29 May 2010

Sekali lagi

Masalah, masalah dan masalah.


Kenapa kau cemburu sangat pada aku ye? Kalau sebulan ke seminggu ke atau setahun paling lama kau tak payah muncul dalam hidup aku tak boleh ke?. Ya, aku penat nak fikirkan pasal masalah-masalah ni semua. Semua ni betul-betul membebankan kepala aku yang sememangnya dah terbeban dengan macam-macam benda. Inikan mahu ditambah lagi. Rasa nak pecah kepala aku mengenangkan semua ni. Aku baru nak dapatkan ketenangan hidup. Dah lah masalah dengan kawan baik sendiri pun masih belum selesai. Ni ditambah lagi dengan masalah lain. Serious aku dah tak sanggup nak tanggung dan lalui semua ni. Alangkah bagusnya kalau masa dapat diputarkan semula.


Aku teringin nak jadi kanak-kanak semula. Tak payah susah-susah nak fikir pasal kehidupan ni. Tak perlu nak mengerti apa-apa. Hanya yang mereka tahu dibelai manja dan diberi perhatian tak kira masa. Bila dah semakin meningkat dewasa macam-macam masalah pulak yang perlu ditempuh. Aku ni bukannya kuat dan tabah mana pun. Aku macam insan lain jugak. Kenapa macam-macam dugaan yang diberikan pada aku. Susah sangat ke aku nak rasa bahagia walau sedikit pun. Kepala aku betul-betul sakit fikirkan semua ni. Aku sendiri pun tak pasti masalah kali ni entah bila akan selesai. Rasa macam seolah-olah tak ada jalan keluar untuk semua ni.


Hanya apa yang aku inginkan di dunia ni, aku ingin hidup bahagia, gembira dan tenang. Itu je apa yang aku impikan. Aku tak tahu andai semua tu jadi kenyataan atau tak. Jika tak aku hanya mampu berserah dengan apa yang sudah tertulis untuk aku. Jika benar semua tu jadi kenyataan aku dah rasa bersyukur sangat-sangat. Walau apa pun aku sedih betul dengan hidup aku sekarang.


Sesungguhnya aku benci kau masalah -,-

5 comments:

amira faqihah said...

sume org x suke masalah

Anonymous said...

same as me sys ..
i hate problem -,-"

Anonymous said...

same as me sys ..
i hate problem -,-"

N-Addens said...

hm entah lah awak -,-

N-Addens said...

hmm ohh