31 January 2010

hangout

Salam. Hello.



lately ni jarang cerita pasal aku kan? ye lah asyik buat tutorial je hehe. but it's okay. sharing is caring right? :) lagipun sejak akhir akhir ni macam kurang idea nak menaip. okay okay lupakan pasal tu. hari ni aku pergi hangout dekat alamanda. tapi bukan hangout dengan kawan kawan lah. aku hangout dengan siblings aku. whoah! first time okay heeee. excited gila lah. tiba tiba pulak ibu rajin nak hantar kitorang pergi alamanda. so dah dapat green light tu pergi jelah. bukan senang nak dapat peluang macam ni.


tapi yang tak bestnya aku hangout dalam keadaan yang tak berapa sihat -___- aku demam lah. hari jumaat hari tu pun aku tak pergi sekolah. tak larat doh. rasa berat je kepala ni. tambah lagi dengan rasa tak selesa hidung dengan tekak aku ni haihhh. sabar jelah dina. okay okay sambung balik cerita. kitorang plan nak gerak pergi alamanda pukul 11. tapi pukul 11 tu semua baru nak mandi HAHAA. so akhirnya gerak pukul 12 jugak. so pukul 12 tu gerak lah pergi alamanda. act tak berapa nak masyuk sekarang ni. tapi ibu dengan baik hatinya bagi kitorang rm 50 seorang. wahh! sayangggg ibu :D


lepas ibu dah hantar kitorang ibu pun balik lah kan. serious macam tak percaya gila kitorang bertiga je tadi. without ibu and ayah. first time seh hehe. so little bit batak sikit lah. hahaha. okay okay, masa dah masuk je alamanda terus lah fikir nak pergi mana. so kitorang decide nak pergi MPH Bookstore. apa lagi nak pergi borong komik lah hehe. so tadi kitorang beli 6 komik. agak tak berapa nak puas hati lah. rasa macam nak beli lagi je huhu. nevermind lah kan. lepas dah beli komik kitorang pun decide nak pergi beli pencil case untuk ain. so dah jumpa pencil case tu terus lah beli kan.


then kitorang decide nak pergi makan pulak. mula mula ingat nak makan dekat KFC. tapi ramai gila nak mati. tak ada tempat kosong pun. semua full and finally kitorang decide makan dekat RASA je. perut ni dah mintak nasi dah. dia tak nak makan western food hehehe. so dah sampai dekat RASA tu terus lah cari port. dah jumpa port nak makan kitorang pun letaklah barang barang yang kitorang beli tadi. then baru lah pergi beli nasi. peh! serious sedap gila lauk yang orang tu masak. harga pun agak berpatutan :) ceh, sempat promote lagi kihkih. kitorang ada order waffle jugak. coklat pulak tu and ada marshmallow. serious tak sabar gila nak makan. hehe.


then lepas dah makan makan kitorang berjalan jalan kejap. then cari tempat untuk capture and baca komik. time tu memang dah tak ada hala tuju dah. jalan punya jalan sampai lah nak dekat pukul 3. so disebabkan dah tak tahu nak buat apa aku pun call lah ibu suruh ambil kitorang. then ibu suruh tunggu and ibu pesan beli rotiboy. so terus lah gerak pergi kedai rotiboy. time dekat kedai rotiboy ni macam bodoh bodoh sikit. sempat bergaduh dengan adik aku sekejap. sebab aku tak tahu nak cakap macam mana untuk beli rotiboy tu. last last aku main redah je cakap. haha. dapat jugak beli rotiboy tu. so tunggu ayah dekat kedai rotiboy tu. lepastu ibu call bagitahu ayah dah nak sampai. kitorang pun tunggu lah dekat luar. bila ayah dah sampai terus lah masuk kereta dan balik ke rumah. tersangat lah penat hari ni. tapi penat penat pun best jugak HEHE :D

No comments: