07 October 2010

Sendi-sendi aku rasa nak tercabut. HAHA

Salam. Heyy readers :D


Hari ni sama jugak macam semalam. Sangat-sangat penat tapi dalam rasa penat tu terselit rasa happy, best dan seronok. Untuk kali ni aku pun tak berapa pasti semua perasaan ni akan dapat bertahan berapa lama. Tapi kebiasaanya tak lama mana pun. Kita tunggu dan lihat jelah. HUHU~ Tadi pergi hangout dengan kawan-kawan dekat mines. Seperti yang telah diberitahu pada entry dua hari lepas yang aku nak pergi celebrate birthday member aku yang sorang ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar =)


Antara aktiviti yang dibuat dekat mines tadi adalah makan-makan, sesi memotong kek, main boling, jalan-jalan pusing satu mines, dan berkaraoke. Yang bab karaoke tu tak semua la yang join. Hanya empat orang je. Orang-orang tersebut adalah aku dan tiga orang lagi rakan-rakan seperjuangan ku *cehh, ayat tak boleh blah sungguh. HAHA~ xD Time main boling tadi pulak ada satu peristiwa yang mungkin tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku tergelincir time baling bola boling tu. Okay, sangat malu ye time tu anak-anak. Kahkahkah.

Kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing dalam pukul 5 lebih. So, aku pun tunggu la my dear yang ambil. Hee~ Hari ini adalah hari yang sangat-sangat superb buat aku ♥

Ni je gambar yang sempat diambil tadi :)
( Click gambar untuk lihat lebih jelas )

Jalan jalan

Salam. Heyy readers [peace!]
Entry dipost pada pukul 12.42 a.m.


Hari ni penat sangat-sangat. Tapi dalam penat-penat tu jugak terselit rasa happy dan best. Perasaan happy tu aku tahu takkan kekal lama. Sementara je tu -,- Aku dah masak sangat dah dengan semua ni. Haishh~ Okay okay, lupakan pasal tu. Aku malas nak rosakkan mood aku yang agak boleh dikatakan okay ni. Semuanya bermula seperti ini ye anak-anak :P


Dalam pukul 2.40 p.m tadi ada member aku ni mesej. Dia ajak teman dia pergi beli tiket wayang. Katanya malam nanti nak pergi tengok wayang dengan family. So aku pun try la memintak izin ibu untuk pergi temankan member aku tu. So, bila ibu dah bagi green light aku pun terus la bersiap-siap. Dalam pukul 3 lebih macam tu la aku terus gerak ke rumah member aku tersebut. Sebab mak dia yang hantar kita orang untuk pergi beli tiket tu.

Masa dalam perjalanan tersebut. Tiba-tiba mak dia offer aku join dia orang pergi tengok wayang pada malamnya nanti. Mula-mula tu aku agak keberatan jugak. Tapi mak dia beriya-iya sungguh mengajak aku. Jadi aku mengambil kata putus untuk fikir dulu. Setelah sampainya di destinasi yang ingin dituju kita orang terus bergerak ke cinema dulu. Time tu hati aku berbelah bagi nak join ke tak. Last-last aku call ibu untuk mintak izin yang aku nak join dia orang.


First time call ibu tak angkat. Second call tak angkat jugak. So, kita orang buat keputusan untuk pergi maxis center dulu. Member aku ni nak betulkan problem sim card dia. Jadi dengan kesempatan yang ada tu aku pun memikirkan yang aku nak join dia orang tengok wayang atau tak. Tiba-tiba handphone aku berdering. Terkeluar la lagu Love the way you lie yang dinyanyikan oleh Rihanna. Aku pun jawab la panggilan tersebut. Lepastu aku bagi phone dekat member aku untuk menyampaikan hajat yang sebenarnya.

Dalam fikiran aku time tu macam-macam ada la. Yang paling aku risau time tu takut kena marah dengan ibu. PEH! Rasa macam nak tercabut jantung aku time tu. Berdegup dengan kencangnya. Tengok-tengok ibu bagi jugak untuk join dia orang. Time tu aku terus tak terkata. Memang tak sangka yang ibu akan bagi. Lepas dah beli tiket apa semua kita orang pun terus membuat keputusan untuk balik. Serious time on the way nak balik tu aku risau gila kalau ibu marah ke apa ke. Tapi bila sampai-sampai je rumah aku tengok ibu okay je. Lega gila hati aku time tu. Fuhhh~


So malam tu aku gerak ke rumah member aku dalam pukul 8.16 p.m kalau tak silap. Lepastu baru la gerak ke destinasi yang ingin dituju oleh kami semua. So far keluar tadi agak menyeronokkan jugak. Tak pernah aku ada pengalaman macam ni. Keluar dengan family member aku. First time kut. So tadi adalah satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Hee~ :D Thanks to Syira's family because treat me watching a movie tonight. Ohh by the way, tadi kita orang tengok cerita Magika. Yeahh, agak amazing jugak cerita ni. Pada pandangan aku la. Kalau kau orang nak tahu amazing ke tak tengok la sendiri erk. Ngee~

Okay, I want to stop till here. Very tired lol =,=

05 October 2010

HAAAH

Okay, disebabkan aku agak bosan sekarang ni. So aku pun membuat keputusan untuk update blog kesayangan aku ni jugak. Aku pun dah naik muak asyik tengok entry yang sama je. Timbul jugak rasa jealous kat blogger lain sebab banyak betul idea dia orang semua untuk update blog. Ish ish ish ==" Hm, dalam minggu ni aku agak BUSY walaupun kelas aku dicutikan sebab budak form 3 PMR. Tapi kita orang tetap kena sekolah sebab ada kelas tambahan.


Tadi ada kelas tambahan untuk subjek sejarah. Semalam pulak sebab ada amali untuk subjek katering. Esok pulak patutnya ada kelas tambahan sejarah lagi. Tapi dibatalkan. Sebab apa aku pun tak tahu la. At least esok dapat la jugak berehat-rehat kat rumah. Homework yang cikgu bagi sikit pun aku tak usik lagi. Mana taknya asyik pergi open house je. Sampai homework pun tak sempat nak buat. Haiyoo -,- Yang paling risau sekarang ni homework untuk subjek BI. Nak kena buat essay.


Khamis ni pulak berkemungkinan nak keluar dengan kawan-kawan. Sebab ada sorang member aku ni nak pergi celebrate birthday dia. Kang tak pergi takut dia kecik hati pulak. Lagipun ibu dah bagi green light untuk join dia orang. So, pergi jelah. Jarang dapat keluar ramai-ramai dengan member kelas ni. Dah ada kesempatan tu grab jelah kan. Okay okay, aku rasa aku nak stop sampai sini je. Dah kehabisan idea ni. Byebyee readers and thanks for reading ❤