Apa khabar readers semua? Macam mana dengan raya kau orang pada tahun ni? Hm, raya aku tahun ni tak la semeriah tahun-tahun yang lepas. Semuanya biasa-biasa je. Tak ada apa yang menarik pada raya aku tahun ni. Dalam waktu yang sama jugak aku di duga dengan masalah yang amat berat sekali untuk dipikul. Yes, aku penat sangat di duga dengan masalah pada saat-saat yang sepatutnya aku bergembira. Tapi bila hadirnya masalah ni ia membantutkan rasa gembira tu untuk tiba. Aku memohon pada mu ya Allah, berikan la aku kekuatan lagi. Sesungguhnya dugaan itu tak henti-henti hadir dalam hidup aku.
Disebabkan masalah ni jugak aku tak tahu sama ada aku ada kekuatan atau semangat untuk ke sekolah pada minggu depan. Dah la peperiksaan akhir tahun tak lama je lagi. Macam mana aku nak jawab soalan dengan keadaan kepala aku ni penuh dengan masalah. Aku harap semua ni akan menemui jalan penyelesaian dengan cepat. Sungguh aku dah tak ada kekuatan nak hadapi semua ni. Terlalu berat dugaan yang diberikan :(
Dalam pada masa yang sama jugak aku ada satu impian yang ingin aku realisasikan. Iaitu aku akan cuba memberi kebahagiaan kepada ibu dan adik-adikku. Aku harap Allah akan bantu aku untuk tunaikan impian tu. Insya-Allah.
P/s: Maaf pada semua yang bagi mesej dekat chatbox tu. Aku agak tak ada mood nak balas. Maaf sekali lagi =(
1 comment:
amin <3
Post a Comment