peringatan: entri ni khas untuk orang yang rajin membaca je haha . ternyata entri kali ni memang panjang . so pada siapa siapa yang tk rajin nak membaca tu tk payah lah susah susah nak baca ye hee . takut ada yang muntah berdarah pulak lepas baca entri ni HAHAA x)
okay, now aku dah bersedia nak update entri ni . haha macam apa je kau ni lah dina :P hari ni memang penat gila lah . tk tahu macam mana nak cakap . tapi penat penat pun best hee :D okay okay jom kita teruskan dengan cerita aku . pagi tadi aku bangun awal dari hari yang lain lain HAHAA . aku bangun pukul tujuh pagi tapi mandi pukul tujuh setengah akibat tidur yang amat lewat pada malam tadi . * ceh ayat skema x) lepas dah mandi semua aku on myspace and blog sementara nak menunggu pukul lapan .
pukul lapan tu aku nak kena kejutkan awek eyrie haha . dah masuk pukul lapan tu aku pun kejutkan lah adik aku . tu pun tk tepat pukul lapan . so aku pun kejut lah kan . adik aku boleh pergi sambung tidur . haihh apa nak jadilah dengan budak tu . lepastu aku pun cakap lah dekat dia yang dia nak bangun pukul berapa . lambat kang baru tahu . lepas aku cakap macam tu baru lah dia bangun then terus ke bilik air untuk bersiram * bahasa istana tu HAHAA . kecoh je kau ni dina .
so time dah nak dekat pukul sembilan tu baru lah aku terhegeh hegeh nak pakai tudung . nasib time tu mak sedara aku tk datang lagi . so lepas dah pakai tudung semua aku rasa macam nak tukar baju pulak tapi time dah jumpa baju yang aku nak pakai tu je tiba tiba ibu cakap yang mak sedara aku dah sampai . haihh kelam kabut habis aku time tu . tk menyempat nyempat dah . decide nak bawak bag tapi tk bawak pulak sebab nak cepat sangat . serious tk biasa sangat kalau tk bawak bag . tapi nevermind lah kan .
okayy act boyfie adik aku pun ikut sekali . goshh, tk sangka gila lah plus jealous jugak lah dekat dia sebab boyfie dia ada . tapi nak buat macam mana lagi kan, redha saja lah -,- tempat first yang kitorang pergi ialah tabung haji sebab mak sedara aku nak amek duit . time tu macam macam lah benda yang jadi . boleh pulak mak sedara aku lupa nak bawak kad pengenalan . so tk boleh lah nak keluarkan duit . haihh tragis sungguh . so kitorang pergi lah ke tempat yang seterusnya iaitu ke karnival cuti sekolah .
fyi, ni first time aku menjejakkan kaki ke situ HAHAA . jakunn nya dina :P so dah sampai di destinasi yang ingin di tuju kitorang pun jalan jalan lah kan . mata aku tk habis habis dok usha adik aku dengan boyfie dia . sweet deyh diorang . jealous tahu, grr -_- tk apa tk apa nanti nak ajak si dia hangout HAHAA . * ngada ngada lah kau ni dina, haiyo . time dekat sana tu aku tk buat apa pun just jalan jalan je tanpa arah tuju . tapi ada sepupu aku yang volunteer untuk join aktiviti aktiviti yang disediakan . menarik jugak lah :)
part yang paling aku suka sekali time masuk rumah hantu . serious seram gila tahu . nak menitik dah air mata aku time tu . tapi dia tk nak keluar pulak haha . gedik betul air mata aku ni, malu malu pulak dia nak keluar :P time dekat dalam rumah hantu hanya Allah je yang tahu betapa lajunya jantung aku ni berdegup . mak aihh macam nak tercabut tahu . takut gila lah wa cakap dekat lu HAHAA . time dah masuk je rumah hantu tu ada hantu tengah duduk dekat kerusi . dia macam ada ketuk ketuk apa benda tah . ingat dia tk bergerak lah kan . bila lalu je dekat dengan tempat dia, dia terus bangun then terus dekat dengan kitorang . aku terus menjerit haha . takut sehh -.-
lepas je dekat tempat tu kitorang jalan lah lagi kan . ikut jelah abg yang bawak kitorang tu . aku macam ada terpijak something, rasa macam tangan . eeuuww geli tahu . aku pun tk tahu lah apa benda tu . tk berani aku nak tengok . then bila dah sampai dekat tengah tengah rumah hantu tu ada pontianak dah sedia menunggu kitorang . dia ikut tahu, yang aku tahu dia memang ada dekat sebelah aku . aku menjerit terus dah . tk sanggup nak tengok muka pontianak tu . serious seram plus buruk gila . then dia boleh libas libaskan rambut dia yang panjang tu dekat kitorang . tiba tiba kena dekat muka aku . geli gila tahu . tah berapa tahun dia tk basuh rambut agaknya haha . wehh pergi cuci rambut kau dululah wahai encik hantu . barulah boleh libas libaskan dekat orang :P tah apa apa je kau dina . dah takut tu diam diam jelah =="
lepas dekat tempat pontianak tu kitorang pun meneruskan perjalanan untuk meng'explorer' rumah hantu tu . time tu aku sempat lagi toleh belakang untuk tengok adik aku . okay, korang tahu apa yang aku nampak ? okay okay aku nampak ada pontianak tu ikut belakang boyfie adik aku . goshh dia nampak relax je tahu . akak tabik lah dekat adik eyrie hehe . * apa apa je kau ni dina :P okay sambung cerita, lepas je tempat pontianak tu kitorang lalu dekat tempat hantu pocong pulak . ya Allah melompat lompat pulak dia . mengikut pulak tu . rasa nak meraung aku dekat situ . tapi apakan daya, meraung dalam hati jelah oi -,-
so finally dapat jugak jalan keluar . fuhh lega gila aku time tu . keluar je dari rumah hantu tu aku terus terduduk dekat situ jugak . serious tk boleh tahan rasa takut tu . dah lah aku ni penakut gelap . hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa . serious time tu satu badan aku menggigil . macam dah tk mampu nak buat apa apa dah . sebelum nak keluar dari rumah hantu tu siapa tah yang tarik shawl aku . haihh tk betul dah jadinya . nak betulkan aku dah tk larat sebab tangan aku menggigil gila gila lah . so aku mintak tolong adik aku haha . tu membuktikan betapa takutnya aku x)
lepastu pusing pusing satu karnival . today macam tk berapa interesting sangat . so macam bosan sikit lah . jadi mak sedara aku buat keputusan untuk jalan jalan pergi tempat lain pulak . ada dua cadangan time tu . antaranya nak pergi mines atau alamanda . so setelah kata putus di ambil kitorang pun pilih untuk pergi ke alamanda . so apa lagi gerak lah pergi alamanda . time dekat alamanda ni aku pendekkan cerita jelah ye . tangan penat dehh menaip -__- time dekat alamanda tu aku ada tolong snap kan picture untuk adik aku dan boyfie dia . duhh serious sweet gila diorang . haihh bertambah jealous aku dibuatnya -,- then ada lah jugak sembang sembang sikit dengan boyfie dia . boyfie dia sporting jugak lah plus agak pemalu :)
lepastu kalau dah pergi alamanda tu aku tk kan melepaskan peluang untuk pergi MPH bookstore . so tempat wajib yang aku mesti pergi dekat dalam bookstore tu dah tentu lah bahagian comics hee . so aku beli dua comics je untuk menambahkan koleksi comic yang telah sedia ada dekat rumah ni :) aku beli comic yang bertajuk Biru Violetku dan Destiny Violet . dua buku tersebut hasil lukisan dari OBATA Yuuki * aku tk kenal HAHAA, apa apa jelah . act buku yang destiny violet tu aku dah ada tapi kawan adik aku pinjam . then tk tahu dah mana buku tu pergi . so aku beli lagi tapi kali ni aku beli dua dua jilid . ada jilid pertama dan jilid dua . wah suka suka :) sekarang ni aku tengah cari comic yang bertajuk BUAH tapi untuk buku yang pertama punya . buku yang kedua dan ketiga aku dah ada . haihh mana nak cari eh ? -__- hm tk apa lah, nanti try survey lagi .
okayy lah tangan dah lenguh ni hee . tata =3
2 comments:
heee ape yg bestnye?? tak sabar nak tahu.
ha, tu dia cerita apa yg bestnya :D
Post a Comment