31 May 2015

DAH HABIS REDHA DAH



TAPI . . .


Boleh pulak ada seorang hamba Allah ni pergi menyuarakan perkara tu. Maka dengan itu memang betul-betul menaikkan darah aku yang lagi mengelegak ni, Grrr. Kalau ikutkan hati nak je aku hamburkan kata makian. Tapi bersabar itu lebih baik, bukan? Maka aku endahkan saja perkara itu dan biarkan saja ia berlaku.

Dalam hati aku meraung, walaupun luaran aku tampak biasa seolah tiada apa yang berlaku. Terima kasih Allah bagi aku kekuatan untuk terima kenyataan ni. Aku anggap masih belum rezeki dan mungkin punya peluang lain di masa akan datang, inshaaAllah.

28 May 2015

Life after practical



Tok . . . Tok . . .
Assalammualaikum

Whoah (!)
Lama dah rasanya tak update blog kesayangan ambo ni *EH Tetiba pulak keluar bahasa kelantan >_<

Last update hmmmmm, tak ingat dah bila. Berkurun jugak rasanyalah. Punya lama aku tak update blog ni sampai aku pun sebenarnya dah berjaya menamatkan Diploma aku dengan jayanya *rasanya lah*. Aku pun dah habiskan praktikal dan final presentation dengan jayanya *rasanya lah jugak*

InshaaAllah, sekarang tunggu masa nak grad je. Tapi aku grad lama lagi. Kalau takde apa apa aral melintang next year bulan 6 aku grad. Takzabarrrrrrnyaaaaaaa! *buat muka excited*

Now, life lepas praktikal aku sangat la lifeless *krik krik krik*. Before ni aku kerja dekat Baker's Cottage. Then aku berhenti dan berkerja dengan Kuzie Catering dekat Putra Heights, Subang Jaya. Gila hengko, bos aku Dato Pak Engku tu. Tak mengigil aku masa mula mula hadap dia nak interview tu. First day kerja dia dah offer aku job yang boleh kata besar jugak la, gaji pun dia naikkan. TAPI . . . Malangnya aku kurang minat nak buat kerja office, aher her her. Maka aku kerja dekat situ semingu je HAHAHA. Lepastu aku berhenti dan CHOW angkat kaki hik hik hik. Memang ramai kata yang aku melepaskan satu peluang yang besar dalam kerjaya aku *CEH (!) ayat tak menahan*. Tapi bila kita buat benda yang kita tak minat, benda tu kita takkan buat dengan sungguh sungguh. So daripada aku tak bagi komitmen yang sepenuhnya dekat kerja aku better aku berhenti awal awal. Sebelum aku bankrup kan syarikat besar tu (-.-")

Maka dengan itu, aku officially tanam anggur sekarang ni. LAI LAI LAI siapa nak beli anggur. InshaaAllah bulan depan aku mungkin kerja balik dekat Baker's Cottage. Disebabkan aku dah biasa kerja dekat situ, baik dengan staff yang lain dan supervisor + manager dia semua dah okay dengan aku. Ni pun nak kena train diri balik nak mengingat nama nama bun dekat baker tu. Jenis jenis kek apa semua, ingredients dia. Haiyooo~ Bertabah la wahai diri. Yang penting ada kerja, boleh cari duit ye dok. Takkan nak mintak duit parents je kann. Aku dah start malu nak mintak duit parents. Sekarang nak usaha sendiri pulak cari duit *wink wink*


Till here~ XoxO, Dina