31 December 2010

Buhbai 2010

Salam, heyy readers


Ini merupakan entry yang terakhir untuk tahun 2010. Seperti yang kau orang maklum esok dah nak masuk tahun 2011. Beratnya hati aku nak tinggalkan tahun 2010 ni. Macam-macam benda yang jadi sepanjang tahun ni. Segala kenangan pahit, manis, kelakar dan semua la akan aku simpan dalam memori aku. Walapun sebenarnya lebih banyak kenangan pahit yang jadi. Tapi biarlah semua tu berlalu pergi sebagai sumber kekuatan aku untuk tahun 2011 yang bakal tiba esok.


Yang paling tak sangka sekali bila dah masuknya tahun 2011, itu bermakna aku akan ke tingkatan 5. Wahh, SPM akan bakal menghantui kami semua yang tingkatan 5 ni. Haha. Kena la prepare awal-awal dengan segala senjata ilmu untuk berperang dalam SPM nanti. Sekejap je macam dah nak habis sekolah. Rasa macam baru-baru je masuk sekolah menengah ni. Hukhuk~ Bila dah masuk tahun 2011 jugak. Itu bermakna hubungan aku dan si dia akan menjangkau ke angka 4 tahun pulak. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Tak sangka betul. Hehe.


Jadi dengan kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua orang di seluruh dunia ni. Happy New Year guys! Till here entry untuk tahun 2010. See you in entry 2011 pulak. Ngee~ Buhbai.


P/s: Apa azam tahun baru kau orang. Share la dengan aku. Hikhik


Toodles~

29 December 2010

Exercise kaki xD

Salam, heyy readers.


Today adalah hari dimana ia dapat menguruskan kaki aku ni. Ohh sebab apa aku berkata begitu? Ia disebabkan aku telah berjalan jauh dengan buah hati tersayang dan adik aku. Kami berjalan dimana? Wahh banyak sungguh persoalannya. HAHA. Okay okay, straight to the point je. Actually hari ni aku keluar untuk mencari kasut sekolah. Serious sangat azab untuk mencari kasut sekolah aku. Sebab bila aku tanya je size yang aku nak mesti dah habis. Sangat tragis bukan. Disebabkan tu jugaklah kita orang berhijrah dari mines ke jusco equine. Semata-mata nak cari kasut sekolah je. Hakhak.


By the way, saiz yang aku cari tu adalah size 2. Ohh ye aku tahu kaki aku kecik. So ada masalah? * Tiba-tiba pulak nak cari pasal. Hokhok. Lepas je tak jumpa size kasut yang aku nak dekat mines kita orang terus jalan-jalan dan pusing-pusing. Lepas tu pergi makan, beli komik dan beli cd game * ni buah hati tersayang yang nak beli. Bila dah tak jumpa size kasut. Kita orang buat keputusan untuk cari dekat jusco equine pulak. Tapi penghijrahan kita orang tak membuahkan hasil pun. Sebab kasut still tak ada size jugak. Jadi terpaksalah aku beli size 3. Huhu.


Apa-apa pun hari ni aku sangat berpuas hati sebab dapat beli 7 buah komik. HAHA * gelak besar. 5 buah beli dekat mines dan 2 buah lagi beli dekat jusco. Tapi dalam puas-puas hati tu ada benda yang aku tak puas hati. Iaitu kasut sekolah aku tu la. Asal la longgar bebenor. Huhu. Nasib la, dah tak ada rezeki nak beli kasut size 2. Redha jelah. Okay la, rasanya sampai sini jelah entry kali ni. Buhbai readers!


Toodles~

26 December 2010

Mari tanggalkan tulang

Salam, heyy readers.


Okay first, ignore je title tu. Itulah akibatnya apabila sudah kehabisan idea untuk memberi title. Hakhak. Actually badan aku ni sakit-sakit. Apa kena entah. Mungkin sebab berulang-alik dari kampung ke serdang ni. Haihh, letih toksah cakap la. Memang letih yang amat la. Walaupun tak ada la sampai 3 jam perjalanan nak ke kampung aku tu. Tapi letih dia bukan main lagi la. Rasa nak tertanggal segala sendi-sendi, tulang-tulang dan sebagainya la. Haha


Semalam pergi kenduri kahwin. Punya la lama dekat kenduri tu. Bosan memang tahap maksimum dah. Sampai dah tak tahu apa nak buat. Elak time tu aku nak balik rumah nenek sedara jalan kaki je. Tapi bila mengenangkan anjing yang berkeliaran dekat jalan-jalan tu, aku padamkan jelah hasrat tu. Tak ada kerja pulak aku nak berlari pakai kain kalau kena kejar. Haha. Lain la kalau ada yang baik hati nak tumpangkan awek-awek cun ni * perasan Hokhok.


Okay, rasanya sampai sini jelah. Idea sudah berlari-lari anak dari kotak minda aku ni. See you next time guys. Buhbai


Toodles~