07 October 2010

Sendi-sendi aku rasa nak tercabut. HAHA

Salam. Heyy readers :D


Hari ni sama jugak macam semalam. Sangat-sangat penat tapi dalam rasa penat tu terselit rasa happy, best dan seronok. Untuk kali ni aku pun tak berapa pasti semua perasaan ni akan dapat bertahan berapa lama. Tapi kebiasaanya tak lama mana pun. Kita tunggu dan lihat jelah. HUHU~ Tadi pergi hangout dengan kawan-kawan dekat mines. Seperti yang telah diberitahu pada entry dua hari lepas yang aku nak pergi celebrate birthday member aku yang sorang ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar =)


Antara aktiviti yang dibuat dekat mines tadi adalah makan-makan, sesi memotong kek, main boling, jalan-jalan pusing satu mines, dan berkaraoke. Yang bab karaoke tu tak semua la yang join. Hanya empat orang je. Orang-orang tersebut adalah aku dan tiga orang lagi rakan-rakan seperjuangan ku *cehh, ayat tak boleh blah sungguh. HAHA~ xD Time main boling tadi pulak ada satu peristiwa yang mungkin tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Peristiwa tersebut ialah aku tergelincir time baling bola boling tu. Okay, sangat malu ye time tu anak-anak. Kahkahkah.

Kami membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing dalam pukul 5 lebih. So, aku pun tunggu la my dear yang ambil. Hee~ Hari ini adalah hari yang sangat-sangat superb buat aku ♥

Ni je gambar yang sempat diambil tadi :)
( Click gambar untuk lihat lebih jelas )

No comments: