28 April 2010

apa masalah kau?

** maaf jika entry ni mengandungi kata-kata yang agak kasar atau yang tak sepatutnya.


woi minah. apa masalah kau ha? aku ada cari pasal dengan kau ke. asal kau sebok sangat nak jaga tepi kain orang. jaga kain sendiri dah lah. tak payah nak ambil tahu hal orang lain. aku pun tak mintak lah kau ambil tahu hal aku. mind your own business okay? aku tak rapat pun dengan kau. kau tu je yang terhegeh-hegeh sibuk nak tahu hal aku. please lah jaga mulut kau. tah berapa banyak dah kau buat dosa disebabkan hanya dengan mulut kau je. tu belum campur lagi dengan yang lain-lain.


lagi satu aku nak bagitahu kau. please okay jangan conquer sesuatu benda tu macam kau sorang je yang punya. kau ingat kau tu siapa. semua nak tunduk patuh dengan arahan kau. tak ada dalam undang-undang pun yang kita orang kena dengar cakap kau. apa yang bagus sangat kau ni. aku tengok kau biasa je. mungkin hanya disebabkan mulut kau tu je orang lain terpaksa akur dengan apa yang kau cakap. sebab bila seseorang tak patuh dengan apa yang kau cuba suruh buat mula lah kau cakap macam-macam. itu lah ini lah. queen control lah kau ni. bukan setakat dengan lelaki je. perempuan pun kau nak conquer jugak.


aku pelik betul la dengan siapa-siapa yang rapat dengan kau. pelik sangat. macam mana lah diorang boleh tahan dengan mulut kau yang macam tu. bukan setakat mulut jelah, perangai kau dan hampir semua lah tentang kau. entah-entah kawan yang rapat dengan kau tu pun kau cakap belakang jugakkan. ni kan dengan aku yang tak rapat dengan kau pun kau cakap belakang. macam apa je perangai kau ni. ada jugak manusia yang wujud macam kau ni. nasib aku baru jumpa sorang je perangai macam kau ni. cuba kalau ada sepuluh orang yang macam kau. mahu tunggang terbalik dunia ni kut.


asal kau cakap belakang-belakang je pasal aku. asal tak cakap depan-depan je. face to face je dengan aku. kan lebih senang. ke kau takut sebab aku tak pernah cari pasal dengan kau. pelik aku dengan kau ni. tak habis-habis nak cari kesalahan orang. macam la diri kau tu perfect sangat. nobody perfect lah dekat dalam dunia ni. kalau ada lah yang perfect meh bagitahu aku siapa yang perfect tu. memang aku salute lah dekat dia. tapi aku tahu memang tak ada yang perfect dalam dunia ni. kau jangan BAJET BAGUS okay!


LOSER



** kau yang pilih untuk ke arah ini. maaf jika kau tergolong dikalangan orang yang sentiasa kalah. siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya.

27 April 2010

cepat lah baik :( and thanks adik Fadhilah :)

Salam. Hell-OO


Hari ni aku tak pergi sekolah lagi. Disebabkan demam aku ni haa tak nak baik-baik pulak dia -,- Lagipun aku memang tak ready nak sekolah hari ni bhahaa xD Semalam dah target hari ni tak sekolah aku nak siapkan semua homework yang tertunggak. Pagi tadi dalam pukul berapa entah aku siapkan nota katering. Hampir 95% nak siap. Homework yang lain-lain aku belum check lagi. Hope boleh siapkan semua homework yang tertunggak tu dengan jayanya. Amin!!


Aku dekat rumah ni tinggal berdua je dengan adik lelaki aku. Memang penuh cobaan nak menjaga budak kecik tu. Haiyoo~ Pening kepala aku -,- Tak reti nak duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Ni pun dia baru lepas kerjakan lipstick ibu aku. Haishhh, mati aku (==") Apa lah yang aku nak jawab dekat ibu nanti. Heishh, memang nak kena budak ni. Hope dapat la aku melepaskan diri time nak menjawab pasal benda alah ni. Agagaa~


Ohh ye, ayah aku dah install The Sims 3 balik. Memang syok gila la hehehe. Sebelum ni memang rindu gila nak main The Sims 3. Sekarang ni nak main sampai pengsan pun suka hati la :P:P Tapi tapi, aku lagi rindu nak main The Sims 2. HUHU :'( CD The Sims 2 mana entah hilang. Serious rindu gila gila nak main Sims 2. Ayah, try lah cari balik The Sims 2. Huahhhh! * Ter'emo' pulak. Kuikuikui xP


Okay okay, dengan kesempatan yang ada ni aku nak post award yang diberi oleh adik Nur Fadhilah Wardah :) Thanks yeh adik. Akak hargai sesangat. Hik hik hik.

Comel award ni :D Lagi-lagi gambar enakei tu. Hee~ Thanks lagi sekali adik. I like it!


' Kau tak rasa ke blog aku makin boring? -,- '

26 April 2010

Resepi ( Tartlet Buah-buahan )

Tartlet Buah-buahan

Bahan :
Pastri Rapuh
100 gm tepung gandum
50 gm lemak beku
25 gm gula halus
1 biji kuning telur
2 camb air ais

Kastard
250 ml susu UHT/susu kotak/susu cair - Bahan A
1 camt marjerin/mentega - Bahan A
1 camb tepung gandum - Bahan B
1 cams tepung jagung - Bahan B
1 biji kuning telur - Bahan B

Hiasan
3 biji anggur hitam ( segar )
2 keping nanas tin ( bulat )
1 keping buah pic/kiwi/ceri

Glis
1 camt tepung jagung - Masak hingga jernih
150 ml sirap buah-buahan - Masak hingga jernih


Menyedia dan memasak
1. Timbang tepung, lemak dan gula
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk adunan
Masukkan lemak ke dalam tepung. Potong lemak kepada ketulan kecil dalam tepung dengan menggunakan pisau pelepa
4. Gaul ramas tepung dan lemak menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan gula halus
5. Buat lubang ditengah tepung, masukkan air ais yang telah disukat bersama kuning telur
6. Gaul adunan dengan menggunakan pisau pelepa hingga rata. Teruskan menggaul adunan dengan menggunakan hujung jari untuk menghasilkan doh
7. Tutup mangkuk adunan dengan kain maslin dan rehatkan doh selama 10 atau 15 minit
8. Canai doh pastri setebal 2-3 mm sebelum diterap
9. Terap dengan penerap pastri
10. Alas petitin/acuan tartlet dengan pastri. Cucuk bahagian pastri dengan garpu
11. Bakar pastri pada suhu 150 darjah celcius atau gas regulo no. 2 selama 15-20 minit sehingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan pastri atas redai
12. Menyediakan kastard
a) Kacau bahan B hingga sebati dalam mangkuk adunan
b) Panaskan bahan A, kemudian curahkan ke bahan B. Kacau rata
c) Masukkan bancuhan dalam periuk. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga pekat

Menghias
Cara menghias Tartlet Buah-buahan
a) Tuang kastard dalam pastri
b) Susun buah-buahan yang sudah dipotong di atas kastard
c) Glis permukaan Tartlet Buah-buahan dengan bahan glis


selamat mencuba! :)

Resepi ( Gadis Mulia )

Gadis Mulia

Bahan :
Pastri Rapuh
100 gm tepung gandum
50 gm lemak
2-4 camb air ais
1/4 camt garam halus

Inti
Adunan kek
50 gm tepung gandum
50 gm lemak
50 gm gula halus
1/2 camt serbuk penaik
1/2 camt esen vanilla
1 biji telur
2 camb jem strawberi/rasberi


Menyedia dan memasak
1. Timbang tepung dan lemak
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk adunan
3.Masukkan lemak ke dalam tepung. Potong lemak kepada ketulan kecil dalam tepung menggunakan pisau pelepa
4. Gaul ramas tepung dan lemak menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti
5. Buat lubang di tengah tepung, masukkan air ais. Gunakan pisau pelepa untuk menyatukan adunan. Gunakan hujung jari untuk menjadikan doh
6. Tutup mangkuk adunan dengan kain maslin. Rehatkan doh selama 10 atau 15 minit
7. Canai doh pastri setebal 2-3 mm
8. Terap doh dengan penerap pastri. Masukkan pastri yang sudah diterap ke dalam petitin
9. Menyedia adunan kek
a) Ayak tepung bersama serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan
b) Putar gula halus dengan marjerin/mentega sehingga kembang dan putih. Masukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanilla sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati
c) Kaup dan balikkan tepung dengan menggunakan sudu logam hingga sebati
10. Menyediakan gadis mulia
a) Masukkan 1/2 camt jem ke dalam pastri. Letakkan 1 camb adunan kek ke atas jem tersebut. Hias dengan jalur pastri di atas adunan kek
b) Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah celcius atau gas regulo no.6 selama 10-15 minit hingga berwarna kuning keemasan


selamat mencuba! :)

25 April 2010

hey dude :P

Salam. Hell-oo :)


whoah, lama kut tak update blog kesayangan ni. okay okay act tuan blog ni tak berapa sihat. sekarang ni pun tengah demam. amat lah tak selesa bila hidung ni tersumbat. haishhh -,- hmm.. hari ni aku nak cerita pasal amali hari tu. buat amali hari isnin lepas. tapi baru sekarang nak story story dekat korang. hehee. serious amali yang lepas agak best lah bagi aku. kitorang buat kuih gadis mulia dengan tartlet buah-buahan. kuih gadis mulia tu agak mendapat sambutan yang agak top gitu. hikhik. tartlet buah-buahan pun sama jugak. tapi cikgu-cikgu dekat sekolah tu lebih suka dengan kuih gadis mulia tu. kedua-dua masakan ni adalah sejenis pastri. so let's have some photos :D * tak banyak mana pun. dua je. kuikuikui.


Tartlet Buah-buahan



Gadis Mulia


mula-mula tu aku memang macam tak sangka lah sebab aku yang hasilkan dua masakan ni. ehh sebelum tu. bukan aku sorang je. ada lagi sorang partner aku ni. nama dia Ekin. kitorang lah yang menghasilkan kedua-dua pastri ni :) aku tak berapa suka sangat dengan tartlet buah-buahan tu. sebab dia punya kastard yang dekat atas tu rasa macam banyak susu. aku ni jenis yang tak suka minum susu. hikhik * gelak comel. yang gadis mulia tu serious memang favourite aku. dekat dalam kuih tu ada jem strawberi. peh! kalau dah gigit tu memang nikmat lah. hahaa. pada siapa-siapa yang nak try buat dua dua pastri ni aku akan bagi dia punya resepi. tapi bukan dekat entry ni lah. di entry yang akan datang (^_~) tunggu yaaa.

17 April 2010

for a long time ago

Hell-oo..


huii lama kut aku tak update blog ni. dah bersawang-sawang dah blog kesayangan aku ni HAHAA. actually tak ada apa yang nak aku storykan dekat sini. tadi ada sukan sekolah dekat stadium UPM. pergi stadium dengan my dear. gerak dalam pukul 7 lebih macam tu lah. aku nak pergi stadium pun sebab nak tengok kawad je. hmm agak geram jugaklah dengan kawad KRS. why begitu teruk sekali. GERAM lah nehh (TT_TT) hahaa. lagi-lagi time hormat tu. apehal lah slow sangat. haduishh HANCUR kut. hm nevermind lah kan. diorang dah buat yang sehabis baik. apa-apa pun congrate lah pada semua ahli KRS ek. korang dah cuba buat yang terbaik :) chaiyok chaiyok untuk KRS pada masa akan datang. hee :)


tadi pergi pc fair dengan ayah. dekat KLCC je. tapi bapak ar ramai gila. tak bernafas aku duduk di tengah-tengah lautan manusia tu. ayah aku pun terus tak jadi nak beli barang yang dia nak. last-last kitorang pergi low yat je. hah baru aman sikit hoho. lepastu pergi makan dekat burger king. heh kenyang yang amat. sampai sekarang kenyang lagi nehh. kuikuikui


wehhh, KRS dapat number berapa tadi. siapa siapa inform lah dekat aku. heishh -,-

14 April 2010

No Title




BUSY -,- SORRY READERS.

05 April 2010

dugaan lagi



salam. hello.


lama dah tak update blog ni. tak ada cerita menarik yang boleh di kongsi dekat sini. dalam beberapa hari ni hidup aku memang di duga dengan dugaan yang amat hebat sekali. sehinggakan aku sendiri pun tak mampu nak hadapinya. tapi nak tak nak aku kena teuskan hidup yang amat sukar bagi aku ni. redha lah dina dengan apa yang telah dikurniakan untuk kau. mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Allah duga kau macam ni. mungkin dia ingin memberikan petunjuk pada kau walaupun kau masih lagi belum menjumpai petunjuk itu. sabar lah wahai addina -,-


seperti yang korang sedia maklum, entry aku yang terakhir ada bercerita tetang dimana purse aku telah hilang entah ke mana. lenyap dari pandangan mata sehingga aku sendiri tidak tahu dimana ia berada. adakah korang masih ingat pada entry itu? pada yang masih ingat tu tahniah diucapkan pada diri anda. pada yang belum lagi silalah berusaha lagi ya. okay okay, so hari ni aku nak cerita lagi pasal purse tu. okay lah aku pendekkan cerita je. rasa malas dah mula menular dalam diri ini untuk menaip dengan lebih panjang lagi.


yang sebenar-benarnya aku dah dapat semula purse aku tu. terima kasih lah pada siapa-siapa yang telah terjumpa dan memulangkannya semula pada aku. aku sendiri tak tahu siapa yang jumpa purse tu. tahu-tahu je tadi waktu katering ada seorang member aku ni dia terus bagi purse tu lepas dia tanya yang purse tu milik aku ke tak. hanya Allah je yang tahu perasaan aku waktu tu. ada jugak terselit rasa gembira. tapi pada waktu yang sama rasa sedih jugak hadir tiba. mana taknya kad pengenalan dan kad SSPN aku lenyap semuanya. hancur sungguh hati aku waktu tu.


jika benarlah ada diantara siapa-siapa yang ambil kad pengenalan dan kad SSPN aku tu, apalah yang hendak mereka buat. tak ada kepentingan pun dua-dua kad tu untuk mereka ambil. tetapi di dalam hal ni aku tak ada lah nak tuduh siapa-siapa. aku merayu sangat, pulangkan semula dua-dua kad tu kalau boleh. tak ada makna pun kalau korang pulangkan purse tapi dua-dua kad yang penting tu tak ada. serupa je macam korang tak pulangkan. jika hati korang betul-betul keras untuk pulangkan tak mengapa. aku tak paksa. tapi korang menantilah apa balasan Allah pada korang jika benar ada diantara mereka yang ambil. aku akan sentiasa berdoa pada Allah S.W.T. dan aku akan cuba menjadi seorang yang tabah. insya-Allah.