Actually di kala saat yang membosankan ni aku ada terfikir satu benda. Ya aku dah give up dengan masalah aku dan kawan aku tu. Aku dah tak ada cara dah macam mana nak pulihkan persahabatan kita orang ni. Jadi aku mengambil keputusan untuk give up dan lupakan semua ni. Mungkin agak sukar untuk aku buat semua tu. Tapi aku akan cuba jugak. Lagipun aku tengok dia macam betul-betul dah tak nak kawan dengan aku lagi. Jadi kenapa perlu aku yang beriya-iya. Sedangkan dia dah tak nak kan. Tak usah la dipaksa-paksa lagi.
Dengan kesempatan yang ada ni aku nak ucap banyak-banyak terima kasih pada kawan aku tu. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. Aku takkan lupakan perkenalan kita selama lebih 5 tahun ni. Setiap saat dan kenangan yang kita cipta aku takkan lupakan semua tu. Kau jugak dah buat aku kenal apa itu erti persahabatan yang sebenar. Aku nak mintak maaf dekat kau jugak if aku tak pernah faham kau. If aku ada buat kau tersinggung perasaan. Terkasar bahasa ke dan banyak lagi lah. Aku mintak maaf. Aku pun macam manusia lain jugak. Tak lepas dari membuat kesilapan. Aku bukan la insan yang sempurna dari semua segi. Masih ada banyak kekurangan pada aku ni.
Aku harap keputusan yang aku buat ni adalah satu pilihan yang betul dan aku takkan menyesal di kemudian hari. Terima kasih lagi sekali kawan! Aku hargai segalanya-galanya untuk selama ni. Hope kau akan berbahagia dengan apa je yang kau buat. Semoga kau dapat kejar cita-cita kau selama ni. Jaga diri kawan! Even hati aku terguris sekali pun, aku tak nak tengok kau sedih-sedih. Aku harap kau akan senyum selalu. Tu dah cukup buat aku gembira sebagai sahabat kau. Walaupun kau dah tak anggap aku sebagai salah seorang sahabat kau.
Entry ni aku buat bukan untuk meraih simpati sesiapa. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Hope jangan ada yang salah faham. Thank you
9 comments:
sbr ok :)
okay :) terima kasih
awak sabarlahh iyee tape jangan risau masih ramai lagi yg mahu berkawan dgn anda lagipon anda comel :D
sabar yee
awak sabarlahh iyee tape jangan risau masih ramai lagi yg mahu berkawan dgn anda lagipon anda comel :D
sabar yee
saya pon ada masalah kawan jugak. tp sabar je la. adat lah kawan datang dan pergi.
hehe, terima kasih :)
yep, betul tu.
sabar lah yer. de org penah bgtau anan. bila kita hilang sorang kawan, kita akan dapat 10 lagi kawan baru. :D
okay, terima kasih :)
Post a Comment