25 January 2013

ADAKAH TERLALU LAMBAT?

Assalammualaikum...
Ohh haiiii readers :)


Ya Allah lamanya tuan blog ni tak update blog. Dah masuk tahun 2013 dah pun. Tak terlambat lagikan saya nak wish Selamat Tahun Baru buat semua kenalan saya (^_~)v Kali terakhir saya update blog pada 5 Disember 2012. Okay pandai-pandai la korang kira dah berapa lama. Hihihi.

Sekarang ni saya dah pun berada dalam sem 2. Alhamdulillah pointer sem 1 saya pun amat memuaskan hati. Saya dapat 4 flat untuk pointer sem 1. Ya Alah syukur yang teramat. Rezeki Allah beri pada saya :') Terima kasih Allah. Rasa happy sangat dapat buat ibu ayah gembira dan keluarga yang lain. Saya pun tak expect boleh dapat 4 flat. Sebab saya takde letak target apa-apa pun. Alhamdulillah, sesunggguhnya perancangan Allah tu indah dan terbaik :D InsyaAllah untuk sem 2 ni jugak saya cuba untuk dapatkan yang terbaik dan mengekalkan prestasi yang bagus. Amin amin.

Lately ni saya agak busy. Taktau la bila dah masuk sem 2 ni banyak jugak kepercayaan yang diberi oleh lecturer kepada saya. Tapi takpe saya cuba yang terbaik dan termampu. At least saya dapat latih diri jadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan lebih berdisiplin. InsyaAllah. Chaiyok chaiyok untuk saya, hehe. So berkemungkinan memang teramat jarang saya menjenguk blog ni atau pun update blog. So harap kawan-kawan yang baca blog saya ni *tu pun kalau ada la* faham dengan keadaan saya :)

Emm rasanya sampai sini je dulu. InsyaAllah kita bertemu lagi jika ada kesempatan. Assalammualaikum :3


P/s: Saya nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia ni. Walaupun dah lepas satu hari. Hihi.