29 May 2010

Sekali lagi

Masalah, masalah dan masalah.


Kenapa kau cemburu sangat pada aku ye? Kalau sebulan ke seminggu ke atau setahun paling lama kau tak payah muncul dalam hidup aku tak boleh ke?. Ya, aku penat nak fikirkan pasal masalah-masalah ni semua. Semua ni betul-betul membebankan kepala aku yang sememangnya dah terbeban dengan macam-macam benda. Inikan mahu ditambah lagi. Rasa nak pecah kepala aku mengenangkan semua ni. Aku baru nak dapatkan ketenangan hidup. Dah lah masalah dengan kawan baik sendiri pun masih belum selesai. Ni ditambah lagi dengan masalah lain. Serious aku dah tak sanggup nak tanggung dan lalui semua ni. Alangkah bagusnya kalau masa dapat diputarkan semula.


Aku teringin nak jadi kanak-kanak semula. Tak payah susah-susah nak fikir pasal kehidupan ni. Tak perlu nak mengerti apa-apa. Hanya yang mereka tahu dibelai manja dan diberi perhatian tak kira masa. Bila dah semakin meningkat dewasa macam-macam masalah pulak yang perlu ditempuh. Aku ni bukannya kuat dan tabah mana pun. Aku macam insan lain jugak. Kenapa macam-macam dugaan yang diberikan pada aku. Susah sangat ke aku nak rasa bahagia walau sedikit pun. Kepala aku betul-betul sakit fikirkan semua ni. Aku sendiri pun tak pasti masalah kali ni entah bila akan selesai. Rasa macam seolah-olah tak ada jalan keluar untuk semua ni.


Hanya apa yang aku inginkan di dunia ni, aku ingin hidup bahagia, gembira dan tenang. Itu je apa yang aku impikan. Aku tak tahu andai semua tu jadi kenyataan atau tak. Jika tak aku hanya mampu berserah dengan apa yang sudah tertulis untuk aku. Jika benar semua tu jadi kenyataan aku dah rasa bersyukur sangat-sangat. Walau apa pun aku sedih betul dengan hidup aku sekarang.


Sesungguhnya aku benci kau masalah -,-

28 May 2010

Tak ada tajuk kut

Salam. Hell-oO :D


Yeah, yang ni post yang ketiga untuk hari ni heh. Actually tak ada motif aku post ni. Tapi tangan aku ni degil sangat. Dia nak menaip jugak dekat keyboard ni. HUA HUA HUA * Padahal kehendak diri sendiri jugak. Tapi nak salahkan tangan pulak. Haiyo -,- Hari ni tak banyak aktiviti yang aku buat. Lebih banyak duduk terperap dekat rumah je. Ada keluar pun kejap je. Tu pun sebab ibu mintak tolong belikan pisang goreng. Kalau tak, tak rajin aku nak keluar. Dengan kesempatan keluar yang ada tu aku pun ajak lah boyfie tersayang temankan. * Amboi, pandai hang cari kesempatan naa. Hekhek.


Antara benda-benda yang aku buat hari ni ialah facebook-ing, myspace-ing dan blog-ing. Haa tu jelah yang aku buat sepanjang hari ni. Tapi lebih banyak pada muka buku jelah (facebook) ngeh ngeh x) Online facebook nak buat apa lagikan. Main game jelah kerjanya. Tu pun ada lah sikit-sikit aku chat dengan kawan. Tu pun tak lama mana pun. Kejap-kejap aje. Hari ni aku habiskan masa depan comp ni jelah. Langsung tak bukak buku. Padahal exam tak habis lagi. Hoho. Tinggal lagi 4 subject kalau tak silap.


Hari isnin ni ada exam perdagangan. OMG serious cuak gila. Lagi-lagi soalan esei. Dah tentu-tentu aku merepek je nanti. Kehkehkeh. Hari selasa pulak ada exam english. Cuak gila dengan soalan yang nak kena buat sampai 350 words tu dengan bahagian literature. Hope sangat-sangat dapat jawab nanti. Hope jugak soalan yang dikeluarkan senang. Amin!! Hari rabu pulak last paper iaitu pendidikan jasmani dengan sivik. Hm aku tak ambil mudah sangat subject-subject ni. Even nampak je macam senang. Tapi tak lah senang sangat. Kalau tak baca buku tak dapat jugak nak menjawabnya kan. So kau rela ke tak kena baca buku jugak * Ehh kata-kata diatas ditujukan pada aku tau. Bukan korang. Hee~.


Eh eh, rindu lah dekat someone tu. HEHE ❤

25 May 2010

award :)

Salam. Hell-oO


ohh heyy. aku dapat award hehe. actually dah lama award ni diberi pada aku. cuma belum berkesempatan nak post je. so hari ni dengan kesempatan yang ada aku akan post award yang aku dah dapat ni. hee~

award ni dari Nurnajwa Shuhanna

yang ni pulak dari Zirah


thanks ye korang :D saya hargai sangat-sangat. hehe.