28 April 2010

apa masalah kau?

** maaf jika entry ni mengandungi kata-kata yang agak kasar atau yang tak sepatutnya.


woi minah. apa masalah kau ha? aku ada cari pasal dengan kau ke. asal kau sebok sangat nak jaga tepi kain orang. jaga kain sendiri dah lah. tak payah nak ambil tahu hal orang lain. aku pun tak mintak lah kau ambil tahu hal aku. mind your own business okay? aku tak rapat pun dengan kau. kau tu je yang terhegeh-hegeh sibuk nak tahu hal aku. please lah jaga mulut kau. tah berapa banyak dah kau buat dosa disebabkan hanya dengan mulut kau je. tu belum campur lagi dengan yang lain-lain.


lagi satu aku nak bagitahu kau. please okay jangan conquer sesuatu benda tu macam kau sorang je yang punya. kau ingat kau tu siapa. semua nak tunduk patuh dengan arahan kau. tak ada dalam undang-undang pun yang kita orang kena dengar cakap kau. apa yang bagus sangat kau ni. aku tengok kau biasa je. mungkin hanya disebabkan mulut kau tu je orang lain terpaksa akur dengan apa yang kau cakap. sebab bila seseorang tak patuh dengan apa yang kau cuba suruh buat mula lah kau cakap macam-macam. itu lah ini lah. queen control lah kau ni. bukan setakat dengan lelaki je. perempuan pun kau nak conquer jugak.


aku pelik betul la dengan siapa-siapa yang rapat dengan kau. pelik sangat. macam mana lah diorang boleh tahan dengan mulut kau yang macam tu. bukan setakat mulut jelah, perangai kau dan hampir semua lah tentang kau. entah-entah kawan yang rapat dengan kau tu pun kau cakap belakang jugakkan. ni kan dengan aku yang tak rapat dengan kau pun kau cakap belakang. macam apa je perangai kau ni. ada jugak manusia yang wujud macam kau ni. nasib aku baru jumpa sorang je perangai macam kau ni. cuba kalau ada sepuluh orang yang macam kau. mahu tunggang terbalik dunia ni kut.


asal kau cakap belakang-belakang je pasal aku. asal tak cakap depan-depan je. face to face je dengan aku. kan lebih senang. ke kau takut sebab aku tak pernah cari pasal dengan kau. pelik aku dengan kau ni. tak habis-habis nak cari kesalahan orang. macam la diri kau tu perfect sangat. nobody perfect lah dekat dalam dunia ni. kalau ada lah yang perfect meh bagitahu aku siapa yang perfect tu. memang aku salute lah dekat dia. tapi aku tahu memang tak ada yang perfect dalam dunia ni. kau jangan BAJET BAGUS okay!


LOSER



** kau yang pilih untuk ke arah ini. maaf jika kau tergolong dikalangan orang yang sentiasa kalah. siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya.

27 April 2010

cepat lah baik :( and thanks adik Fadhilah :)

Salam. Hell-OO


Hari ni aku tak pergi sekolah lagi. Disebabkan demam aku ni haa tak nak baik-baik pulak dia -,- Lagipun aku memang tak ready nak sekolah hari ni bhahaa xD Semalam dah target hari ni tak sekolah aku nak siapkan semua homework yang tertunggak. Pagi tadi dalam pukul berapa entah aku siapkan nota katering. Hampir 95% nak siap. Homework yang lain-lain aku belum check lagi. Hope boleh siapkan semua homework yang tertunggak tu dengan jayanya. Amin!!


Aku dekat rumah ni tinggal berdua je dengan adik lelaki aku. Memang penuh cobaan nak menjaga budak kecik tu. Haiyoo~ Pening kepala aku -,- Tak reti nak duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Ni pun dia baru lepas kerjakan lipstick ibu aku. Haishhh, mati aku (==") Apa lah yang aku nak jawab dekat ibu nanti. Heishh, memang nak kena budak ni. Hope dapat la aku melepaskan diri time nak menjawab pasal benda alah ni. Agagaa~


Ohh ye, ayah aku dah install The Sims 3 balik. Memang syok gila la hehehe. Sebelum ni memang rindu gila nak main The Sims 3. Sekarang ni nak main sampai pengsan pun suka hati la :P:P Tapi tapi, aku lagi rindu nak main The Sims 2. HUHU :'( CD The Sims 2 mana entah hilang. Serious rindu gila gila nak main Sims 2. Ayah, try lah cari balik The Sims 2. Huahhhh! * Ter'emo' pulak. Kuikuikui xP


Okay okay, dengan kesempatan yang ada ni aku nak post award yang diberi oleh adik Nur Fadhilah Wardah :) Thanks yeh adik. Akak hargai sesangat. Hik hik hik.

Comel award ni :D Lagi-lagi gambar enakei tu. Hee~ Thanks lagi sekali adik. I like it!


' Kau tak rasa ke blog aku makin boring? -,- '

26 April 2010

Resepi ( Tartlet Buah-buahan )

Tartlet Buah-buahan

Bahan :
Pastri Rapuh
100 gm tepung gandum
50 gm lemak beku
25 gm gula halus
1 biji kuning telur
2 camb air ais

Kastard
250 ml susu UHT/susu kotak/susu cair - Bahan A
1 camt marjerin/mentega - Bahan A
1 camb tepung gandum - Bahan B
1 cams tepung jagung - Bahan B
1 biji kuning telur - Bahan B

Hiasan
3 biji anggur hitam ( segar )
2 keping nanas tin ( bulat )
1 keping buah pic/kiwi/ceri

Glis
1 camt tepung jagung - Masak hingga jernih
150 ml sirap buah-buahan - Masak hingga jernih


Menyedia dan memasak
1. Timbang tepung, lemak dan gula
2. Ayak tepung bersama garam ke dalam mangkuk adunan
Masukkan lemak ke dalam tepung. Potong lemak kepada ketulan kecil dalam tepung dengan menggunakan pisau pelepa
4. Gaul ramas tepung dan lemak menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan gula halus
5. Buat lubang ditengah tepung, masukkan air ais yang telah disukat bersama kuning telur
6. Gaul adunan dengan menggunakan pisau pelepa hingga rata. Teruskan menggaul adunan dengan menggunakan hujung jari untuk menghasilkan doh
7. Tutup mangkuk adunan dengan kain maslin dan rehatkan doh selama 10 atau 15 minit
8. Canai doh pastri setebal 2-3 mm sebelum diterap
9. Terap dengan penerap pastri
10. Alas petitin/acuan tartlet dengan pastri. Cucuk bahagian pastri dengan garpu
11. Bakar pastri pada suhu 150 darjah celcius atau gas regulo no. 2 selama 15-20 minit sehingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan pastri atas redai
12. Menyediakan kastard
a) Kacau bahan B hingga sebati dalam mangkuk adunan
b) Panaskan bahan A, kemudian curahkan ke bahan B. Kacau rata
c) Masukkan bancuhan dalam periuk. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga pekat

Menghias
Cara menghias Tartlet Buah-buahan
a) Tuang kastard dalam pastri
b) Susun buah-buahan yang sudah dipotong di atas kastard
c) Glis permukaan Tartlet Buah-buahan dengan bahan glis


selamat mencuba! :)