mana dulu. Assignment, presentation, bla bla bla.... So on..

Assignment dengan presentation semua pun macam taknak kalah je. Semua boleh bikin pecah kepala.. Fuhhhhh tahap kritikal dah ni. Sampai ada masa kepala boleh jadi jammed *kronik dah ni, wahahaha. Kena buat video fully in BAHASA ARAB. Owkeyy, jujur kite tak terrer mana pun bahasa arab. Sobsobsobb *nangis teresak esak. Then kena buat 'floor plan' untuk restaurant. In 3D okay, repeatt 3D. Bukan guna komputer, laptop atau alat alat teknologi ni. Kena buat macam pelan contoh rumah tu. Menguji kesabaran dan juga serta boleh dikatakan keimanan jugak. Tak lupa jugak presentation banyak's' *ada 's' untuk menunjukkan banyak yea anak anak, hohoho.

TAPI.... Dah tahu kerja banyak's' still boleh lepas meng'online'kan diri, kwang kwang kwang. Dahhhh pergi buat kerja sana Addina oi!

So owkeyyy, babai! *waving*. InsyaAllah bertemu lagi di lain hari, di lain entry. Take care~


P/S: Moga semua dapat diselesaikan/disiapkan secepat mungkin. Aminn *kita nak raya dalam keadaan aman dan tenang la. Ha... Ha... Ha...

09 July 2013

HAPPY FASTING! 2013

Assalammualaikum readers! :)

Long time no see yaaaa, hehe. Tersangat lama tuan blog tak update blog ni. Huhuhu~ Okay, actually update ni pun dengan satu tujuan je. Kita nak wish ini ---------------->



SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA KENALAN DAN YANG MENGENALI DIRI INI :D

10 February 2013

Happy 3 Yrs Old

Harini genap 3 tahun umur budak kecik comel ni. So here my wish, Happy Born Day My Lovely Aishatulhusna! May Allah bless you dear! Adik saya yang paling bongsu sekali :)



P/S: Along love you so much much! 

HTC Sensation Z710e

Assalammualaikum. Haii readers :)


Entri lewat malam harini saya just nak share serba sedikit tentang phone kesayangan saya ni. Iaitu phone HTC Sensation Z710e. So disini saya sertakan gambar dan spesifikasinya. Lihat di bawah ni okey ;)





#Saya punya yang warna hitam tu.


GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 2100
HSDPA 900 / 1700 / 2100
SIMMini-SIM
Announced2011, April
StatusAvailable. Released 2011, May
BODYDimensions126.1 x 65.4 x 11.3 mm (4.96 x 2.57 x 0.44 in)
Weight148 g (5.22 oz)
DISPLAYTypeS-LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size540 x 960 pixels, 4.3 inches (~256 ppi pixel density)
MultitouchYes
ProtectionCorning Gorilla Glass
- HTC Sense 3.0 UI
SOUNDAlert typesVibration, MP3, WAV ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB, 8 GB included
Internal1 GB storage, 768 MB RAM
DATAGPRSUp to 114 kbps
EDGEUp to 560 kbps
SpeedHSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot
BluetoothYes, v3.0 with A2DP
USBYes, microUSB v2.0 (MHL)
CAMERAPrimary8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, dual-LED flash,check quality
FeaturesGeo-tagging, touch-focus, image stabilization, face detection, instant capture
VideoYes, 1080p@30fps, stereo sound recording, check quality
SecondaryYes, VGA
FEATURESOSAndroid OS, v2.3.4 (Gingerbread), upgradable to v4.0 (Ice Cream Sandwich)
ChipsetQualcomm MSM8260 Snapdragon
CPUDual-core 1.2 GHz Scorpion
GPUAdreno 220
SensorsAccelerometer, gyro, proximity, compass
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
BrowserHTML, Adobe Flash
RadioStereo FM radio with RDS
GPSYes, with A-GPS support
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsBlack, Ice White
- TV-out (via MHL A/V link)
- SNS integration
- Google Search, Maps, Gmail
- YouTube, Google Talk, Picasa
- MP3/AAC+/WAV/WMA player
- XviD/MP4/H.263/H.264/WMV player
- Organizer
- Document viewer
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input (T9 Trace)
BATTERYLi-Ion 1520 mAh battery
Stand-byUp to 350 h (2G) / Up to 400 h (3G)
Talk timeUp to 8 h 20 min (2G) / Up to 6 h 40 min (3G)
MISCSAR US0.61 W/kg (head)     1.29 W/kg (body)    
Price group

TESTSDisplayContrast ratio: 720:1 (nominal)
LoudspeakerVoice 66dB / Noise 66dB / Ring 78dB
Audio qualityNoise -90.2dB / Crosstalk -91.1dB
CameraPhoto / Video


P/S: So far saya pakai phone ni takde apa-apa masalah lagi :) Alhamdulillah. Pada saya phone ni sangatlah best. Buat masa ni dah dua jenis phone HTC saya pakai dan kedua-duanya takde masalah. Cuma phone yang first tu saya terjatuhkan. So dia punya screen problem sikit. Tu disebabkan kecuaian saya. Huhuhu T^T Till here. Assalammualaikum.



25 January 2013

ADAKAH TERLALU LAMBAT?

Assalammualaikum...
Ohh haiiii readers :)


Ya Allah lamanya tuan blog ni tak update blog. Dah masuk tahun 2013 dah pun. Tak terlambat lagikan saya nak wish Selamat Tahun Baru buat semua kenalan saya (^_~)v Kali terakhir saya update blog pada 5 Disember 2012. Okay pandai-pandai la korang kira dah berapa lama. Hihihi.

Sekarang ni saya dah pun berada dalam sem 2. Alhamdulillah pointer sem 1 saya pun amat memuaskan hati. Saya dapat 4 flat untuk pointer sem 1. Ya Alah syukur yang teramat. Rezeki Allah beri pada saya :') Terima kasih Allah. Rasa happy sangat dapat buat ibu ayah gembira dan keluarga yang lain. Saya pun tak expect boleh dapat 4 flat. Sebab saya takde letak target apa-apa pun. Alhamdulillah, sesunggguhnya perancangan Allah tu indah dan terbaik :D InsyaAllah untuk sem 2 ni jugak saya cuba untuk dapatkan yang terbaik dan mengekalkan prestasi yang bagus. Amin amin.

Lately ni saya agak busy. Taktau la bila dah masuk sem 2 ni banyak jugak kepercayaan yang diberi oleh lecturer kepada saya. Tapi takpe saya cuba yang terbaik dan termampu. At least saya dapat latih diri jadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan lebih berdisiplin. InsyaAllah. Chaiyok chaiyok untuk saya, hehe. So berkemungkinan memang teramat jarang saya menjenguk blog ni atau pun update blog. So harap kawan-kawan yang baca blog saya ni *tu pun kalau ada la* faham dengan keadaan saya :)

Emm rasanya sampai sini je dulu. InsyaAllah kita bertemu lagi jika ada kesempatan. Assalammualaikum :3


P/s: Saya nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia ni. Walaupun dah lepas satu hari. Hihi.