24 October 2010

Aku kena TABAH

Salam. Selamat malam wahai pembaca-pembaca sekalian.


Entry ini mungkin agak emo. Pada siapa-siapa yang tak berminat jangan teruskan pembacaan anda. Harap maklum. Okay, kita teruskan dengan entry yang aku nak post ni. Sebenarnya malam yang agak dingin sikit ni aku rasa agak sedih. Entah kenapa aku pun tak berapa pasti. Rasa macam ada something yang berlegar-legar di kotak minda aku ni. Aku berasa ragu-ragu dengan satu benda dan aku takut sangat kalau benda tu tak menjadi kenyataan. Tapi aku dah set pada diri aku ni walaupun ia tak menjadi kenyataan aku harus redha dengan ketentuanNya pada aku.


Terlalu mencabarkan hidup ni. Tapi mungkin disebabkan cabaran itulah aku mampu meraih kekuatan sehingga tahap ni. Entah kenapa aku rasakan yang diri aku ni semacam lain. Mungkin pada pandangan orang lain semuanya macam biasa je. Tapi tidak pada aku. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah mengambil serius dalam sesuatu perkara sekarang. Kadang-kadang benda tu hanya gurauan pun aku ambil serius. Semua tu mungkin akan menyusahkan semua pihak. Aku rasa semua ni adalah kesan dari kegelapan hidup aku sekarang.


Untuk awak, sebenarnya setiap kata-kata yang saya ungkapkan saya teringin sangat semua tu jadi kenyataan. Dengan jujur saya katakan disini saya ni adalah jenis yang agak payah untuk menunjukkan kasih sayang. Jadi saya mintak maaf kalau selama ni saya selalu buat tak tahu je. Tapi kini saya tak tahu kenapa saya mudah ungkapkan kata rindu dan sayang pada awak. Saya seolah-olah baru menyedari kehadiran awak dalam hidup saya, dan saya hargai sangat-sangat kehadiran awak tu. Kini baru saya sedar tanpa awak hidup saya kesunyian. Tapi kenapa sekarang saya merasakan awak makin jauh dari saya. Terasa seolah-olah saya bakal kehilangan awak. Saya harap semua tu tak akan terjadi. Insya-Allah


Buat keluarga aku pulak, aku harap kebahagiaan yang jarang tiba ini akan terus menemani kami sekeluarga sampai bila-bila. Walaupun kebahagiaan ini tidaklah kekal selamanya. Ada masanya dia tiba dan ada masanya dia pergi. Aku berharap agar Allah akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan ini buat selamanya. Amin. Pada rakan-rakan pulak aku mintak maaf kalau aku mudah terasa dan ambil hati sekarang ni. Mungkin disebabkan masalah ni hati aku menjadi lebih sensitif. Tapi walau apa pun, aku akan cuba menjadi seperti biasa bila di depan kau orang semua. Insya-Allah.


Kau berikanlah aku kekuatan yang lebih banyak lagi ya Allah, agar aku dapat meneruskan semua ini hingga ke penghujungnya. Amin. Aku kena TABAH untuk menghadapi semua ni. So till here readers. Assalammualaikum.


Toodles~

Hari ini sangat BOSAN

YEAH !

Kenapa bosan sangat-sangat hari ni. Tak ada benda yang menarik boleh dibuat. Grr -.-"

23 October 2010

Ehh dapat award la

Heyy readers. Selamat malam.


So ini adalah entry yang kedua aku update untuk hari ni. Tiba-tiba rajin pulak. AHAHA :P Okay okay, actually aku update ni untuk mengambil award yang aku dah dapat. Tu pasal semangat nak update blog. Rajin bersebab tu, HAHAHA. Thanks a lot to Syafiqah sebab bagi award ni ❤

Okay, then kena jawab soalan ni pulak.

Anda rsee blogg anda kacakk x ?
Hm, KACAK kut. HAHA * Pada pandangan aku la. Ngee~

------------------------------------
Tlg bgi award niy jugk kat 3 org kwn awk yg awk rse blog dyorg cantekk .. bole ?
Err nak bagi dekat siapa ye? Siapa yang rasa blog dia cantik ambil la.

------------------------------------
Ucapan anda ?
Alahai. Nak kena bagi ucapan jugak ke? Tak payah la ea. Bukan ada orang nak baca pun.



Thanks again yeah! :D

Why so hard ?

Heyy readers. Selamat petang.


Yeah! lama dah aku tak update blog aku ni. Apa yang kau orang mampu lihat hanyalah perubahan wajah je yang berubah. Tapi entry baru masih tak baru-baru lagi. HAHAHA~ Aku kehabisan idea buat masa ni. Mungkin disebabkan masalah yang menjadi penghuni setia di kepala aku ni yang membuatkan semua idea aku hilang untuk dicoret pada blog. Entah bila semua masalah ni nak berlalu pergi. Sungguh aku PENAT -.-"

Okay, bercerita tentang perubahan wajah blog aku ni pulak. Hm black and white. Mungkin ni je kut background yang mampu membuat hati aku tertarik buat masa ni. Memang sesuai sangat dengan kehidupan aku sekarang. Semuanya hitam dan tiada langsung ruang untuk cahaya memasukinya. Tapi aku akan cuba cari jugak ruang tersebut untuk membenarkan cahaya yang setia menanti aku pada masa akan datang. Aku harap semua akan baik-baik je. Amin.

Cerita tentang final exam pulak. Hm semua paper not bad la. Tak ada la senang sangat. Biasa la soalan ikut standard SPM. Lagipun bukan cikgu-cikgu yang buat soalan. Semua PPD yang buat. Sebab tu agak mencabar soalan-soalan yang diberi. So far aku telah pun melepasi paper BM kertas 1/2, BI kertas 1/2, Math kertas 1/2, Sejarah kertas 1/2, dan Pendidikan Islam kertas 1/2. Semua kertas agak mencabar buat aku. Hari isnin ni pulak tak ada paper. So boleh la relax-relaxkan minda sikit.

Aku harap hidup aku akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Amin. So till here. GOODBYE readers.


Toodles~

21 October 2010

Tolong, tolong. HAHA

Heyy, kawan-kawan.


Sila bagi saya idea nak update apa dekat blog kesayangan saya ni. Idea dah semakin hilang dalam kotak minda saya yang comel lote ni. HAHA * perasan sungguh ini budak :P Okay okay, sebenarnya saya nak memohon maaf disebabkan dah lama tak update blog comel saya ni, EWW. Huahuahua. Saya busy sangat-sangat buat beberapa minggu ni. Al-maklum la tengah exam la katakan. Final exam pulak tu. So saya ingin memohon maaf jugak pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Saya tak boleh nak balas mesej kau orang buat masa ni. Insya-Allah jika berkesempatan saya balas ye. So till here readers. Daaa ❤ [Peace!]



Toodles~

15 October 2010

Dom dom dom

Tak ada idea nak update buat masa ni. Sorry -,-
Lagipun next week dah nak periksa akhir tahun.
Wish me luck!

10 October 2010

Meh sini la weyy

Heyyy !


Actually idea dekat dalam kepala otak aku ni adalah 0%. Tapi aku still nak update jugak * gedik. HAHA~ Sebab aku tak nak ketinggalan untuk update pada tarikh yang agak molek ni. Iaitu 10/10/10. Awww! Sangat menawankan tarikh tu. Hoho. Nasib baik la aku baru 16 tahun. Kalau sekarang umur aku dah 25 tahun confirm aku dah buat tarikh kahwin aku hari ni. Agaga * menyimpang pulak dia xP. Dah sangap sangat nak kahwin. Cettt! Huahuahua.

Hari ni tak ada benda yang menarik pun. Aku just duduk terperap dekat rumah tanpa melakukan apa-apa yang berfaedah. Dah la final exam semakin hampir. Tapi aku ni masih tak sedar-sedar lagi. Bukannya nak study ke apa ke. HUHU~ Bila fikirkan balik pasal final exam tu aku rasa macam nak pergi tadika balik je. Aku nak belajar semua balik. Serious aku menyesal tak belajar betul-betul dulu. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Huu~ -,-

Kalau boleh aku nak jugak dapat keputusan yang agak membanggakan. Tapi aku rasa semua tu macam mimpi jelah. Mimpi yang tak akan menjadi kenyataan. Haihh, parah sungguh rasanya. Aku harap aku dapat buat yang terbaik dalam final exam yang bakal tiba tak lama lagi. Aminn! Anyway, wish me luck ya readers ❤ So till here. Daaa.


Toodles~

09 October 2010

Haa, baru okay

Okay, finally dashboard dah kembali seperti sedia kala. Baru la tak serabut aku tengok. Kalau tak buat pening kepala je. Haiyoo~ =="


Hari ni aku post pasal ni jelah. Tak ada idea pulak aku nak menaip dekat kotak putih ni. Heh. If idea dah datang menyerang aku. Aku update la nanti. So till here kay. Daaa :b


Toodles~

08 October 2010

Kan betul

Aku dah agak dah semua ni mesti akan jadi. Kan betul aku kata yang rasa happy aku tu takkan kekal lama. Ia hanya dapat bertahan selama 2 hari je. HAHA~ Kelakar betulkan. Hmm -,-


Be strong Dina !

Ehh, kenapa ni ?

Kenapa dashboard blog aku macam ni eyh? Apa masalahnya. Gambar dah la besar-besar gedabak semuanya. Lepas tu yang dekat blog yang aku follow pulak dah tak ada scroll box macam sebelum ni. Serabut gila ohh. Pening kepala tengok =="

Asal macam ni ? -,-

07 October 2010

Sendi-sendi aku rasa nak tercabut. HAHA

Salam. Heyy readers :D


Hari ni sama jugak macam semalam. Sangat-sangat penat tapi dalam rasa penat tu terselit rasa happy, best dan seronok. Untuk kali ni aku pun tak berapa pasti semua perasaan ni akan dapat bertahan berapa lama. Tapi kebiasaanya tak lama mana pun. Kita tunggu dan lihat jelah. HUHU~ Tadi pergi hangout dengan kawan-kawan dekat mines. Seperti yang telah diberitahu pada entry dua hari lepas yang aku nak pergi celebrate birthday member aku yang sorang ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar =)


Antara aktiviti yang dibuat dekat mines tadi adalah makan-makan, sesi memotong kek, main boling, jalan-jalan pusing satu mines, dan berkaraoke. Yang bab karaoke tu tak semua la yang join. Hanya empat orang je. Orang-orang tersebut adalah aku dan tiga orang lagi rakan-rakan seperjuangan ku *cehh, ayat tak boleh blah sungguh. HAHA~ xD Time main boling tadi pulak ada satu peristiwa yang mungkin tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku tergelincir time baling bola boling tu. Okay, sangat malu ye time tu anak-anak. Kahkahkah.

Kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing dalam pukul 5 lebih. So, aku pun tunggu la my dear yang ambil. Hee~ Hari ini adalah hari yang sangat-sangat superb buat aku ♥

Ni je gambar yang sempat diambil tadi :)
( Click gambar untuk lihat lebih jelas )

Jalan jalan

Salam. Heyy readers [peace!]
Entry dipost pada pukul 12.42 a.m.


Hari ni penat sangat-sangat. Tapi dalam penat-penat tu jugak terselit rasa happy dan best. Perasaan happy tu aku tahu takkan kekal lama. Sementara je tu -,- Aku dah masak sangat dah dengan semua ni. Haishh~ Okay okay, lupakan pasal tu. Aku malas nak rosakkan mood aku yang agak boleh dikatakan okay ni. Semuanya bermula seperti ini ye anak-anak :P


Dalam pukul 2.40 p.m tadi ada member aku ni mesej. Dia ajak teman dia pergi beli tiket wayang. Katanya malam nanti nak pergi tengok wayang dengan family. So aku pun try la memintak izin ibu untuk pergi temankan member aku tu. So, bila ibu dah bagi green light aku pun terus la bersiap-siap. Dalam pukul 3 lebih macam tu la aku terus gerak ke rumah member aku tersebut. Sebab mak dia yang hantar kita orang untuk pergi beli tiket tu.

Masa dalam perjalanan tersebut. Tiba-tiba mak dia offer aku join dia orang pergi tengok wayang pada malamnya nanti. Mula-mula tu aku agak keberatan jugak. Tapi mak dia beriya-iya sungguh mengajak aku. Jadi aku mengambil kata putus untuk fikir dulu. Setelah sampainya di destinasi yang ingin dituju kita orang terus bergerak ke cinema dulu. Time tu hati aku berbelah bagi nak join ke tak. Last-last aku call ibu untuk mintak izin yang aku nak join dia orang.


First time call ibu tak angkat. Second call tak angkat jugak. So, kita orang buat keputusan untuk pergi maxis center dulu. Member aku ni nak betulkan problem sim card dia. Jadi dengan kesempatan yang ada tu aku pun memikirkan yang aku nak join dia orang tengok wayang atau tak. Tiba-tiba handphone aku berdering. Terkeluar la lagu Love the way you lie yang dinyanyikan oleh Rihanna. Aku pun jawab la panggilan tersebut. Lepastu aku bagi phone dekat member aku untuk menyampaikan hajat yang sebenarnya.

Dalam fikiran aku time tu macam-macam ada la. Yang paling aku risau time tu takut kena marah dengan ibu. PEH! Rasa macam nak tercabut jantung aku time tu. Berdegup dengan kencangnya. Tengok-tengok ibu bagi jugak untuk join dia orang. Time tu aku terus tak terkata. Memang tak sangka yang ibu akan bagi. Lepas dah beli tiket apa semua kita orang pun terus membuat keputusan untuk balik. Serious time on the way nak balik tu aku risau gila kalau ibu marah ke apa ke. Tapi bila sampai-sampai je rumah aku tengok ibu okay je. Lega gila hati aku time tu. Fuhhh~


So malam tu aku gerak ke rumah member aku dalam pukul 8.16 p.m kalau tak silap. Lepastu baru la gerak ke destinasi yang ingin dituju oleh kami semua. So far keluar tadi agak menyeronokkan jugak. Tak pernah aku ada pengalaman macam ni. Keluar dengan family member aku. First time kut. So tadi adalah satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Hee~ :D Thanks to Syira's family because treat me watching a movie tonight. Ohh by the way, tadi kita orang tengok cerita Magika. Yeahh, agak amazing jugak cerita ni. Pada pandangan aku la. Kalau kau orang nak tahu amazing ke tak tengok la sendiri erk. Ngee~

Okay, I want to stop till here. Very tired lol =,=

05 October 2010

HAAAH

Okay, disebabkan aku agak bosan sekarang ni. So aku pun membuat keputusan untuk update blog kesayangan aku ni jugak. Aku pun dah naik muak asyik tengok entry yang sama je. Timbul jugak rasa jealous kat blogger lain sebab banyak betul idea dia orang semua untuk update blog. Ish ish ish ==" Hm, dalam minggu ni aku agak BUSY walaupun kelas aku dicutikan sebab budak form 3 PMR. Tapi kita orang tetap kena sekolah sebab ada kelas tambahan.


Tadi ada kelas tambahan untuk subjek sejarah. Semalam pulak sebab ada amali untuk subjek katering. Esok pulak patutnya ada kelas tambahan sejarah lagi. Tapi dibatalkan. Sebab apa aku pun tak tahu la. At least esok dapat la jugak berehat-rehat kat rumah. Homework yang cikgu bagi sikit pun aku tak usik lagi. Mana taknya asyik pergi open house je. Sampai homework pun tak sempat nak buat. Haiyoo -,- Yang paling risau sekarang ni homework untuk subjek BI. Nak kena buat essay.


Khamis ni pulak berkemungkinan nak keluar dengan kawan-kawan. Sebab ada sorang member aku ni nak pergi celebrate birthday dia. Kang tak pergi takut dia kecik hati pulak. Lagipun ibu dah bagi green light untuk join dia orang. So, pergi jelah. Jarang dapat keluar ramai-ramai dengan member kelas ni. Dah ada kesempatan tu grab jelah kan. Okay okay, aku rasa aku nak stop sampai sini je. Dah kehabisan idea ni. Byebyee readers and thanks for reading ❤