05 December 2012

Rasa rindu?


Assalammualaikum ya sodiqoh. Kaifa halukum? :)

Entri hari ini ingin saya kongsikan pada pembaca semua satu doa yang diamalkan oleh Nabi Yusuf kepada Zulaikha. Jika kita rindukan seseorang mintalah doa kepada Allah, kerana itu lebih baik dari kita menyatakan rasa rindu itu secara zahir. Kan lebih elok kalau kita nyatakan rasa rindu itu kepada Allah. Allah itu maha mendengar segala luahan hamba-Nya :) Baca dan amalkan doa dibawah ini jika kita rindukan seseorang..

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada...... (nama penuh insan tersebut), sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin"

Selain dari membaca doa di atas, kalian jugak boleh baca dan lakukan seperti di bawah ini..

PEJAMKAN MATA dan UCAPKANLAH:

"Ya Allah, aku rindukannya keranaMu ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia"

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik 

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi

Dan dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai

Baiklah, siap! Jika rindukan seseorang amalkan la dua perkara ini. Eh eh sebelum tu, jangan terlalu asyik rindukan sesama kita. Rindu pada Rasul jugak perlu tau, amalkan jugak doa di bawah ini..

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada RasulMu Nabi Muhammad, sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin"

Sampai di sini sahaja entri untuk kali ini, dengan izin Allah moga bertemu kembali di entri yang akan datang. Take care! :D Assalammualaikum.

Credit

Apa yang kita tahu tentang AURAT?


Assalammualaikum,
Ahlan wa sahlan ya sodiqoh :) Kaifa Halukum?
Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan berada dalam rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah.

Baiklah, pada jam 12.05 AM ni (ketika entri ini mula ditaip) mari kita muhasabah diri sebentar tentang aurat. Apa itu aurat sebenarnya?

Dari segi Bahasa: Aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.

Dari segi Syarak: Semua anggota yang wajib ditutup, haram dipandang atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

Hukum bagi menutup aurat ni ialah WAJIB. Kenapa ia dikatakan WAJIB? Ini kerana terdapat dalil Al-Quran dan hadis Rasulullah yang mengatakan:

Dalil Al-Quran
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Hadis Rasulullah
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

 “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

 Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)

Jadi inilah sedikit sebanyak penerangan tentang aurat ni. Sesungguhnya menutup aurat itu adalah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, walahualam.

InsyaAllah, semoga berjumpa lagi pada entri yang akan datang :) Assalammualaikum.


Credit:
  • http://muslim-islamiccollection.blogspot.com/2010/10/hakikat-aurat-dalam-islam-bahagian.html
  • http://norliza-idrus.blogspot.com/2010/11/sebagai-seorang-muslimah-perlu.html

25 November 2012

FINALLY, SEM BREAK!!


Assalammualaikum...

Okay, actually takde apa pun nak update. Just nak buat to-do-list sepanjang cuti sem yang pertama kali ni. Hehehe. Cuti tak lama mana pun. 3 minggu je huhuhu. So here my to-do-list :

  • Settlekan lesen motor *depends pada masa dan kesempatan.
  • Go holiday with family \maybe/
  • Hang out with friends \kalau ada yang cuti/
  • Main game sepuas hati muahahaha
  • Ajar my adik drive kereta *depends pada masa
  • Tambah ilmu pengetahuan \tak kisah dalam bidang apa pun/

So ni je kot rasanya. Ni pun belum tentu dapat buat semua, hehehe. Dengan izin Allah mungkin boleh. Siapa tahu ;) till here. Take care readers! Assalammualaikum :)

With Love: Dina 

26 October 2012

Masih belum terlambatkan


Untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ahli keluarga saya, guru-guru, lecturers, kawan-kawan dan para muslimin seluruh dunia ni :) Hehe.

16 September 2012

Zaman dahulu kala


Assalammualaikum kesayangan -kesayanganku :3

Whoah harini update blog lagi. Mimpi apakah tuan blog ni hewheww.

Okay okay, sebenarnya takde story yang menarik pun yang boleh saya kongsikan pada kalian semua. Cuma tadi bila saya lihat dan baca semula entri yang lepas-lepas terdetik pulak di hati ni untuk update blog. Rasa sangat kelakar bila baca entri dulu-dulu. Nampak ketidak matangan saya hahaha. Yes sangat-sangat berbeza kalau nak dibandingkan entri yang dulu dengan sekarang. 

So itu menunjukkan bahawa dah besar rupanya saya ni. Umur pun dah nak menginjak ke angka 18 pada bulan November ni. Pantasnya masa berlalu. Banyak lagi fasa-fasa hidup yang akan saya lalui. Sekarang saya sedang melalui fasa hidup di kolej, fasa hidup lebih berdikari. Lepasni alam pekerjaan pulak. Seterusnya apa pulak? Pandai-pandai la yea kalian semua menyambungkannya hihi. Sesungguhnya masih panjang lagi perjalanan hidup saya ni. Masih banyak lagi sebarang kemungkinan dan dugaan yang akan saya tempuh. Mohon saya diberi kekuatan diri, hati dan iman untuk tempuh semua ni. InsyaAllah :)

Emm so owaite, till here readers :) Assalammualaikum. Much Love!

Ya Allah, sentiasalah bersamaku untuk aku melangkah, mencorakkan kehidupan dan masa depanku. Ameen.

09 September 2012

Ini kali pertama


Assalammualaikum fellow readers :)

Apa khabar wahai sayang-sayangku sekalian. Sihat tak? Harap kalian semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya mendoakan agar kalian semua sihat-sihat belaka yea. InsyaAllah. Hehehe.

Okay ni merupakan kali pertama saya update blog sepanjang saya berada di kolej dan hostel ni. Saja mengisi masa lapang yang ada ni. Sebab kejap lagi saya dah nak start study dan buat nota. Hihihi doakan saya yea kawan-kawan :) Rasanya almost 5 bulan jugak saya dah belajar dekat sini. So far alhamdulillah everything is going well. Housemates saya pun baik-baik semuanya hihihi. Kawan-kawan pun alhamdulillah okay semuanya. Saya bersyukur sebab dikurniakan kawan-kawan yang baik dekat sini. Terima kasih Allah :')

Bagi sesiapa yang tak tahu dekat mana saya belajar sekarang jadi harini saya akan bagitahu *walaupun saya tahu takde siapa pun nak tahu. Hewhewhew. Tapi takpe saya bagitahu jugak okay ;) Sekarang saya melanjutkan pelajaran di Unifield Technology College. Kolej ni terletak betul-betul dalam A'Famosa. Yes ni kolej swasta. Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Culinary Arts. Mungkin bukan rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana IPT Kerajaan. Tapi takpe saya redha :) Sebab saya yakin Allah pasti sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya dan untuk kita semua. Setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan. Saya percaya semua ni pasti ada hikmah. Hihihi.

Tapi apa yang lebih penting niat saya untuk menuntut ilmu di sini. Saya nak realisasikan impian saya dan keluarga saya. Saya bercita-cita untuk jadi Chef Pastri. Tu jugak impian ayah saya, dia nak saya jadi seorang chef. Saya jugak ada cita-cita nak bukak bakery sendiri. Keluarga sangat memberi support kepada saya untuk impian saya ni. Saya harap dapatlah saya tunaikan impian saya dan keluarga saya. InsyaAllah, dengan pertolongan Allah takde yang mustahil dekat dunia ni :) Saya jugak sangat berharap yang saya dapat menumpukan sepenuh perhatian saya dalam menuntut ilmu dekat sini. Sebab saya taknak sia-siakan pengorbanan ibu ayah saya. Saya nak balas jasa diorang dengan memberi kejayaan saya pada diorang. InsyaAllah, ameen :D

Last but not least, moga kita diberi yang terbaik oleh Allah S.W.T. Moga kehidupan kita diredhai olehNya. Amin ya rabal'alamin :')

Take care yea sayang-sayangku sekalian. Assalam~

02 September 2012

Dulu dan Sekarang

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, aku bersyukur diatas semua kurniaanMu kepada diriku pada masa kini ya Allah. Kau telah memberi peluang yang sangat berharga buat diriku. Peluang untuk aku mecari keredhaanMu yang sebenar-benarnya. Pandu dan bimbinglah diri ini untuk menuju ke arah itu ya Allah. Tiada apa yang lebih penting di dunia ini melainkan untuk mendekatkan diri ini kepadaMu dengan lebih dekat lagi. Bantu diri yang serba hina dan kerdil ini untuk mencari keredhaanMu ya Allah. Keredhaan yang dapat membuat diriku aman, tenang dunia dan akhirat. CintaMu yang satu inginku gapai terlebih dahulu. InsyaAllah. Ameen.

Sungguh saya rindu


Erkkk rindu? Pada siapa? Hewheww k rahsia :P Hemm Ya Allah sampaikanlah rinduku padanya. Hanya doa sahaja yang dapat membuat rinduku ini terbalas. Moga kau memberi keberkatan dan kekuatan buat kami ya Allah. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami berdua. Sesungguhnya biarlah kami saling memenuhi kekurangan masing-masing keranaMu ya Allah. Setiap perancanganMu kepada kami adalah yang terbaik berbanding perancangan di dunia ini. InsyaAllah, amin ya rabal'alamin :')

Tiada apa yang lebih penting di dunia ini selain mencari keredhaan dan keberkatanMu ya Allah. Permudahkan urusanku untuk ke arah itu. Mengejar cintaMu yang satu.

25 August 2012

Surrender


Mungkin saya tidak seharusnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi :')

Ehh apa ni? Tiba-tiba je kan. Hohho biarlah saya dan Allah je yang tahu. Let's Allah do the rest.

21 August 2012

SALAM EID MUBARAK (2012)

Ehmmmm, Assalammualaikum to all bloggers and readers.

Long time no see ya, huhu. Okey memang saya akui bahawa sangat-sangatlah lama saya tak hupdate blog ni. Dah jadi macam mayat hidup dah blog kesayangan saya ni. EHHH layak ke dipanggil kesayangan. Sebab diabaikan je blog ni ada la huuu. Okey antara sebab-sebab yang agak boleh dikatakan munasabah kenapa saya dah lama sangat tak hupdate blog ni adalah:

1) Of course sebab saya sibuk menuntut ilmu pengetahuan nun di Melaka sana tu
2) Saya banyak tugasan dan assignment yang perlu dibuat
3) Masalah line internet yang kadang-kadang nasib je ada
4) Lastly ni MOST IMPORTANT, lack of idea. Hewww. K saya memang sentiasa memanjang takde idea. Ditambah pulak malas nak menaip. Hohho sangat pemalas yea -.-"

So mintak ampun yea pada readers kesayangan blog saya ni. Itu pun kalau ada yang baca la blog saya yang agak ntah hape-hape ni. Hiwhiww.

#Okey cukup dah intro, actually bukan ni yang saya nak ceritakan. See title pun lain kannn. Ngeee~

First sekali saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dah raya ketiga baru nak wishkan. Haiyooo apalah Nur Addina ni, hewhew. Tapi takpela kan. Asalkan saya wish dari tak wish langsung *wink wink*. Moga kita semua diberkati oleh Allah s.w.t. dan kita semua mendapat keredhaanNya, insya-Allah. Semoga jugak kita dapat istiqamah dengan amalan-amalan yang kita dah buat sepanjang bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan al Mubarak. Hendaknya sentiasalah berterusan dengan amalan-amalan yang baik, ameen. Saya doakan awak awak semua diberi yang terbaik oleh Allah :) insya-Allah.

Soooo jom cuci mata sebentar dengan gambar-gambar yang saya nak kongsikan ni. Actually ni gambar masa first raya haritu hehe :) Saya selitkan sedikit gambar bagi penyeri sikit untuk entri kalini. #Penyeri la sangatkan. Hahaha. Okey okey jom tengok gambar,


Uploading...........



Tadaaa!!

Ni semua siblings kesayangan saya :3


So gambar pun dah siap di'upload', ni bermakna berakhirlah sudah entri saya untuk kalini. Moga bertemu di lain entri. Insya-Allah :) Happy Eid Mubarak fellow readers! Much love! May Allah bless all of you.

16 June 2012

SAYA SEORANG PENUNTUT IPT


K first off all abaikan title yang boleh buat korang gelak terbahak-bahak sehingga sakit perut :) *wink wink*

Whoahhhhhhh, lamanya tak update blog. Kaku jari jemari itew ni menaip tau hoho /gedik. Mula-mula sekali itew nak mintak maap la yea dekat awok awok semua. Itew tau itew dah lama tak update blog ni. Busy sesangat kot. Lagi-lagi itew dah pi sambung belajar. So memang dah susah nak online, wifi pun bukan ada. Kalau nak guna internet kena pergi library. Itew memang rajin pulak nak jalan jauh jauh kannnn. So harap awok paham la yea keadaan itew sekarang /cakap macam ada orang peduli je itew tak update blog, hahaha. By the way, buat makluman awok semua, itew sambung belajar nun di Melaka sana. Nak kata jauh gila tu idok la. Tapi jauh jugak la dari Serdang ni kan. Jadi susah ler jugak nak balik selalu. So hope awok paham la yerr :)

Ohhokey, itew dah takde idea. Sebenarnya tu je nak bagitau awok semua hiwhiw. Lepasni memang jarang dah la itew update blog ni yea. Take care tauuuu semua <3

12 May 2012

Resepi (Krim Ganache)

(Source: fidanie.blogspot.com)

Bahan :
240 gm coklat masakan - dicincang kecil
240 gm krim (ada dijual di pasar raya)

Cara membuat :
1. Panaskan krim dan alihkan dari api
2. Masukkan coklat cincang, susu dan putar hingga pekat
3. Apabila telah pekat, gunakan untuk menghias kek

Resepi ( Krim Mentega )

(Source: resepinoraini.blogspot.com)

Bahan :
125 gm mentega
125 gm lelemak sayuran (krimwell)
80 gm gula kastor
1 sudu besar susu sejat
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat :
1. Pukul lelemak sayuran dan mentega hingga berwarna putih
2. Masukkan gula dan pukul hingga gula larut
3. Masukkan esen dan susu dan pukul rata
4. Simpan dingin

Nota kaki: Warnakan dengan warna kegemaran

29 April 2012

KAU MEMANG CEMBURU KANN


Aku tak faham kenapa masih ada lagi orang yang memasang niat jealous atau cemburu dengan orang lain. Kau memang taksuka tengok orang lain bahagiakan? Segala benda yang dah dirancang terpaksa dilupakan camtu je. Memang terbaiklah. PUAS HATI KAU? Grrrr -_______-" Sokey aku hanya mampu bersabar je sekarang ni. Haihhhhhhhhhhhhhhhh :'/

Positive jelah dina //kalau aku mampu, hwmm

25 April 2012

SEKIAN LAMAAA


Fuhhhh seriously lama gila tak update blog ni -.-" bukak je laman web www.blogger.com expression aku camni O_O wooooo, apekah? Memang berubah habis la blogger sekarang. Agak complicated sikit aku tengok dashboard blogger. Ni nak update pun risau je silap click ke hape ke kann hohoo. Sokey sokey, watlek stay cool. Dah update dah punnnn :D Just nak share dengan korang yang aku dapat tawaran sambung form 6 jurusan kemanusiaan *taktau apa jenis jurusan ni. Nampak macam semua orang support aku ambik form 6 tu, but in same time aku masih menunggu result UPU. Sooo agak berbelah bagi aku nak pergi atau tak. Hmm tengokla camne nanti. Akan difikirkan dan dipertimbangkan semula :) Kayyy till here lovelies <3
Short post je yang aku mampu buat. Sokeyy la kan, at least update jugak. Hewheww

09 April 2012

KEHIDUPAN LEPAS SEKOLAH


Takdelah semudah yang aku sangkakan -.-" lagi banyak benda nak kena fikir. Sobsobsob. So pada adik-adik yang masih bersekolah, hargailah saat persekolahan korang k. Serious zaman sekolah memang saat yang paling best dalam hidup. Huuuuuu :'/

Emo pulak memalam buta neh, hohoo.

11 March 2012

SIBUK YANG MELAMPAU

Assalammualaikum,

K first of all, sila abaikan title yang ntah hape hape tu. Wahaha xD

Ohh hai readers. Rasanya almost berbulan-bulan jugak tak update blog ni. Feww pemalasnya saya =_=" Lately ni saya busy kerjalah kawan kawan. Seriously penat sangat and hours kerja yang kadang kadang tak menentu. Boleh jadi jugak last minute kena extend waktu kerja. Fuhhhh penat penat *geleng-geleng kepala. Kerja memang menyeronokkan, sebab at least ada la jugak aktiviti yang boleh dibuat. Gaji pun masuk hoho. Tapi lately ni macam dah kurang sikit demi sikit rasa seronok tu. Dah rasa macam tak happening tempat kerja saya tu, huwuwu \sedih/.

Saya sebenarnya ada jugak niat nak resign. Tapi bila fikir balik macam tak sampai hati pulak. Nanti tempat kerja tak cukup staff. Yess saya tahu nak cari staff yang boleh diharap bukan senang #ecehh, cakap macam dia boleh diharap sangat haha. Tengoklah camne nanti. Bila ada masa sesuai untuk resign, saya resign lah. K so far hidup saya sekarang ni macam biasa je. Kalau nak kata takde masalah tu memang tipulah kan. But sokey, takde masalah bukan kehidupanlah namanya. Alhamdulillah masalah tu still boleh handle lagi.

Hmm by the way, result SPM is almost closer. Seriously saya agak cuak dengan corak result saya nanti. Even riak muka nampak relax and macam takde apa apa je. Tapi dalam ni haa hanya Allah je tahu. Hope semuanya baik-baik jelah nanti. Saya taknak ada siapa-siapa yang menangis kekecewaan. Insya-Allah. Err I think till here. My idea is almost over hew hew. Kbai fellow readers. Much love!

P/S: Lama yang amat tak bukak blog and tumblr fufufufu.

06 February 2012

LEBIH SEHARI

SEMPAT LAGIKAN KALAU SAYA NAK UCAPKAN SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA MUSLIM SELURUH DUNIA NI.

//Lambat wish sebab saya kerja tadi and tak online.

03 February 2012

SEMPAT LAGIKAN


OHH HELLO READERS

Harini tuan blog ni membuat keputusan untuk update blog ni. K sorry sebab dah lama tak update blog. Saya sangat busy dengan kerja sekarang ni dan sangatlah penat nak berblogging, hoho. Actually sekarang ni saya agak tidak sihat. Demam and tekak saya ni macam ada orang geletek hokeh haha. Means tekak saya ni rasa a little bit gatal lah. Lain lah kalau boleh masuk tangan dalam tekak dan garu \sangat gila dan tak logik/ hahaha. Okey okey, stop merepek. Pada adik-adik yang masih bersekolah, selamat schooling okey. Hew hew even dah masuk bulan 2 baru nak wish xD.

For mereka yang bakal ambik exam besar this year iaitu SPM dan PMR, good luck untuk korang. Belajar rajin rajin, jangan jadi macam akak ni haa. Pemalas ya ampun hahaha. Takbole dicontohi perangai sebegini rupa. Haiyoo tak patut tak patut \tetiba je/. Nanti buat exam kasi gempak. Buat parents korang bangga dengan korang. Biar diorang menangis kegembiraan, bukan nangis kekecewaan. Nak nak yang ambik SPM tu. Ingat tu masa depan korang, semua tu yang akan tentukan ke mana korang lepastu. \K akak ni nasihat pandai, diri sendiri tak sedar noks/ Huahuahua.

Err okey, rasanyeww sampai sini ajelah saya celoteh. Entry pun macam takda motif. Kuang kuang. Apa-apa pun adik adik sekalian. Belajow lah rerajin yea, ngee. Kbai <3

//Sesapa yang duduk area serdang tu kalau nak jumpa itew datang lah Rasamas, hoho \peghasan, macam orang nak sangat jumpa dia ahaha/.


Toodles~

31 January 2012

NYUM NYUM



//Bila teringin makan benda benda manis cenggini lah jadinya, hew hew.

16 January 2012

SO SORRY


Hey readers.

I'm so sorry because lack of update this lately. K saya busy kerja #cepat tepuk tangan sebab saya berjaya dapat kerja. Haha xD Saya kerja dekat rasamas je, so memang kena menghadap ramai orang dan sangat memenatkan hokeh. Saya dah kerja almost 1 weeks. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun happy je kerja. Hope boleh kekal lama lah rasa happy ni. Insya-Allah :) So saya mohon maaf lah ye kalau lama gila tak update blog ni. Saya cuti pun seminggu sekali je hoho. Harap faham lah ye hiew hiew. K take care readers kesayangan saya. Mmuaaah :*


Toodles~

06 January 2012

TERIMA KASIH BANYAK

Thanks to all followers yang follow blog aku yang tak seberapa ni, hua hua. K actually tak sangka follower dah mencecah ke angka 800. Takpe aku tau, bukan la ramai mana pun 800 tu. Ada orang tu siap beribu followers. Tapi untuk blog yang ntah hape hape macam aku ni akan excited lebih sikit lah haha. Apa-apa pun thanks again followers. Much love <3


Moh le ramai ramai follow blog itew ni eh hew hew


Toodles~

01 January 2012

2012


2012, PLEASE BE AWESOME TO ME OKEY :D HEW HEW.