23 January 2010

Huaahhh!

Salam. Hello.



Lama aku tak update blog ni kan? Bukan apa sejak akhir-akhir ni banyak homework yang perlu dibuat. Plus ada masalah yang datang melanda diri ini * Ayat skema. So aku tak ada mood untuk post entry baru. Hm tak ada apa yang menarik pun berlaku sejak akhir-akhir ni. Yang berlaku pun semua yang agak menyakitkan hati. Tapi malas lah nak cerita pasal tu. Buat sesak otak je yang memang dah sedia sesak ni =="


So aku nak cerita tentang hari ni. Hari ni ada sesi persekolahan. Untuk mengantikan tahun baru cina kut? Tak pasti lah x_x Nevermind lah. So pergi sekolah macam biasa lah kan. Serious hari ni macam agak stress sikit dekat sekolah. Sebab ketua kelas aku dah pindah teknik. So boleh dikatakan semua benda aku kena buat. Termasuk lah pergi ambil buku kedatangan kedua, tulis buku kedatangan kedua dan hantar buku tu. Kalau korang tengok benda ni macam tak susah je. Tapi pada aku tugas ni agak berat sebab aku kena lakukan semua ni sendiri.


Semalam guru kelas aku ada cakap untuk lantik ketua baru hari ni. Tapi tak ada pun. Terpaksa lah aku buat semua ni sorang-sorang. Penat gila lah. Dah lah kelas aku tu agak tak berapa boleh nak duduk diam. Nak tengok siapa datang atau tak datang pun susah, haihhh -,- Stress je. Benda tu pulak bukan tak boleh tak buat. Nanti susah cikgu nak tulis if ada siapa-siapa yang ponteng. Lepastu nak kena jumpa guru kelas pulak untuk bagitahu kedatangan. Sabar jelah, hope next week dah ada ketua baru. Tak ada lah aku buat tugas ni sorang-sorang. Mana larat weyy.


Okay okay, kita lupakan pasal tu. Cerita pasal topic lain pulak. tadi dalam pukul 4 lebih kalau tak silap lah aku, ayah, and adik-adik aku pergi mines. Ayah aku nak beli barang sikit untuk presentation hari isnin ni. Kalau tak silap ayah aku nak beli modem * Tak tahu lah betul ke tak ejaan benda alah ni. Ibu aku tak nak ikut sebab dia kata dia tak larat. Ye lah ibu aku kan tengah sarat pregnant sekarang. Bulan depan dah nak bersalin dah pun. Tapi tak tahu lah bila tarikhnya. Tak pernah tanya pulak HEHE. Nevermind lah kan.


So time dekat mines tu tak ada apa-apa yang menarik pun. Just jalan-jalan satu mines tu. Ada lah jugak singgah-singgah kedai kejap. Tu pun kedai alat-alat computer. Kan ayah aku nak beli modem. Lepas dah beli modem jalan-jalan lah kejap. Then singgah dekat kedai handphone. Ayah aku dia cadang nak beli handphone baru. Sebab phone dia sekarang agak dah uzur HAHA. * Kejam kejam. Bila call suara dia tak berapa dengar. Sometimes tu macam tersekat-sekat. Haihh, menguji kesabaran betul -___- Tapi ayah aku tak beli pun. Maybe dia nak fikir dulu.


Lepas dah tengok handphone tu sambung lah balik jalan-jalan. Then ayah cakap nak pergi bank. So gerak lah pergi bank yang ada dekat dalam mines tu. Kebetulan bank tu pulak berdepan dengan satu kedai haiwan ni. So pergilah tengok-tengok kedai tu. Antara haiwan yang ada dekat kedai tu ialah hamster, arnab, tupai yang boleh terbang tu and ada lagi lah. Tak tahu apa lagi nama-nama haiwan tu HEHE. Lepas ayah dah pergi bank kitorang decide nak pergi makan pulak.


Serious time tu aku dah lapar gila-gila dah. Ye lah time dekat sekolah aku memang tak makan. Lepastu dekat rumah tak makan jugak. Tu yang lapar gila tu. Kepala pun dah pening-pening dah time tu. Perut ni pulak tah berapa kali dah dia buat lagu hip-hop HAHA. So fikir lah nak makan dekat mana and finally kitorang makan dekat.. Hm apa tah nama restaurant ni. Tak ingat lah pulak HEHE. So makan-makan lah sampai kenyang. Serious perut dah gila full dah. Sampai senak-senak dibuatnya.


Then lepas makan jalan-jalan kejap. Pusing-pusing satu mines tu and finally kitorang buat keputusan untuk balik. So time dah nak sampai rumah tu tiba-tiba ayah aku tanya nak beli kek tak. Aku apa lagi cakap lah nak kan. Peluang dah ada depan mata beb. So grab jelah HEHE. Ayah pun drive lah pergi baker's cottage. Dah sampai baker's cottage just ayah and aku je yang masuk. Adik-adik semua duduk dalam kereta. Diorang dah kepenatan. Sampai tertidur-tidur HEHE. Kesian *buat suara upin dan ipin.


Bila dah dekat dalam baker's cottage tu aku and ayah aku dah tak tahu nak beli kek apa HAHAA. Memang rambang mata lah dibuatnya. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. So fikir punya fikir kitorang pun pilih lah kek yang berkenan di hati * Act tak ingat apa nama kek tu kih kih kih. So terus lah pergi bayar kan. Then baru lah kitorang pulang ke rumah. Time tu aku memang tak terasa gila nak makan kek. Sebab perut aku still kenyang time tu hehehe.

=D =D =D

Ohh ye dikesempatan yang ada ni aku nak mohon maaf pada semua yang bagi message dekat shoutmix. Aku tak balas pun message korang. Pada siapa-siapa yang dah follow tu thanks sangat-sangat yeh. Insya-Allah nanti aku akan follow balik. Maaf jugak pada siapa-siapa yang aku tak reply message dia dekat shoutmix tu. Rasa malas telah menghasut diri ini HAHAA. Ada sesetengah je yang aku balas. So mintak maaf sekali lagi yeh.

No comments: