27 February 2010

:)



alhamdulillah hari ni masih lagi diberi peluang untuk post entry baru =) semalam satu hari tak larat nak bangun. kepala ni terasa berat yang amat. ni semua gara gara tak makan nasi. semalam 1 hari tak makan nasi. tambah lagi dengan hari yang sebelumnya iaitu hari khamis. semalam masa pergi kedai untuk beli bahan amali kepala aku ni tak lah sakit sangat. dia just berdenyut denyut sikit. tapi time dah pusing pusing untuk cari bahan tu dia dah mula rasa lain macam. tapi still boleh tahan lagi.


time lepas dah bayar dekat cashier tu dia rasa macam dah nak pitam dah. aku pun tunggu lah dekat luar sementara nak tunggu kawan aku bayar barang yang dia beli. time dekat luar tu aku memang dah tak larat gila nak berdiri. so aku pun duduk lah kejap. kalau berdiri rasa nak tumbang je. badan pun dah tak stabil. masa nak gerak untuk balik rumah tu lagi lah. memang tak larat gila dah nak berjalan. so stop kejap dekat tepi longkang. time tu rasa macam nak muntah. tapi tak muntah pun.


so kuatkan semangat jelah untuk meneruskan perjalanan untuk balik rumah. masa jalan tu memang rasa nak tumbang dah. tapi aku teruskan je berjalan. then masa nak naik tu aku dah tak larat gila. aku stop and duduk kejap dekat tangga. time tu dah berdoa dekat Allah untuk kuatkan semangat aku untuk meneruskan perjalanan aku. so aku terus naik. malas nak duduk dekat tangga tu lama lama. time tengah naik tu memang rasa macam nak jatuh lah. aku doa banyak banyak dan akhirnya sampai jugak rumah.


sampai je dekat rumah aku terus masuk bilik and terus merebahkan badan dekat atas katil. aku memang dah tak larat gila dah. then ibu masuk bilik. ibu tanya kenapa, aku pun jawab lah yang aku sakit kepala. ibu tanya semalam makan nasi tak. aku jawab tak. lepastu ibu cakap patut lah, angin dah naik dekat kepala lah tu. awak tu imunisasi badan tak kuat. heishh, tak pasal pasal kena bebel dengan ibu. then ibu suruh makan ubat. aku tak pergi makan pun. aku baring je. then ayah masuk bilik suruh makan ubat. aku terus pergi makan ubat. takut kena marah HOHO.


lepas dah makan ubat aku baring kejap. dah lama lepastu okay dah kepala aku ni. baru lah larat sikit nak bangun. kalau tak rasa macam nak tumbang jelah. apa apa pun sayang ibu and ayah lah. caring betul dorang dekat aku HEHEHE. ni belum my dear lagi yang tahu. kalau tak habis aku kena bebel. dah berapa kali dah aku kena bebel dengan my dear sebab tak makan. alhamdulillah hari ni dah sihat macam biasa :)

26 February 2010

weh, kawan



haishh, kenapa aku tengok blog kawan kawan aku ramai cakap pasal persahabatan. tersebak pulak aku dibuatnya HUHU. tiba tiba terbit pulak rasa rindu dekat kawan kawan -,- bila boleh jumpa korang lagi kan. rindu dekat budak budak 6 dahlia masa sekolah rendah dulu. rindu dekat budak budak kelas 1 dedikasi and 3 dedikasi. semua dah bawak haluan masing masing kan? =( rindunya dekat korang.


hope sempat lah nak jumpa korang semua. nanti bila dah lepas SPM lagi susah nak jumpa. mesti masing masing dah ada hala tuju masing masing. weh, serious rindu gila dekat korang. terutama sekali aku rindu dekat wani saaban, nadua, azizah and ramai lagi lah. yang ni kawan kawan dekat sekolah menengah. kawan kawan sekolah rendah pulak aku rindu dekat hidayah, zakiyah hani, farhana and ramai lagi lah. terlalu ramai untuk aku listkan dekat sini. hope korang tak lupakan aku, aku sentiasa ingat dekat korang. setiap moments yang kita cipta bersama. aku takkan lupakan semua tu. MISS YOU MY FRIENDS!


ohh sebelum terlupa, dikesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam sempena memperingati junjungan Rasulullah S.A.W.

25 February 2010

apehal pulak ni?



heishh, geram je dengan myspace ni lah. tah apa masalahnya -____- bila sign in tu okay je. bila nak bukak profile atau apa apa application lah dekat myspace tu tak boleh. nak loading sampai tahun bila tah baru boleh done. masuk ni dah 3 hari kut macam tu. kalau nak bukak myspace kena guna internet explorer. act tak berapa suka sangat guna internet explorer HUHU. hoi myspace, cepat cepatlah okay oi. menguji kesabaran betul -,-


dah dah, lupakan pasal tu dulu. today dekat sekolah like usually lah kan. nothing special. kalau my dear tiba tiba datang sekolah baru lah special HAHAA. merepek je dina ni. dah rindu sangat lah agaknya HUAHUA. dekat sekolah tadi ada test bahasa melayu, science and perdagangan. hm, bahasa melayu alhamdulillah okay. science? heh no comment lah. soalan little bit senang tapi boleh pulak terlupa apa yang dah dibaca. penat perah otak nak ingat balik (==")


then test perdagangan boleh tahan kut soalan dia. tak terlalu senang dan tak terlalu susah. time test perdagangan pun aku boleh terlupa apa yang aku dah baca. haishh teruk betul dina ni lah. cepat betul lupa. ish ish ish ( geleng geleng kepala ) ohh ye, paper agama dah dapat balik. tapi tak perlu kut aku bagitahu berapa aku dapat bhaha. yang penting aku dapat kalah kan budak tu :P:P next week pulak maybe ada satu lagi test. iaitu test katering. after buat test tu ada amali pulak. so wish me luck kay =)