27 February 2010

:)



alhamdulillah hari ni masih lagi diberi peluang untuk post entry baru =) semalam satu hari tak larat nak bangun. kepala ni terasa berat yang amat. ni semua gara gara tak makan nasi. semalam 1 hari tak makan nasi. tambah lagi dengan hari yang sebelumnya iaitu hari khamis. semalam masa pergi kedai untuk beli bahan amali kepala aku ni tak lah sakit sangat. dia just berdenyut denyut sikit. tapi time dah pusing pusing untuk cari bahan tu dia dah mula rasa lain macam. tapi still boleh tahan lagi.


time lepas dah bayar dekat cashier tu dia rasa macam dah nak pitam dah. aku pun tunggu lah dekat luar sementara nak tunggu kawan aku bayar barang yang dia beli. time dekat luar tu aku memang dah tak larat gila nak berdiri. so aku pun duduk lah kejap. kalau berdiri rasa nak tumbang je. badan pun dah tak stabil. masa nak gerak untuk balik rumah tu lagi lah. memang tak larat gila dah nak berjalan. so stop kejap dekat tepi longkang. time tu rasa macam nak muntah. tapi tak muntah pun.


so kuatkan semangat jelah untuk meneruskan perjalanan untuk balik rumah. masa jalan tu memang rasa nak tumbang dah. tapi aku teruskan je berjalan. then masa nak naik tu aku dah tak larat gila. aku stop and duduk kejap dekat tangga. time tu dah berdoa dekat Allah untuk kuatkan semangat aku untuk meneruskan perjalanan aku. so aku terus naik. malas nak duduk dekat tangga tu lama lama. time tengah naik tu memang rasa macam nak jatuh lah. aku doa banyak banyak dan akhirnya sampai jugak rumah.


sampai je dekat rumah aku terus masuk bilik and terus merebahkan badan dekat atas katil. aku memang dah tak larat gila dah. then ibu masuk bilik. ibu tanya kenapa, aku pun jawab lah yang aku sakit kepala. ibu tanya semalam makan nasi tak. aku jawab tak. lepastu ibu cakap patut lah, angin dah naik dekat kepala lah tu. awak tu imunisasi badan tak kuat. heishh, tak pasal pasal kena bebel dengan ibu. then ibu suruh makan ubat. aku tak pergi makan pun. aku baring je. then ayah masuk bilik suruh makan ubat. aku terus pergi makan ubat. takut kena marah HOHO.


lepas dah makan ubat aku baring kejap. dah lama lepastu okay dah kepala aku ni. baru lah larat sikit nak bangun. kalau tak rasa macam nak tumbang jelah. apa apa pun sayang ibu and ayah lah. caring betul dorang dekat aku HEHEHE. ni belum my dear lagi yang tahu. kalau tak habis aku kena bebel. dah berapa kali dah aku kena bebel dengan my dear sebab tak makan. alhamdulillah hari ni dah sihat macam biasa :)

26 February 2010

weh, kawan



haishh, kenapa aku tengok blog kawan kawan aku ramai cakap pasal persahabatan. tersebak pulak aku dibuatnya HUHU. tiba tiba terbit pulak rasa rindu dekat kawan kawan -,- bila boleh jumpa korang lagi kan. rindu dekat budak budak 6 dahlia masa sekolah rendah dulu. rindu dekat budak budak kelas 1 dedikasi and 3 dedikasi. semua dah bawak haluan masing masing kan? =( rindunya dekat korang.


hope sempat lah nak jumpa korang semua. nanti bila dah lepas SPM lagi susah nak jumpa. mesti masing masing dah ada hala tuju masing masing. weh, serious rindu gila dekat korang. terutama sekali aku rindu dekat wani saaban, nadua, azizah and ramai lagi lah. yang ni kawan kawan dekat sekolah menengah. kawan kawan sekolah rendah pulak aku rindu dekat hidayah, zakiyah hani, farhana and ramai lagi lah. terlalu ramai untuk aku listkan dekat sini. hope korang tak lupakan aku, aku sentiasa ingat dekat korang. setiap moments yang kita cipta bersama. aku takkan lupakan semua tu. MISS YOU MY FRIENDS!


ohh sebelum terlupa, dikesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam sempena memperingati junjungan Rasulullah S.A.W.

25 February 2010

apehal pulak ni?



heishh, geram je dengan myspace ni lah. tah apa masalahnya -____- bila sign in tu okay je. bila nak bukak profile atau apa apa application lah dekat myspace tu tak boleh. nak loading sampai tahun bila tah baru boleh done. masuk ni dah 3 hari kut macam tu. kalau nak bukak myspace kena guna internet explorer. act tak berapa suka sangat guna internet explorer HUHU. hoi myspace, cepat cepatlah okay oi. menguji kesabaran betul -,-


dah dah, lupakan pasal tu dulu. today dekat sekolah like usually lah kan. nothing special. kalau my dear tiba tiba datang sekolah baru lah special HAHAA. merepek je dina ni. dah rindu sangat lah agaknya HUAHUA. dekat sekolah tadi ada test bahasa melayu, science and perdagangan. hm, bahasa melayu alhamdulillah okay. science? heh no comment lah. soalan little bit senang tapi boleh pulak terlupa apa yang dah dibaca. penat perah otak nak ingat balik (==")


then test perdagangan boleh tahan kut soalan dia. tak terlalu senang dan tak terlalu susah. time test perdagangan pun aku boleh terlupa apa yang aku dah baca. haishh teruk betul dina ni lah. cepat betul lupa. ish ish ish ( geleng geleng kepala ) ohh ye, paper agama dah dapat balik. tapi tak perlu kut aku bagitahu berapa aku dapat bhaha. yang penting aku dapat kalah kan budak tu :P:P next week pulak maybe ada satu lagi test. iaitu test katering. after buat test tu ada amali pulak. so wish me luck kay =)

24 February 2010

penat -,-



hey, hari ni penat yang amat lah -_____- tadi balik sekolah dalam pukul 2.15 sebab ada kelas perdagangan. lepas habis kelas pergi bank kejap. nak keluarkan duit. lepas keluarkan duit pergi farmasi pulak untuk beli pati ikan haruan. after pergi farmasi pergi pasaraya kejap sebab nak beli limau sunkist and sarung tangan untuk baby. heishh, banyak betul persinggahan kan? tu yang penat tu -,-


patutnya harini ada test untuk perdagangan. tapi tak jadi buat sebab ramai yang tak setuju nak buat hari ni. so test perdagangan ditangguhkan esok. malam ni kena baca buku lah nampaknya. tadi exam math. hm, no comment kut pasal math ni. tak tahu lah berapa markah yang akan aku dapat nanti. esok pulak ada test science and bahasa melayu. cuak kut nak jawab test science. dah lah tak faham satu apa yang cikgu tu ajar. serious, bukan aku sorang je tak faham. majoriti satu kelas kut HUHU. cikgu yang ajar tu pulak cikgu practical. pening je kepala dibuatnya. sampai bulan 5 pulak tu. habisss ==" melingkup science aku.


btw, wish me luck ya tomorrow! post yang simple je. no idea LOL nak update (-_-")

23 February 2010

Thank you


dah tukar semula ke background putih. sebabnya cik Liyana kata yang blog aku ni tak sesuai guna colour hitam :) colour putih pun okay apa kan? suci gitu HOHO * tak habis habis puji blog sendiri ;P


tadi dekat sekolah macam biasa jelah kan. tak ada apa yang special pun. so tadi ada test sejarah dan english. test english alhamdulillah okay je. sejarah? hm, no comment. act senang je soalannya. tapi disebabkan aku tak baca buku jadinya susah lah -,- hari ni jugak ada test agama. serious memang tak tahu hari ni ada test agama. so tak sempat lah nak baca buku HUHU.


aku main main petik je jawab agama tadi. nasib lah ada soalan yang aku ingat jawapannya. hope markah okay okay jelah. esok pulak maybe ada test math. ohh my, serious cuak ouh. dah lah tak minat math -______- macam mana lah bentuk soalannya nanti. hope yang senang senang jelah * haishh, dina ni nak yang senang senang je. yang susah tak nak. tak mencabar lah macam tu. CEHH! tak boleh belah je ayat. karang kalau susah tak dapat pulak nak menjawabnya -,-


doa doakan supaya aku dapat jawab test mathematic esok yeh. btw, thanks a lot to Dee sebab buat tutorial yang I request hari tu. dah jadi dah :) thanks again yeah! ehh, esok maybe ada amali solat. nak buat solat taubat kalau tak silap. haihh rugi betul sebab tak dapat join buat solat tu nanti HUHU (T_T) * faham faham lah sendiri ye.

22 February 2010

school + test

( credit: deviantart )

tadi pergi sekolah macam biasa lah kan. pukul 7 gerak dari rumah. then lepastu pergi rumah cik Imah. kemudian baru lah kitorang meneruskan perjalanan ke sekolah. act hari ni terlewat bangun hohoho. dalam pukul 6.30 macam tu lah. nasib baik bukan pukul 7. kalau pukul 7 dah sah sah aku tak nak pergi sekolah HAHAA. itu pun nasib aku tuttt * faham faham lah sendiri yeh HAHAA, tak sopan betul xP so sempat jugak lah nak bersiap siap.


time tengah jalan nak pergi sekolah tu tah kenapa aku rasa macam excited sikit. apa apa je dina ni. lepastu time tengah jalan tu tiba tiba terdengar annoucement dari sekolah. PEH! kuat jugak ehh speaker sekolah tu. dari jauh pun dah dengar. tu tak sampai sekolah lagi hehehe. okay okay, terdengar annoucement cikgu bagitahu yang assembly ditundakan sebab form 5 ada ujian. dah happy gila lah =D sebab malas nak dengar cikgu berleter hikhik.


hari ni tak tahu pulak ada test bahasa melayu. nasib baik kena buat karangan bergambar. dah lah aku tak baca buku lagi. tu pun tak sempat nak siapkan. serious susah ouh nak buat karangan tu -____- yang aku sempat buat sampai perenggan ketiga je. sedih betul lah -,- confirm markah sikit je HUHU. khamis ni ada test bm lagi. Insya-Allah nak buat betul betul nanti. esok pulak ada test english, nak kena baca poem. ramai kata subjektif. so tak ada essay kut. maybe esok jugak ada test sejarah. hadoyy, essay kut (==") malas betul nak hafal fakta fakta dalam buku teks tu HUHU.


doa doakan supaya aku dapat jawab test esok okay. thank you. ohh ye, act kitorang pergi sekolah ni bertiga. aku, adik aku and cik Imah hihi. nanti ada yang fikir aku pergi berdua je dengan cik Imah. padahal cik Imah tu bestfriend adik aku :) * bestfriend ek? petik je. act tak tahu HOHO.

21 February 2010

school is coming



yeah! seperti korang sedia maklum esok dah pun bermula sesi persekolahan. haihh, rasa macam sekejap je cuti. HUHUHU. tak puas kut duduk rumah hahaa. lebih lebih pulak cik Dieyna ni lah. haiyoo -,- homework masih dalam proses. nasib baik esok tak banyak subject. just subject bahasa melayu and landskap/katering. tu yang best tu bhaha. ada ada je dina ni lah. tak sabar pulak rasanya nak jumpa kawan kawan. confirm esok sakit telinga dengar macam macam cerita time cuti ni. hahaha agak kejam dapat kawan macam ni. hadoyy.


ehh esok maybe ada assembly kut. haishh malas lah nak dengar cikgu berleter dekat depan tu -___- kejam betul dapat anak murid macam ni hohoho. apa lah kau ni dina. semuanya kejam. memang kejam agaknya kau ni. dah dah, apa apa jelah yang aku merepek ni. act tak ada idea nak post ni. tapi apa kena tah tangan gatal sangat pergi tekan button new post :P:P:P okay lah, nak stop merepek. byebyeeee ~ * korang layan jelah repekan cik Dieyna ni yeh. karang dia merajuk pulak HAHAA. eiiiuw gedik betul nak merajuk merajuk ni.


haihh nampaknya malam ni kena berhempas pulas menyiapkan homework. wahai homework, malam ni kita berdating yeh, tunggu i tau hihi. * gedik gila kan. geli aku xD

awwww, terharu :')

salam. hello.



memang tak ada kerja post sampai 3 hari ni muahaha. suka hati lah blog aku, aku punya suka lah * agak kejam ayat. sekarang dah hampir pukul 3 pagi. tapi mata ni langsung tak menunjukkan tanda tanda yang dia nak tidur. heishh degil mata ni eyh. babab kang baru tahu HAHAA. merepek je di pagi pagi buta ni lah. okay okay, act tengah rasa terharu gila ni. sebab ada someone tu kan credit kan aku dekat blog dia. CEHH macam jakun je kan. bhahaha * act memang jakun pun. tak mengaku pulak.


haaa, nak tahu siapa yang baik hati meng'credit' aku dekat blog dia tu. *drumroll* cehh boleh pulak ada muzik latar kan hahaha. tak apa tak apa, bagi special sikit. haaaaaa ni lah orang tersebut --->


Nadhierah atau nama glamor dia Nad Cydot =)


you you, thanks a lot tau sebab credit i. terasa dihargai sangat ni. CEHHH tak boleh belah bhahaha. ni entry yang cik Nadhierah kita buat untuk meng'credit' aku tu --->


( click gambar untuk lihat lebih jelas )


thanks again! well, orang tengah jakun kan. tu yang cakap banyak kali tu HAHAA. opssss terover pulak, kihkihkih. it's okay lah. bukan selalu. sekali sekala je kann?



serious entry ni memang penuh dengan kejakunan xD

20 February 2010

# 90

salam. hello [peace]



yeah, sekolah dah semakin hampir. tapi homework banyak lagi tak siap. haiyoo, macam mana ni? banyak pulak tu. cikgu ni orang cuti nak berehat lah. ni tambah dengan homework macam mana nak berehat. aku cuti cuti ni tak banyak rehat pun. ada je kerja yang nak kena buat. sampaikan homework pun tak sempat nak buat. CEHHH! alasan semata mata. gedik lah kau dina. kalau dah malas tu malas jelah. tk payah nak bagi macam macam alasan. heishh, dah lah lupakan je pasal ni dulu.


awakkkk, rindu lah dekat awak. lambatnya nak tunggu awak balik. hari tu tak puas mesej dengan awak. tapi time tu credit saya tak banyak. lagipun awak guna handphone kawan awak. habis pulak credit dia nanti. macam ni rasanya berjauhan kan. rindunya nak tengok muka awak. nak tengok senyuman awak. suara awak, semua lah tentang awak HUHUHU. tapi tak apa lah kan. awak pergi pun untuk menimba ilmu. untuk masa depan awak jugakkan. tak apa saya tunggu awak balik okay?


omg! next week maybe ada test untuk bulan februari. tak ready lagi lah. malas kut nak baca buku. nak kena hafal apa yang patut. dah lah kena buat essay. haishh kena perah setiap sel otak lah nampaknya. kenapa lah mesti ada test kan? huhu. sabar jelah oi. nak tak nak untuk masa depan kau jugak dina. tak payah lah banyak merungut. mengada ngada betul.



entry yang bercampur campur. biasalah otak pun tengah berserabut serabai ni. HAHAA xD ayat pun berbelit belit dah.

Thanks yeah :)

thanks a lot to Farah sebab buatkan comment tu :) dah pernah try buat dah tapi tak jadi. now dah reti dah macam mana nak buat. thanks again :D happy sangat ni hehe. pada siapa siapa nak lawat blog Farah tu click sini =3 thanks jugak dekat Sis Liyana untuk code tukar button comment tu. if korang nak lawat blog Sis Liyana click sini. kalau rasa tangan tu rajin follow lah sekali yeh. cehh, promote pulak hikhik.

19 February 2010

KAH KAH KAH xD

pehh! menyirap kut baca ayat ayat tu. hahaha! agak agak bajet gitu. bak kata adik aku bajet bagus, bajet hot, bajet suci dan mulia, bajet baik, bajet hebat sangat lah dan segala bajet lah. yeah ada jugak orang macam tu zaman sekarang ni yeh. haihh, sabar jelah oi. dugaan dunia. apa boleh buat. nak tak nak kena hadapi jugakkan ^_~



tah berapa banyak bajet daa dalam entry ni muahaha. patutnya letak title entry ni BAJET xD memang sesuai sangat lah. what the he**. haa kan dah terkeluar dah ayat tu bhaha.

13 February 2010

jangka masa yg lama

salam. hello.


lama dah tak memunculkan diri dekat blog ni. lately ni agak busy sikit + dah dapat adik baru * nak jugak mention kan sekali muahaha. kecoh je =P so today bermula lah cuti hari raya cina. sekolah aku bagi cuti seminggu je. lama lah kut. hehe. then lepas cuti ada ujian untuk bulan februari pulak. heishh, nampaknya cuti cuti ni kena baca buku lah. hadoyy -,- wahai buku, jom lah kita berdating yeh HAHAA. sengal sengal je. okay okay, act aku dekat kampung ni. nasib baik lah ada internet. boleh lah jugak nak meng"update" blog ni.


hm, cuti sekolah ni banyak homework yang perlu dihabis kan. haihh -___- cikgu tak penat ke asyik bagi kitorang homework je. tak lenguh ke tangan nak tanda buku kitorang nanti. HAHAA, alasan je tu. poyo je kau ni dina :P:P dalam banyak banyak homework yang nak kena buat. aku paling semangat nak buat homework perdagangan. tak tahu lah kenapa aku suka sangat dengan subjek tu HEHE. pelik pelik je. okay act tak ada idea apa nak update ni. just nak bagitahu perkembangan terkini tentang cik dina yang agak tak berapa nak top ni muahaha. perasan je. macam lah ada orang yang nak tahu perkembangan diri kau :P


so byebyeee all. chill yeah :D

09 February 2010

thanks god =)

salam. hello.



lama aku tak update kan? ya lately ni agak busy sikit. so tak ada masa nak update. okay okay, act bukan ni yang aku nak cerita. hm act hari ini 09.02.2010 dengan secara rasminya aku telah mendapat seorang lagi adik baru :D happy sangat! my mum bersalin pukul 2.30 pagi kut kalau tak silap. syukur sangat dua dua selamat. alhamdulillah :) tapi my mum tak boleh balik lagi sebab my mum kena operate. so balik lambat sikit lah. hm nevermind. yang penting semua selamat. so lets have some photos. act tak banyak pun. dua je hikhik. tak sempat nak ambil banyak banyak sebab doktor tu dah ambil baby + batery phone dah low -,-

my new lil younger sister :)

04 February 2010

# 80

awww, aku dah terjatuh cinta dengan game ni dekat facebook HAHAA.




pada siapa siapa yang ada facebook. korang main lah game ni. tak rugi korang cuba hehehe =)

03 February 2010

Alvin and The Chipmunks 2


awww, cute gila diorang ni


tadi aku tengok lah cerita ni dengan adik aku. ye lah hari ni kan aku tak sekolah. so tengok jelah kan. act aku dah tengok cerita ni dekat cinema. tapi ayah aku dah download cerita ni. so tengok lah lagi dekat rumah. nak tengok berkali kali sampai muntah pun boleh HAHAA. plan nak tengok dengan boyfie aku dekat cinema tapi tak jadi sebab aku dah pergi tengok dengan member aku dulu. so boyfie aku pun pergi tengok dengan member dia. tapi kitorang tak pergi pada waktu yang sama lah. kitorang pergi hari lain lain. okay okay lupakan pasal tu.

serious aku cakap chipmunks yang girl tu comel gila lah. rasa macam nak cubit cubit je pipi diorang. lagi lagi yang Eleanor tu. dah lah kecik je hehe. sama macam Theodore hikhik. memang sesuai lah diorang tu. tapi kalau chipmunks yang boy tu aku lebih suka Alvin. sebab dia tu macam nakal nakal sikit. tu yang buat dia nampak comel. then Alvin memang sesuai gila dengan Brittany. yang agak nerd sikit tu nama dia Jeanette and Simon.

diorang pun sesuai gila lah. hehe. memang power gila kepada creator cerita chipmunks ni. aku bagi 5 stars hahaha. dalam cerita chipmunks yang kedua ni ada sikit lah part yang little bit sedih bagi aku. part yang time diorang buat contest diantara kumpulan alvin and the chipmunks dengan kumpulan chipettes. tapi time tu alvin tak ada sebab dia ada football game kalau tak silap lah. so malam tu diorang tak dapat buat concert tu.

theodore lah yang paling sedih sekali sebab abang abang dia bergaduh. serious aku macam nak menangis dekat part tu. tapi mungkin pada pendapat orang lain part tu tak lah sedih mana. pada pendapat aku jelah. part yang paling best sekali time part yang dah nak akhir tu. alvin and the chipmunks dengan chipettes bergabung. cute gila gila lah hehehe. then diorang tinggal serumah dan menjadi keluarga "Dave" Seville :) so pada siapa siapa yang belum tengok cerita ni tengok lah eh. memang tak rugi kalau korang tengok hehe. kalau nak lagi best tengok sekali alvin and the chipmunks yang first. hah, kan dah promote ni HAHAA.



agak ketinggalan sebab baru nak post pasal cerita ni hahaha. padahal cerita ni agak dah lama jugak lah keluar. nevermind lah :)

sick

salam. hello.



hari ni dah masuk 2 hari aku tak datang sekolah. campur jumaat minggu lepas 3 hari lah kan. aku tak datang sekolah sebab aku demam. tah bila nak baik tah. haihh -________- kadang kadang tu cuak jugak tak datang sekolah lama lama ni. dah banyak benda dah aku ketinggalan dekat sekolah tu. memang rugi gilalah. tapi nak buat macam mana kan. kesihatan aku tak mengizinkan aku untuk ke sekolah. kalau pergi pun nanti asyik merungut dekat kawan aku. sakit tu lah sakit ni lah. macam macam -,-

-,- -,- -,-

yang paling aku rasa rugi gila subject math lah. bukan senang nak cover balik benda yang dah tertinggal tu. lagi lagi aku ni orang yang agak slow dalam math heishh. then aku rasa homework mesti banyak gila lah. huhuhu. penat lah nak buat nanti. wahai cikgu kasihanilah anak murid mu ini. sesungguhnya dia tak lah mempunyai tangan yang banyak atau otak yang power untuk buat semua homework cikgu. haihhh merepek dah ni -,- aku tak tahu lah asal aku berdebar debar sangat bila cakap pasal sekolah. rasa macam something wrong je. hope tak ada apa apa yang berlaku lah. insya-Allah.

------------------------------------

so thats all lah yeh, salam.



not in mood -___________-